6 Okt 2011

Kes Adik Balik Pakai Baju Terbalik: Bekas Atlet Cuba Rogol Gadis 15 Thn Dalam Tandas

Kuala Terengganu - Seorang bekas atlet olahraga dan bola baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Terengganu mengakui, akibat terpengaruh dengan filem lucah yang ditonton sebelum ini, mendorong dirinya cuba merogol teman wanitanya yang baru berumur 15 tahun di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, 25 September lalu.

Pengakuan itu diluahkan tertuduh, Mohd Norazlan Razak, 20, dari Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu semasa disoal hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Selepas mendengar dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, Zainal Abidin membenarkan tertuduh yang sebelum ini pernah mewakili Terengganu dalam MSSM dari 2005 hingga 2008 itu, dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 25 September lalu jam antara 4 pagi hingga 5 pagi bertempat di dalam sebuah tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, tertuduh telah cuba merogol mangsa, 15, tanpa kerelaannya.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat, serta bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan pula, tempoh penjara yang dikenakan tidak lebih daripada setengah daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela Sofian Ariffin.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang masak cuba merogol mangsa yang dikenali sejak dua tahun itu di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dengan menindih mangsa selepas membuka seluar dan baju yang dipakainya.

Bagaimanapun, perbuatannya terbantut selepas menerima panggilan telefon daripada kakak mangsa yang menghubunginya untuk meminta bantuan mencari mangsa yang disedari hilang di rumah kira-kira jam 4 pagi, susulan pintu dapur didapati tidak berkunci serta mendapati mangsa tiada di dalam bilik tidurnya selepas dibuka menggunakan kunci pendua.

Walaupun mangsa telah pulang ke rumah sejurus mengetahui dirinya dicari keluarga, namun perbuatan tertuduh berjaya dihidu oleh keluarga mangsa selepas mendapati mangsa telah memakai seluar serta baju terbalik.


Setelah didesak, akhirnya mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada keluarganya lalu kakaknya itu telah membuat laporan polis di Balai Polis kampung Raja, Besut dan hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan mendapati terdapat sedikit kesan kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa tetapi tiada sebarang kesan koyakan serta kesan kemasukan pada kemaluan mangsa. -SH

Berita sebelum ini
klik untuk baca






3 ulasan:

Yong berkata...

Budak pompuan umur 15 tahun dibiarkan merayap keluar sampai 5 pagi ni apakejadahnya?

Tanpa Nama berkata...

kalau yong ikut perkembangannya dari awal, ada dinyatakan sebelum ini

kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.


Ada kemungkinan budak perempuan itu bagun tgh malam dan pergi menemui boiprennya senyap2 tanpa diketahui keluarga sehinggalah kakaknya mendapati dia tiada di bilik jam 4 pagi.

Tanpa Nama berkata...

Kakak yang peka. Adik yang menduga. Syabas kak. Mudah2an adik insaf & menyesal sangat2 & menghargai tindakan kakaknya. Sbb kakaknya sangat sayang & bertanggung jawab thdapnya.