Kajang: Seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru, di sini. Gambar Fail
Dalam kejadian jam 2 petang 3 Oktober lalu, suspek yang tinggal di taman perumahan sama, mengumpil pintu belakang rumah itu sebelum mengacukan pisau kepada mangsa yang sendirian di rumah kerana majikannya bekerja.
Sebaik masuk ke rumah, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa berusia 20-an dan merogolnya di ruang tamu sebelum melarikan dua botol minyak wangi, sebuah laptop serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,000.
Bagaimanapun, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah di Selayang, diberkas di Lorong Haji Taib di ibu negara Ahad lalu hasil maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek dipercayai sudah lama memerhatikan rumah berkenaan dan memilih untuk memecah masuk ketika pembantu rumah terbabit tinggal sendirian.
Katanya, suspek direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sementara itu, Ab Rashid berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an yang mempunyai talian persaudaraan dengan seorang warga emas yang dibunuh kejam di Kampung Pasir Baru Peringkat, Jalan Sungai Lalang, di sini, hujung bulan lalu, bagi membantu siasatan.
Katanya, suspek yang disisihkan keluarga warga emas itu kerana terbabit dalam penagihan dadah, ditahan di sekitar Semenyih pagi kelmarin dan sedang direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian jam 12 tengah 27 September lalu, S Danaletchemee, 64, disamun sebelum dibunuh dengan kejam individu tidak dikenali apabila lehernya ditikam dan kepalanya dihentak dengan objek keras di dalam rumahnya. -BH
Ulasan GB
Tolak hukum Islam, maka kejadian-kejadian seperti di atas akan sentiasa wujud dan berlaku sepanjang masa dimana-mana jua dalam negara.
Dengan undang-undang ciptaan manusia, bukan saja menteri, remaja pun tak takut lagi merogol amah, malah samun lagi.
Allah tak rugi hukumNya ditolak atau dipersendakan, tetapi kitalah yang bernasib malang apabila terbukti jenayah bermaharajalela, apabila hidup diburu ketakutan dengan kisah jenayah yang berulang-ulang.

4 ulasan:
Kejadian2 spr ni dulu2 kita dengar kbnyakan di negara2 barat, sekarang dah banyak di negara kita.
Di negara2 barat kejadian pelajar2/orang2 mengamuk di sekolah2 membunuh & mencederakan beberapa org termasuk guru & pelajar2, pun biasa dah...kemungkinan tak lama lagi boleh menjalar di negara kita (wlu aku ngeri utk memikirkan..aku terpaksa sebut kerana tanda2 dah ada..)
So, ayuh org2 yg mengaku Islam semua, kembalilah pada Allah & hukum2 yg terkandung dlm quran & hadis2 ... semuga rahmat Allah dilimpahNya di nagara kita yg kita cintai.
Rakyat yg tak perlu pening apa2 utk gubal undang2 dsbnya SOKONG aje le tanpa banyak soal le.. apa le susah sangat nak sokong.
Yg UMNO pekat, sedar lah, sedara lah, sedar lah ... Allah adalah TUAN kita .. Jgn persendakan hukumNya.
Yg bukan Islam, sokong lah juga. Undang2 Islam adalah utk semua. Baca le terjemahan quran mudah2an kamu semua akui kebenaran quran.
Semua kita akan mati, sapa yg dapat menghalang kita semua dari mati? Untuk sihat, boleh le kita ikhtiar amik ubat, vitamin, herba itu ini, untuk MATI?
Ini belum lagi samseng2 hasil latihan di PLKN keluar....
Puncanya kerana manusia tidak takut kepada Allah. Tuhannya mungkin benda-benda selain Allah. Tuhan tidak nampak . Bagi mereka seakan Hantu ( tu han / han tu ) . Ketika manusia dalam suasana gawat ditawan unsur-unsur kebendaan. Duit dan Teknologi menguasai kehidupan harian ala robotik. Nilai2 kemanusiaan ranap tesisih dari arus perdana. Ibarat sampah sarap dibawa arus. Suatu yang tidak penting yang tidak perlu diberi perhatian. Sekarang betul-betul gawat . Nah, tidak ada pilihan lain selain kembali kepada Hukum Tuhan . Bagi mereka itu bila disebut tentang Tuhan seolah-olah disamakan dengan CERITA HANTU . Tak banyak bezanya dengan takutkan hantu. Jangan segan silu untuk kembali junjung PERINTAH TUHAN bagi umat Islam. Maksudnya berikan KEUTAMAAN kepada pelaksanaan HUKUM HUDUD.
Tak percaya dengan berita ini sebab IGP kata jenayah sudah menurun.
Catat Ulasan