Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Namun begitu katanya, Pas seharusnya menyediakan semua proses pelaksanaannya, termasuk prosedur-prosedur yang ditetapkan, perbicaraan dan saksi.
“Jika semua ini tiada masalah, saya ucap tahniah dan bolehlah melaksanakannya kerana sudah lama hudud mahu dijadikan undang-undang tetapi hingga kini belum dibuat.
“Apa yang saya bimbang, hudud hanya sekadar memotong tangan pencuri sedangkan dalam aspek lain tidak dapat dilaksanakan,” katanya.
Katanya, sebagai orang Islam, ahli Pas perlu tunaikan janji dan jangan menjadikan hukum ini kempen politik menjelang pilihan raya.
“Perlu ingat, undang-undang Islam merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Pas tidak boleh melaksanakan hanya satu kerana boleh menyebabkan ketidakadilan.
“Mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat yang hudud bukan hukuman untuk menyeksa seperti potong tangan, sebat dan bunuh, sebaliknya menjadi pengajaran,” katanya.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.
“Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya.
“Ia bertambah panas dekat pilihan raya dan orang politik sibuk mengenainya sedangkan selepas pilihan raya, hudud tidak diambil peduli dan senyap begitu sahaja,” katanya.
Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang Islam perlu menerima hudud sebagai perundangan negara kerana ia terkandung dalam al-Quran.
Katanya, perlaksanaan tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan.
“Saya tahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama mahu berjuang untuk melaksanakan hudud dan kenapa tiba-tiba muncul semasa :Pilihan Raya Umum Ke-13 akan tiba.
“Akibatnya, rakyat melihat hudud sekadar cakap-cakap sahaja dan untuk membuktikan komitmen Pas, mereka perlu benar-benar melaksanakannya,” katanya. -SH

10 ulasan:
“Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya"
Respons,
Silap tu, yang jadi masalah apabila kalangan yang mempunyai ilmu dan kepakaran diam membisu. Setakat melontarkan kenyataan "Sepatutnya macam ini bukan macam itu, Molek begini dan bukan begitu,ehhh ... kenapa dekat pilihanraya baru berbangkit".
Maka, apa macam selepas pilihanraya nanti kalian menjadi individu yang pertama di barisan hadapan untuk menyambut kata-kata kalian sendiri. Ada berani?
sepatutnya lembu-lembu ni jangan bercakap banyak. kalau dah tahu ianya diwajibkan kenapa pula sokong dengan ada pula tapi-tapi. siapa kamu semua nak tapi-tapi. pernah kamu cadangkan hukum hudud dilaksanakan dinegeri kamu? perak ker, perlis ker? kenap bila sebut hudud seolah-olah nik aziz yang bersalah? nik aziz istiqamah. menjadikan hudud sebagai enakmen kelantan bukan satu kerja remeh, bukan kerja mudah. siapa yang timbul semula isu hudud? bukan kah mahathir? pemimpin kamu yang maksum. hudud dibincang oleh ulama macam kamu dalam bentuk ugutan, ugut untuk memperlekeh nik aziz. menakut-nakutkan orang-orang bukan islam. tak malukah kepada ketua padri dan pengerusi gereja malaysia yang terang-terang menyokong supaya dilakukan dikelantan. inilah jadinya kalau ada orang macam kamu yang buta mata hati. selalu hebohkan apabila nik aziz bercakap pasal hudud, maka nik aziz mempolitikkan. adakah kamu tidak duduk bawah dagu orang politik? adakah bila nik aziz dengan jalan dan usaha politiknya dapat menjadikan hudud sebagai undang-undang, maka nik aziz hanya berpolitik? cuba bila kita tanya kamu semua, pernahkah kamu cadangkan untuk dilaksanakan hudud dinegeri kamu secara bukan politik? menatang mana nak dengar. kalau ada orang macam nik aziz sepatutnya dah lama kamu berkampung di kelantan untuk beri bantuan. ini tidak. asyik metakedarah harta yang UMNO dan pemimpin kamu. sebagai melayu islam, aku cukup menyesal ada orang macam kamu. menghabiskan duit rakyat. kamu sepatutnya dah lama tak ada kat malaysia. nampak macam hendak tegakkan islam, tapi sebenarnya berlagak. rugi sangatkah menyokong nik aziz untuk laksanakan hudud tanpa ugutan dan menghulurkan sokongan dan bantuan. desak kerajaan pusat. susah sangat ker nak buka mulut? susah sangat ker nak kumpulkan semua mufti? nilai balik cakap-cakap kamu, kamu digelar ulama.
jangan gunakan bahasa kesat. Sejahat-jahat firaun, Allah suruh nabi musa pergi jumpa dan bercakap lembut. Dok caya, baca quran
Setuju dengan mohammad
Inilah yang saya naik meluat puing dengan orang bergelar ulamak ustaz mufti apa lagi bergelar 40 ulamak muda mereka inilah punca umat islam dungu dan jahil tentang agamanya sendiri bahkan rakyat semakin berani bermain2 dengan tergugur akidahnya disebabkan seringkali kita terbaca baik difacebook mereka atau didada akhbar perlekeh hukum hudud dan yang terbaru sekali sekelian pemimpin umno berani jamin bahawa hudud tidak akan dilaksanakan dimalaysia disebabkan lagu yang sama iaitu "masarakat majmuk" apakah majmuk itu sendiri adalah ciptaan Allah? seperti hudud ? dengan sendirinya mereka meletakan Allah tidak maha bijaksana melebihi mulut2 mereka yang bercakap tapi dimana Ulamak2 ini masa pemimpin umno bercakap begitu?? SAH MULUT BISU ULAMAK JENIS INILAH YANG MENJADIKAN UMAT ISLAM SEMAKIN HINA DISISI ALLAH DAN ULAMAK CERDIK PANDAI AGAMA JENIS INILAH JUGA YG DIBIMBANGI OLIH NABI S.A.W DALAM HADITHNYA !!!
SAYA BENCI ULAMAK BEGINI SAMA SEPERTI MUHAMMAD 9.49PM
anon 10:09 menulis:
"jangan gunakan bahasa kesat. Sejahat-jahat firaun, Allah suruh nabi musa pergi jumpa dan bercakap lembut. Dok caya, baca quran"
itu dengan firaun yang tolak Islam.
ini dengan mufti2 yg dah ada dan dah tahu ajaran Islam, nak lembut apanya?
Eloklah semua muslim tak kira dia mufti ke, ulama ke atau org biasa seharusnya memberi sokongan padu apabila Pas Kelantan nak laksanakan hudud. Bagi org biasa yg cetek ilmu agama maka mulalah belajar dan kaji hukum islam supaya faham sedikit sebanyak dan dapat menerangkan kpd rakan2 mereka yg bukan islam. Mufti dan ulama kenalah beri kerjasama kpd Pas Kelantan supaya perlaksanaan hukum islam itu lengkap. Mereka perlu adakan muzakarah dgn pemimpin Pas tolak apa je fahaman politik kerana agama itu melebihi segala2nya, demi memastikan hukum Allah dapat dilaksanakan menikut kehendak Quran dan sunnah.
Malulah kalau diri bergelar mufti atau ulama tapi hanya tahu beri komen terbuka dlm media yg boleh dimanipulasi mengikut kehendak pihak2 tertentu. Mereka seharusnya memberi komen, pandangan dan panduan dlm sebuah muzakarah tertutup yg dihadiri oleh semua bijak pandai agama yg ikhlas mahu melihat hukum Allah tertegak.
Hal ini perlu segera dilaksanakan supaya dpt menutup apa2 spekulasi dan manipulasi yg berniat jahat utk mengagalkan harapan suci ini dan supaya dapat menolak tanggapan bahawa isu hudud ini adalah gimik pilihanraya.
Wallahua'lam
Aku yg tak tinggi ilmu agama ni pun tahu, hasrat utk laksanakan hudud tu patut disokong sejak dulu2 lagi..
Mmg pelaksanaannya memerlukan penelitian & so on, tapi, tapi, tapi.... Apa salahnya sokong? & berilah cadangan misalnya ke arah melaksanakan, misalhnya memberi penerangan berkala diTV2 (sbb pengaruh TV yg sngat besar).. jadi lama2 rakyat faham & takut utk buat jahat, klu ada yg buat juga tu dah kira sangat desperate & jahat, & Rahmat Allah di bumi Msia.
Saya sokong HUDUD sebab saya beragama ISLAM....yang tolak HUDUD adalah munafik
sapa tolak hudud...KUFURRRRRRRRRRR bukan munafik lagi dah. ibarat tolak rukun iman,,,maka kufur lah ia.
Tidak ada sebab mengapa orang Islam menolak Hukum Hudud.Hanya yang cetek pengetahun agama Islam sahaja yang menolak hudud sebab tak tahu akibatnya.Yang bukan Islam pula,tak usah ribut dan buat komen macam-macam kerana hukum ini hanya untuk orang Islam.Kamu semua bukan Islam,tak kena-mengena dengan hukum ini,buat apa nak komen.Sistem Mahkamah Syariah sudah ada dalam Perlembagaan Malaysia,bermakna ini bukan isu baru.
Catat Ulasan