12 Sep 2011

Jika Tak Pernah Dijajah, Maka UMNO Bukanlah Pejuang "Kemerdekaan". Habis Cerita.

Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar

SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,”
kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

PKIPM dakwa Majlis Profesor ‘iktiraf’ British, mahu kenyataan ditarik balik

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIPM) menggesa Majlis Profesor Negara (MPN) menarik balik kenyataan pihaknya minggu lalu bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan ia seolah-olah mengiktiraf kehadiran kuasa itu di Tanah Melayu.

Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya berpandangan kenyataan akhbar MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah dan wajar ditarik balik.

“Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah.

“Sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa,” kata beliau sambil menambah, “justeru, mewakili golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia, PKPIM menuntut MPN untuk menarik balik kenyataan yang mengelirukan ini.”

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Ahmad Fahmi berkata, PKPIM juga meminta semua pihak termasuklah ahli politik supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan fakta dan sejarah.

“Dalam kemeriahan semua pihak untuk menjuarai isu membincangkan tema sejarah tanah air yang pada dasarnya dilihat amat positif dalam proses pemahaman asas-asas kenegaraan, mereka juga harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan sekiranya menimbulkan keraguaan dan kekeliruan kepada masyarakat.

“Justeru, PKPIM mengingatkan kepada mereka yang berkenaan agar merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar dan berdasarkan sumber yang sahih dan tidak mengeluarkan kenyataan melulu dan songsang yang boleh menimbulkan polemik dan masalah runcitan,” katanya lagi.

Ahmad Fahmi menambah, PKPIM mempersoalkan kesimpulan MPN menerusi kenyataan akhbarnya tentang Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British.

Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Datuk Zainal Kling pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September lalu.

“Majlis Profesor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris.

“Dalam kata lain, MPN berkesimpulan bahawa dasar ‘protectorate’ yang diamalkan Inggeris terhadap Tanah Melayu dengan meletakkan residen dan penasihat di negeri-negeri Melayu sebagai satu tujuan murni untuk melindungi dan membantu Tanah Melayu dan pemerintah Melayu untuk memerintah tanah air mereka,” kata beliau lagi.

Ahmad Fahmi menambah, PKPIM juga mempersoalkan kenyataan MPN yang mendakwa dasar ‘protectorate’ Inggeris sebagai tidak mencabuli kedaulatan negeri-negeri Tanah Melayu.

Jelas beliau, PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila majlis itu dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep “kedaulatan negara.”


“Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain, tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara.

“Malah, tesis baru MPN ini kelihatan seolah-olah mengiktiraf kerajaan kolonial Inggeris sebagai wira pelindung Tanah Melayu dan menafikan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris yang memang dikenali dunia sebagai antara kuasa besar penjajah ketika itu,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKPIM sangat bersetuju dengan Prof Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menegaskan dalam karya ilmiah terbaru beliau berjudul “Historical Fact and Fiction” bahawa fakta sejarah seharusnya diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira nilai-nilai dan saling kaitan antara fakta sejarah sehingga membentuk satu rangkaian kesimpulan yang bermakna.

“PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat.

“PKPIM berpandangan kenyataan akhbar yang dibuat MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah. Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah,” kata beliau yang turut menegaskan bahawa, “sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa.” -TMI


Ulasan GB

Hebat betul pemutaran fakta sejarah yang hendak dilakukan oleh golongan UMNO ini. Sehingga Sultan diheret sama dengan menuduh mereka yang bertanggungjawab "menjemput British".

Sekaligus, kenyataan Mahathir yang menyokong kenyataan Prof Zainal Kling dan Majlis Professor Negara tersebut JELAS menafikan juga peranan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris.

Jika demikian halnya, maka bererti UMNO tidak lagi boleh mendabik dada sebagai pejuang "kemerdekaan" sebenarnya. Jika dakwaan negara tidak pernah dijajah, maka keseluruhan perjuangan UMNO yang dirintisi oleh Datuk Onn Jaafar dengan sendirinya terbatal dan sanggupkah UMNO terima hakikat ia perlu dipadam segera dari sekalian buku sejarah?

Atau Mahathir maupun MPN hendak menyatakan bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO itu ialah perjuangan "menentang raja-raja yang menjemput British sebagai Penasihat" ataupun ia sebagai simbol protes UMNO terhadap Raja-raja Melayu?

Dan rakyat masih ingat bahawa Mahathirlah orangnya yang telah memandulkan kuasa Raja-raja sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

17 ulasan:

zairil berkata...

Ishk..ishk....apa nak kecoh-kecoh....Kita setuju jer dengan Mat Det dan anak Kling. Yeay...kita tak pernah kena jajah dek British. Cuma raja-raja dan sultan-sultan dulu jer yang kurang cerdik dan orang-orang Melayu dulu yang kurang cerdik tak reti nak mentadbir negara sebab urusan pentadbiran negara telah disubcon kan kepada British. Apa kurangnya sekarang....? Kita subcon lah pulak pada Apco.

Kalau sejarah yang pernah kami pelajari tak relevan dan bohong semata-mata.....koyak saja buku sejarah. Suruh Che Det pakar sejarah buat buku baru - kesian rakyat malaysia kena tipu hidup-hidup!

hasnita berkata...

berkenan sgt dgn tajuk & hujjah GB:

Jika Tak Pernah Dijajah, Maka UMNO Bukanlah Pejuang "Kemerdekaan"!

Terang lagi jelas.

Tanpa Nama berkata...

KAHKAHKAH

UMNO KANTOI LAGI!

Tanpa Nama berkata...

Mahathir kata,

"Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini."

Berkata Mahathir lagi,

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat."


Ini bermakna setelah British menipu Sultan-sultan, perjuang-perjuang berhaluan kiri dab para ulama berjuang bagi membebaskan campurtangan British itu, hanya UMNO yang menerima nasihat British dan prlembagaannya untuk berkuatkuasa sehingga kini... hahaha... kantoi UMNO le..nie...

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak dicerita umno penggerak kepada kemerdekaan dari naungan penjajah ek?
putar belit putar belit

Tanpa Nama berkata...

umno itu penipu dulu, kini dan selamanya....

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong bang mat sabu sebab dengan kecerdikan nya maka satu persatu pekong dikeluarkan dari UMNO,ok lah british tidak menjajah tanah melayu tapi bagaimana dengan jepun yang menjajah selama 2 ke 3 tahun di tanah melayu bukan kah ini bermakna tanah melayu pernah di jajah jadi jangan lah bercakap bahawa tanah melayu tidak pernah di jajah....fikir lah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

hahaha umno bodo dulu kini forever....statement paling bodoh bg seorang doctor keling dlm umah

Tanpa Nama berkata...

Jangan dilayan isu-isu yang berkaitan sejarah dan komunis buat masa ini... UMNO sengaja memperbesarkan isu ini dan mereka telah berjaya memperdaya dan melekakan kita semua dari memperjuangkan dan memperkatakan tentang isu Bersih 2.0 yang begitu menekan mereka sebelum ini.
Ayuh! Kita gerakkan dan tumpukan semula matlamat untuk tawan Putrajaya dalam PRU13.

Tanpa Nama berkata...

Sokong,Tanah Melayu tak pernah dijajah sebagai mana kata Prof.Besar Zainal Keling.Mulai tahun depan tak wajar ada lagi hari menyambut kemerdekaan.Nak sambut,buang duit aje,kerana Tanah Melayu tak pernah dijajah dan tidak ada Bapak Kemerdekaan.Buku-buku sejarah pun kena tulis semula.

Tanpa Nama berkata...

che det dah mula nak tunjuk pandai sejarah ....dulu dia kata TM dijajah oleh British.....dia ni tak habis-habis buat cerita hal dunia smapai tak ingatnak mampos.....dia fikir semua org boleh ikut cakap dia? Sudahle tu che det....baik lah buat amal ibadah sebelum masuk kubur...

1 Malaysia berkata...

Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh British. Yang kita dok baca dulu iaitu sebenarnya dulu tak ada Tanah Melayu pun. Kan sebelah utara dikuasai Siam dan selatan dikuasai kerajaan Majapahit. Tanah Melayu ini namanya diberi oleh British.
Che Det ... dari dulu lagi AKU dah nampak sifat kerling dalam diri dia. Dia sebenarnya bukan peduli sangat dengan orang Melayu. Yang penting dia berkuasa dengan memperalatkan Melayu. Dia kata kita tidak dijajah kerana dia jaki kat TAR yang digelar "BAPA KEMERDEKAAN". Lepas ni, kita berilah gelaran "BAPA PENIPU DAN PUTARBELIT MALAYSIA" pada dia. Dia juga yang beriya-iya menyambut Hari Merdeka semasa jadi PM dulu.
Selamatlah Rakyat Malaysia yang masih hidup. Kasihan melihat mereka yang dah mati sebab sampai ke mati masih tak sedar depa ditipu oleh puak UMNO munafikun.
Hidup Melayu ... itulah cogan kata mereka. AKU cukup konsisten iaitu mereka dok memperjuangkan Melayu, simpan saja mayat mereka kat TANAH PERKUBURAN MELAYU dan jangan sekali-kali di TANAH PERKUBURAN ISLAM. Kalau tak ada TANAH PERKUBURAN MELAYU di Malaysia, simpan saja di Tanah Perkuburan Cina atau Hindu atau Kristian pun, tak apa. Sudah sampai masa Tok Jib membuka dan merasmikan TANAH PERKUBURAN MELAYU sementara mereka masih diberi kuasa oleh Allah swt.
Alfatihah kepada sahabat karib AKU, Ketua cawangan UMNO yang meninggal dunia. Sedih memikirkan sewaktu hidupnya, hidupnya untuk UMNO dan tak sedar dia ditipu gengnya sendiri.

Che Det berkata...

oleh sebab kita tak pernah dijajah dengan ini saya sebagai mantan perdana menteri membubarkan hari kemerdekaan yang jatuhnya pada 30 ogos pada setiap tahun.

yang dikasihi semua...
Che Det

Tanpa Nama berkata...

WAHHHH! KALAU MAIN CHESS SUDAH "CHEKMATE" INI
-mau pusing isu komunis sudah kantoi
-mau jd pejuang merdeka rupanya takpernah dijajah
-cuti-cuti australia sudah terbongkar
-cukai GST 6% dulu aku yang bentang macammana aku boleh lupa?kantoi

masihhijau berkata...

Serang UMNO dari semua arah. Jgn lupa isu2 mega spt:

1. Jual kerakyatan.
2. Bersih.
3. SPR.
4. SPRM.
5. Barang Naik.
6. Guna Duit Rakyat.
7. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera?
8. RM24 Juta

Serang. Biar dia kelam kabut. Biar dia buat statement hilang akal. Tunjukkan kepada makcik2 kat kpg UMNO ni mmg penipu.

Marzuki Yusoff berkata...

Kalau Malaya tak pernah dijajah, Tunku Abd Rahman nak digelar "Bapak" apa???

mahyuddinm berkata...

Kenyataan Che Det dan yang lain-lain, becanggan dengan fact yang 'bendera Union Jack' dikibar.

Kalau bukan dijajah, kenapa bendera British dikibarkan? Takkan la kalau jadi penasihat dok dok naik bendera British?

Habis yang kita MERDEKA tu merdeka dari sapa?

Tunku Abdul Rahman tak boleh la di gelar 'Bapak Kemerdekaan', betoi dak?