Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 29 September depan bagi mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib dan Rosmah mengemukakan permohonan itu melalui empat peguam mereka semalam.
Anwar semalam menyelar Najib yang disifatkannya sebagai tidak 'cool" apabila berundur sebelum bertempur.
Najib dan Rosmah dikehendaki sebagai saksi dalam kes fitnah berkenaan.
Ini kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis kononnya diliwat ketua pembangkang itu.
Najib juga mengaku bahawa Saiful bertemu dengannya pada 12 Febuari 2008 untuk mendapatkan permohonan biasiswa.
Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah.
Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina ke atas mereka.
Anwar, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. -tvsnews
Ulasan GB
Rakyat seluruhnya akan melihat dengan dekat perkembangan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apakah para hakim akan bertindak menyebelahi Najib dan Rosmah setelah Najib menemui para hakim di Istana Keadilan beberapa minggu lalu.
Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan:

Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat.
Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan?
Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan.
2 ulasan:
Hakim yang mana berani tentang Perdana Menteri,apa lagi Big Mama.
Mahkamah adalah tempat bercakap berdasarkan prinsip betul dan benar. Orang yang menolak untuk bercakap di mahkamah orang yang tidak mahu bercakap yang benar. Maknanya mereka ini hanya mahu dan suka bercakap yang bohong, tak benar dan tak mahu bertanggungjawab terhadap apa-apa yang dikaitkan dengan mereka seperti Tun Taik.
Catat Ulasan