18 Sep 2011

PAS Pusat Perlu Panggil Hassan Ali

Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS

Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.

Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".

"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.

Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.


"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.

Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.

Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.

"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.

"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.

Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.-mk

Halang bercakap agama tak masuk akal

KLANG, 18 Sept: "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.

Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Jais kerana ingin menyekat aktiviti dakwa di kalangan pemimpin dari PAS.

"Pentauliahan ini diwujudkan adalah kerana ini mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang kita tidak kenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

"Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

"Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," jelasnya.

Dr Rani memberitahu sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

"Kalau dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di dalam surau mahupun masjid malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

"Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah JAIS hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

"Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,"
sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.

"Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.

"Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,"
katanya lagi.

Beliau yang telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Surau Nurus Saadah Taman Meru 4 kelmarin, memberitahu apa yang beliau sampaikan dalam khutbah adalah mengikut teks yang telah diberikan oleh Jais tanpa ada sebarang penambahan mahupun kekurang.

"Jika membaca teks yang diberi oleh Jais sewaktu khutbah juga dianggap salah, ini adalah satu tindakan yang keterlaluan serta tidak bertanggungjawab jika ini berlaku jelas wujud tangan ghaib yang ingin menghalang kita dari Pakatan Rakyat terutamanya PAS mendekati rakyat melalui dakwah di setiap surau dan masjid," tegas beliau lagi. -HD


Ulasan GB

Perkataan Hassan Ali ini berbelit-belit.

Pada awalnya beliau menyatakan:

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini,"


Kemudian beliau berkata:

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.


Ini bererti beliau (Hassan Ali) turut MENYOKONG tindakan JAIS/MAIS yang menghalang orang politik menyampaikan ceramah/syarahan agama di masjid.

Apakah pendirian Hassan Ali itu selari dengan pendirian PAS?

Pelik.

PAS perlu panggil Hassan Ali untuk memninta penjelasan beliau dan jika perlu tindakan tegas perlu diambil.

15 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Saya paham maksud dr. hassan, syarahan politik kepartian tidak boleh bercampur aduk dalam masjid.. sebaliknya politik Islam boleh. Syabas dr. hassan anda betul!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

hahaha, kuda perang, si pencacai umno sokong hassan ali.

"sebaliknya politik Islam boleh"

haya pas amalkan politik Islam, umno amalkan politik kebangsaan.

oleh itu sepatutnya hanya pas yang boleh bersyarah dalam masjid.

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat Datuk Hassan Ali berada dalam ZON SELESA yang tersendiri, tapi pada masa yang sama beliau tersepit diantara kesetiaannya pada perjuangan Islam dan PAS, sebagai EXCO dlm barisan kerajaan PR Selangor dan institusi Diraja Selangor.Apa yang kita harapkan ialah beliau sepatutnya boleh memberikan kefahaman tentang Islam dan Politik kepada pihak istana yang kini dilihat agak bias dan amat cenderung kepada pemisahan antara agama dan kepimpinan/politik.

Tanpa Nama berkata...

mengikut pemerhatian saya, pendirian Hassan Ali ini hanya di sokong oleh UMNO dengan beberapa kerat penyokong tegarnya dalam PAS dari kalangan UG.

Diantara penyokong kuatnya ialah Iskandar Samad, Roslan SMS dan beberapa pemimpin Pemuda PAS Pusat termasuklah Nasruddin Tantawi, Nik Abduh dan beberapa orang lagi. Dan beberapa kerat dari Terengganu. Kesemuanya boleh dikatakan pemuka-pemuka UG belaka.

Mereka inlah sebenarnya perosak parti. Cakap orang UG ini berbelit2. Mereka hipokrit paling dasyat dalam parti.

Berhati-hatilah dengan mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju ulasan GB pas pusat perlu panggil Hassan Ali

rmj berkata...

Sepatut nya DHA sudah bolh di hamparkan sejadah terbang utk nya kembali pada UMNO.,kerana jiwa n raga nya tetap selari,sedarah sedaging dgn UMNO.

Dahan Jati berkata...

institusi untuk semua masyarakat harus bebas drp. politik, tp. org politik gatai dok pi ceramah jugak di masjid dan surau, memanglah ia tempat ramai org berhimpun, pergilah cari tempat lain banyak lagi, kalau nak cari pengaruh, baru orang lain tak berbulu tengok. Kita mesti sokong perpaduan melayu kerana dengan cara itu sahaja orang melayu dan islam dapat survive dalam dunia yg semakin mendesak ini. Jadikanlah pertelingkahan antara Fatah dan Hamas Pelestin sebagai pengajaran. Pergaduhan mereka lebih lama dan dahsyat lagi drp Pas dan Umno tp. , ramai yg mati dan harta benda yg musnah. Akhirnya kena bersatu juga kerana akhirnya baru tersedar, tanpa perpaduan mudahlah mereka diratah oleh musuh-musuh yg sedia menanti. Bangsa Melayu/islam juga begitu, mereka tidak akan sedar keperluan itu sehinggalah keadaan sudah terlambat. Selama kita masih berkuasa, mereka cuba hancurkan. Seruan perpaduan, langsung tidak dipandang, malah berpadu pula dengan ektremis cina. Tunggulah masa dimana melayu akhirnya terpaksa bersatu sama seperti Fatah dan Hamas bersatu sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

dahan jati tulis: "kalau nak cari pengaruh, baru orang lain tak berbulu tengok. Kita mesti sokong perpaduan melayu kerana dengan cara itu sahaja orang melayu dan islam dapat survive dalam dunia yg semakin mendesak ini."

yg berbulu tengok hanyalah org UMNO. sebab depa tak tahu agama dan tak tahu politik Islam. yg depa tahu hanyalah "perpaduan Melayu", perpaduan dalam bentuk "bangsa" yang amat bertentangan dgn Islam...

Quran suruh bersatu di atas nama Islam, wa'tasimu bihablillahi jamiian, wala tafarraqu

berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan kamu bercerai-berai...

Allah tak suruh bersatu atas nama bangsa.

Nabi Mohd pun diturunkan bukan untuk menyatukan Arab Quraisy, tetapi untuk membawa Islam walaupun terpaksa menentang bangsanya sendiri.

Ada faham?

Dahan Jati berkata...

Anon 11.55 : Ayat wa'tasimu bihablillahi jamiian, wala tafarraqu memang kita dah sedia maklum, dan ayat itu juga yang difatwakan atas umno tak islam sebab berpakat dgn kafir, kalau sokong orang bukan islam kafir tapi sekarang ni cuba lihat PAS pun jadi macam UMNO juga berpakat dgn bukan islam untuk kejar kuasa. Adakah PAS dah berpegang dgn tali Allah. Bila ceramah dikampung, cakap nak islam, bila nak tarik bukan islam kata PAS bukan nak negara islam pulak, tapi negara kebajikan. Habis tu macam mana orang yang berjuang bermati-matian dulu dan difatwakan syahid, sebab ingat pAS nak tubuh negara Islam, tp sebenarnya tidak. Ingatlah pAS bukan parti semata-mata untuk kejar kuasa politik dunia semata-mata tapi sebuah parti dakwah kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

dahan jati tulis: 'cuba lihat PAS pun jadi macam UMNO juga berpakat dgn bukan islam untuk kejar kuasa.'

dengar sini dahan jati, pas kejar kuasa sebab nak tegakkan Islam, umno kejar kuasa untuk kayakan tembolok para kroni. rakyat marhen tertindas.

pas tidak pernah "hapuskan" perjuangan negara Islam, hanya pendekatan diubahsuai. Itu terrangkum di dalam siyasah syariah dan masih di dalam ruanglingkup yang diizinkan syarak.

Berbeza dgn UMNO yang sememangnya tiada lansung agenda Islamnya... UMNO parti kebangsaan, hanya ada Biro Agama untuk suarakan kehendak Islam. Itupun sering x dilayan oleh parti yang nafasnya memang nasionalisme - dasar yg telah dikuburkan oleh Rasullullah dgn kedtgn Islam.

1 Malaysia berkata...

Dahan Jati,
Bila kau mati, jangan lupa suruh keluarga kau simpan kau kat PERKUBURAN MELAYU. Ingat, Jangan lupa pesan.

Tanpa Nama berkata...

Dahan Jati,

Kalau nak tahu PAS ke UMNO yang mahukan Islam, contoh yang paling mudah tengok Majlis Terbuka Hari Raya antara PAS dengan UMNO, kaum wanitanya yang mana bercirikan Islam yang mana jauh dari Islam. Lagu-lagu yang didendangkan yang mana dekat dengan Islam yang mana jauh dari Islam.
Kecualilah kalau Dahan Jati 'buta' dan 'pekak', ada mata tak mahu lihat ada telinga tak mahu dengar. Fikirkanlah...

Tanpa Nama berkata...

wahai dahan jati...awak melayu asli...mcm org asli tu..semangat org asli,hidup mcm org asli,pikir mcm org asli..agama asli jg juga ke?tu melayu ASLI....

Tanpa Nama berkata...

wahai dahan jati...awak melayu asli...mcm org asli tu..semangat org asli,hidup mcm org asli,pikir mcm org asli..agama asli jg juga ke?tu melayu ASLI....

hussin berkata...

ulasan gb dirujuk.

kenapa hassan ali jadi macam tu? mengikut perakuan dari beliau sendiri, slogan pas "kepimpinan ulama" membuat hassan ali terpanggil untuk masuk pas!

jadi tak payah cerita banyak2. nak ambil tindakan pun kena berkira. memecat beliau dari pas adalah menepati kehendaknya. terlepaslah dia dari sumpah yang didedahnya semasa pertemuan dengan blogger2 umno di rumahnya!

begitu juga jika terdapat mana2 pemimpin yang mencadangkan supaya hassan ali dipecat dan sesiapa yang menyokong cadangan tersebut, adalah sebenarnya dari kalangan yang bimbang dengan tindakan hassan ali. hassan ali tahu banyak rahsia pasal 'pertemuan dalam gelap (pdg)', ini boleh dijadikannya sebagai senjata ancaman untuk pas memecat beliau! dia tahu siapa2 yang berada dalam saf pdg.

Allah memiliki caraNya sendiri untuk ahli2 pas berfikir dan mengenali siapa2 pemimpin mereka. ulama atau tidak bukan ukurannya. konsep 'kepimpinan ulama' mesti presiden dan timbalan presiden seeorang ulama adalah tahyul yang perlu dihumban ke laut china selatan!

wallahu'alam.