27 Sep 2011

Mati Ketika Reman: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi Setengah Juta Ringgit

Kuantan: Mahkamah Tinggi Kuantan pada Selasa mengarahkan Kerajaan, Pengarah Penjara Penor dan 10 wadar penjara membayar ganti rugi sebanyak RM590,000 kepada waris keluarga seorang remaja yang meninggal dunia ketika di dalam reman pada tahun 2004.

Hakim Mariana Yahya telah mengeluarkan perintah tersebut di dalam kamar.

Plaintif, Mohamed Yusof Mat Diah, 64, dan isterinya, Rohani Mohamed,53, telah memfailkan saman tersebut ekoran kematian anak mereka Mohd Shukri Mohamed Yusof, ketika sedang menjalani tahanan reman di penjara berkenaan.

Mereka menamakan kerajaan, pengarah penjara dan 10 lagi staf penjara sebagai defenden.

Wadar penjara yang dinamakan sebagai defenden ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan MohdYaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris, Hamdan Mohamad, Mohd Rozi AbdulHamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.

Salah seorang daripada defenden berkenaan, Ismail telah pun meninggal dunia dan pihak Amanah Raya Berhad hadir bagi pihaknya untuk mendengar penghakiman.

Pihak plaintif diwakili oleh peguam G.Visvanathan Nair, G.SubramanianNair dan Ebrina Zubir.

Manakala peguam R.S.Pani pula mewakili defenden Hamdan, Mohd Rozi,Baharin dan Zamarul Hafizmanakala Pendakwaraya Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan mewakili Teyun,Suhaimi, Mohamad Hamdan,Ahmad Rizal, Penjara Penor dan Kerajaan.

Peguam Visvanathan berkata, mahkamah telah mendapati bahawa kesemua defenden adalah bertanggungjawab di atas kematian Mohd Shukri.

Sementara itu, ibu Shukri, Rohani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa syukur dan lega akhirnya kes tersebut telah selesai.

"Yang penting keadilan telah ditegakkan...wang bukanlah segala-galanya kerana ia tidak akan menghidupkan anak saya kembali,'' ujarnya.

Dia juga berharap kejadian ini akan dijadikan iktibar oleh semua pihak agar tidak mengambil keputusan di tangan sendiri yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa mereka yang di bawah seliaan dan jagaan mereka.

Menurut Rohani, mereka akan mengadakan majlis 'tahlil' untuk MohdShukri yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Mohd Shukri telah ditahan reman di Penjara Penor kerana didakwa menyalahgunakan dadah tetapi ketika cuba melarikan diri dia telah berjaya ditahan semula.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan tetapi meninggal dunia kemudian. -mstar

4 ulasan:

Unknown berkata...

ni mesti kena pukul teruk2...

Jom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Penumpang Komuter Yang Smbong Kena Ajar Dengan AyamKesilapan Dan Kesalahan Di Bulan Puasa

zairil berkata...

Aduih mak....nak kata apa....Penjara bukannya private. Yang dok bayar saman tu duit rakyat jugak.

Tak ada audit ker berapa banyak Jabatan-jabatan Kerajaan ni dah perabih duit rakyat bayar saman?

Dia orang bernajis...abih rakyat terpalit. Harap sangat GB ker saper ker dapat highlightkan kes bayar-bayar saman ni...Berapa Banyak Dah Rakyat spent atas misconduct Jabatan kerajaan,

Awanama berkata...

Klu ikut hukum quran & sunnah mcm mana ye bentuk hukumannya. Nak tau juga ni. Hukuman pada penagih dadah, pengedar dadah & pada mereka2 yg dikatakan menyebabkan kematian tu.

Awanama berkata...

Keputusan mahkamah ni tepat.Kalau ada rakyat yang terbunuh semasa dalam tahanan polis atau Badan Pencegah Rasuah,yang "menahan" tu,punya tanggungjawab atas keselamatan yang ditahan.Tak perlu lagi inquest atau siasatan.Mangsa yang terbunuh terus buat tuntutan dan yang bertanggungjawab wajar diarahkan bayar - tanpa banyak cerita.