Besut: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu. Gambar hiasan
Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.
“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.
“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.
Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.
Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.
Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.
Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan. -hm

4 ulasan:
kesan merah di luar kemaluan? kesan apa yer.... kena gigit semut kot?
Kakak yang boleh dibanggakan, bertindak pantas dan berotak geliga...
Kalu kat pakistan, sah dah kena hayun dgn ketua suku. Kalu kat arab, kena titik ke tukang sebat jer. Sini paling afdal pon, kena tazkirah ke mak bapak jah....... hihihihi
Bangsa Melayu semua, kakak ini adalah contoh terbaik yang patut kita semua ikuti
Catat Ulasan