Kangar: Enam remaja lelaki termasuk empat pelajar yang ponteng sekolah ditahan polis ketika sedang asyik menonton video lucah di sebuah premis di Pangsapuri Seri Sena dekat sini Rabu.
Gambar: Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin (dua dari kanan) dan para pegawainya memberi kaunsel kepada remaja sekolah yang ditangkap menonton video lucah sewaktu masa sekolah di flat Seri Sena. Gambar NST
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata mereka yang berumur antara 13 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata empat pelajar itu adalah dari dua sekolah menengah di sini manakala dua lagi remaja merupakan bekas pelajar yang dibuang sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Rahman berkata polis turut merampas kira-kira 60 keping VCD lucah dan tiga motosikal.
Video-video lucah itu dipercayai dibeli dari pasar malam tertentu di sekitar negeri ini, katanya. -Bernama

5 ulasan:
KALU DEPA TU DATUK ALRIGHT KOT ?
Salah tempat.... tak ada orang beri tau kat bebudak tu ke kalau nak tengok, bawa cd tu ke Carcossa Sri Negara..
inilah punca2 kes cabul, rogol, dan bunuh....
cause kita dah tahu, tp kenapa x ambil tindakan untuk hapuskan punca2 ini?
Sokong anti zul .. klu tak dibendung dari sekarang, tak tau le akan datang ... kami nak hudud, kami nak hudud, kami nak hudud ..
Semuga rahmat Allah dilimpahi dibumi yang umatnya nak kepada hukum2 Nya dilaksanakan.
Hanya Dato-Dato sahaja yang dibenarkan tonton video lucah dalam Malaysia ni.Mereka bukan sekadar tonton tapi dibenarkan juga menerbit,beraksi dan menyebarkan video lucah.Ini negara Malaysia Boleh.
Catat Ulasan