Sebenarnya UMNO atau DAP yang Komunis ???
Saban hari ada sahaja manusia termasuk mereka yang mempunyai kepakaran alam maya internet yang membuat tuduhan palsu dan basi iaitu DAP adalah parti komunis.
Tuduhan serampang dua mata itu – pertama, untuk memburukkan imej DAP kononnya ia adalah parti komunis yang diketahui umum dibenci oleh rakyat khususnya orang Melayu, dan kedua, untuk menggambarkan DAP sebagai parti Cina kerana sejarah Partai Komunis Malaya (PKM) dahulu terlibat secara langsung dengan negara China dan majoriti anggotanya adalah kaum Cina.
Agak ganjil juga usaha memburukkan DAP secara mengaitkannya dengan komunisme kerana kumpulan dan individu pro-UMNO itu tidak sedar sejarah parti mereka sendiri yang lebih parah pembabitan dengan komunis dan komunisme antarabangsa.
Mereka jahil atau sengaja enggan memahami bahawa DAP adalah anti-komunis, malah ideologi sosialisme kiri yang ekstrem juga ditolak oleh DAP.
Pilihan DAP pada awalnya adalah sosialisme demokratik yang kini dikembangkan kepada demokrasi sosial. Inilah pilihan jalan tengah Malaysia yang sederhana.
Malah pada saat penubuhannya pada 1966, DAP ditentang oleh kumpulan-kumpulan radikal kiri kerana tidak mengambil sikap ekstrem seperti mereka. Sehingga hari ini DAP tetap bersikap anti-komunis, sama ada dalam soal ideologi mahu pun ekonomi dan sosial.
Sedangkan UMNO dan konco-konconya yang selama ini menuduh DAP komunis telah beberapa kali disusup masuk oleh ejen-ejen komunis.
UMNO bergelumang dengan komunis
Jika kembali kepada era pra-1969 di mana UMNO yang begitu kental dengan sikap anti-komunis serta menuduh mana-mana lawannya sebagai ejen komunis, terpaksa menjilat semula ludah mereka terhadap lawan politik apabila Tun Abdul Razak menghulur salam persahabatan dengan Mao Zedong dan China Komunis.
Pada 28 Mei 1974, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pertama dari Malaysia yang membuat lawatan rasmi ke China. Beliau bertemu dengan pemimpin komunis Mao Zedong di Beijing untuk menandatangani perjanjian hubungan diplomatik walau pun pada masa itu China masih aktif membantu dan menyokong perjuangan PKM.
Selepas era Tun Abdul Razak, negara dikejutkan dengan penahanan tokoh-tokoh Melayu termasuk dari UMNO di bawah ISA kerana didakwa terlibat dengan anasir subversif komunis.
Antara mereka adalah Tan Sri Abdullah Ahmad, Datuk Abdullah Majid dan Tan Sri A. Samad Ismail yang ditahan pada 1976 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn. Turut ditahan bersama mereka adalah pemimpin PSRM Kassim Ahmad (kemudian menyertai UMNO) dan Dr Syed Husin Ali.
Selepas tu, beberapa hari sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981, negara sekali digemparkan dengan penahahan di bawah ISA setiausaha politik Perdana Menteri, Siddiq Mohamad Ghouse, yang didakwa menjadi ejen Polis Rahsia Soviet Union iaitu KGB.
Pada masa yang sama kerajaan Malaysia menghalau tiga diplomat Soviet yang bertugas dengan Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur atas tuduhan mengintip di Malaysia.
Apabila Dr Mahathir berkuasa, orang-orang yang ditahan di bawah ISA atas tuduhan bersubahat dengan komunis telah dibebaskan.
Tetapi sikap “liberal” Dr Mahathir hanya untuk seketika sahaja. Apabila kuasanya tercabar, beliau pula menggunakan ISA untuk menangkap sesiapa sahaja yang dianggap musuh politiknya, tidak kira mereka yang dianggap komunis atau tidak.
Pada masa yang sama, banyak parti-parti komunis antarabangsa dijemput hadir sebagai pemerhati dan sabahat UMNO dalam banyak perhimpunan agung UMNO termasuk Parti Komunis China.
Dr Mahathir juga dianggap sebagai sahabat kepada rejim komunis Fidel Castro di Cuba. Hubungan erat UMNO dengan parti-parti komunis terus kekal sehingga hari ini.
Hubungan erat di antara UMNO dan Parti Komunis China
Pada Ogos 2010, UMNO dan Parti Komunis Cina menandatangani memorandum persefahaman bersama untuk mengadakan program pertukaran belia antara kedua-dua negara.
MoU itu ditandatangani di Beijing di mana UMNO diwakili oleh Setiausaha Agungnya Datuk Tengku Adnan Mansor telah menyatakan harapannya supaya satu mekanisme tetap akan dapat diwujudkan untuk memastikan kerjasama kedua-dua pihak dapat diperkukuhkan.
Inilah UMNO dan rakan-rakan kongsi mereka yang sering menuduh orang lain dengan dakwaan yang palsu serta kadang-kadang tidak masuk akal.
Walau pun tidak munasabah menuduh DAP komunis, pecacai-pecacai UMNO masih terus menyebarkan fitnah keji itu.
Sejarah telah membuktikan DAP bukan sahaja tidak komunis, malah menentang ideologi komunis.
Pada 30 Ogos 1981, DAP telah mengumumkan Deklarasi Petaling Jaya, yang bukan sahaja mengulangi pendiriannya untuk mewujudkan Malaysia yang bebas dan demokratik berdasarkan prinsip hak dan peluang saksama antara kaum, keadilan sosial dan ekonomi serta kebebasan media serta kebudayaan, tetapi juga menegaskan pendiriannya yang patriotik.
Kesetiaan DAP adalah kepada negara semata-mata dan apa yang diperjuangkannya selama ini adalah untuk memastikan Malaysia tidak dipecahbahagikan antara kaum dan agama, tidak berlaku diskriminasi dan sentiasa wujud perkongsian antara kaum dalam semua bidang.
DAP tolak komunisme
Deklarasi itu juga mengulangi pendirian DAP yang menolak komunisme dan sebarang bentuk ideologi kiri dan kanan yang ekstrem.
Demokrasi sosial sebagai ideologi DAP adalah bersifat sederhana dan mengambil jalan tengah. Sebagaimana yang dijelaskan dalam deklarasi 1981 itu: “DAP tidak mahu Malaysia menjadi alat kepada Soviet Union atau Republik Rakyat China atau mana-mana negara lain tetapi mahu Malaysia bebas aman damai untuk menentukan sendiri nasib dan masa depannya.”
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sering menjadi mangsa tuduhan palsu itu telah beberapa kali menjelaskan bahawa ideologi komunisme tidak pernah diterima oleh DAP.
Dalam satu wawancara bersama Harakah, beliau berkata:
“Dulu di negeri China pada tahun 60-an dan 70-an, ekonominya begitu mundur sekali. Rakyat hidup merana tanpa bantuan. Malah ekonomi China dianggap sebagai pesakit Asia. Kenapa? Kerana dasar kerajaan komunis tak boleh jalan.
“Dasar di mana semua akan makan satu mangkuk nasi. Tak kira kerja kuat atau tak kerja, semua akan dapat satu mangkuk nasi. Yang kerja lapan jam, dapat satu mangkuk. Yang kerja lapan minit pun satu mangkuk. Siapa nak bertungkus lumus? Siapa nak kerja rajin dan tekun? Sebab itu orang China waktu itu malas berkerja.
“Adakah malas kerana mereka sendiri malas? Bukan. Tapi kerana dasar subsidi membuatkan mereka malas. Tapi kita bukan buat dengan serentaklah. Tapi kita mesti ada dasar baik supaya mereka dapat berdaya saing. Bila mereka ikut dasar yang maju, menggalakkan mereka berdaya saing, saya rasa itu adalah sesuatu yang paling baik untuk orang Melayu dan juga negara Malaysia.
“Kita tengok China, selepas dasar diubah mereka terus menjadi maju. Daripada malas mereka manjadi rajin kerana dasar galakkan, kalau sesiapa tak kerja, dia akan lapar. Kalau kerja, baru boleh kenyang. Jadi semua akan kerja. Sama dengan di sini, kena kerja, bukan kita bagi wang sahaja.
“Kalau kita bagi wang kepada orang muda, mereka guna beli motosikal, jadi mat rempit. Tapi bila mereka kerja dan dapat duit, mereka akan menghargainya. Saya rasa itu yang lebih penting.”
Nampaknya seorang pemimpin yang dituduh “berfikiran komunis” telah menolak sistem komunis yang dilihatnya sebagai punca rakyat menjadi malas dan ekonomi negara hancur.
Hipokrasi dan mentaliti Perang Dingin
Baru-baru ini pula sewaktu “kegilaan” pihak berkuasa menangkap sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0. Guan Eng membidas kerajaan UMNO-BN kerana menahan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat.
Menurutnya, tangkapan dan penahanan itu adalah tidak adil kerana pihak berkuasa gagal mengemukakan sebarang bukti atas tuduhan mahu “melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong” dan “menghidupkan fahaman komunis”.
“Tuduhan menyebarkan fahaman komunis adalah tidak masuk akal apabila Malaysia sememangnya telah lama mengadakan hubungan akrab dengan negara-negara komunis seperti Cuba, China dan Vietnam.
“(Mengikut alasan tidak munasabah ini) Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pun patut ditahan dan didakwa kerana cuba menghidupkan semula fahaman komunis dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tetap pada 12 Oktober 2009 bagi mengukuhkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (Communist Youth League of China),” katanya.
Siapa sebenarnya yang bersekongkol dengan komunis? Dunia telah bergerak maju. Rakyat Malaysia juga sudah mara. Hanya pimpinan UMNO masih di takok lama mentaliti era Perang Dingin.
Lebih teruk lagi, kononnya UMNO yang anti-komunis itu bersifat seperti rejim-rejim komunis yang sering menindas rakyat sendiri, terutama terhadap warga-warga yang mahukan kebebasan dan keadilan serta mempersoalkan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah pemerintah.
Keganasan pihak berkuasa kerajaan UMNO-BN terhadap rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman sempena Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, kononnya untuk menjaga keamanan, adalah bukti nyata sikap dan sifat rejim komunis dan pemerintah zalim.
Bak kata W.S. Rendra, “Keamanan yang berdasarkan senjata dan kekuasaan adalah penindasan”. -roketkini

2 ulasan:
Siapa yg teliti sejarah malah ada dinyatakan di dalam tek sejarah ting.4&5 Malaysia telah mengamalkan sikap berkecuali iaitu sejak konfrantasi dgn indonesia.Untuk pengampu UMNO mereka menggunakan alasan komunis ni utk menipu org ramai terutamanya org melayu yg masih senang diperdayakan dan juga org yg tdk membaca sejarah dan meneliti.Satu himahnya sekarang ramai yg ambik pedulik dgn sejarah dan subjek sejarah.
UMNO mmg talam bermuka2.... x sedar diri...
Catat Ulasan