22 Sep 2011

Apa Mahu Jadi Malaysia? Lepas Polis, Anggota SPRM Pula Ditahan Merompak!

Rompakan: Tiga pegawai SPRM ditahan

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan hari ini berhubung satu kes rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Turut ditahan berhubung kes rompakan berjumlah USD300,000 (RM900,000) itu ialah seorang pegawai kanan, menurut laporan the Star Online petang ini.

Ketiga-tiga pegawai yang ditahan berhubung rompakan ke atas seorang pengurup wang itu telah digantung kerja, kata ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, menurut laporan itu lagi. -mk

Tiga Pegawai SPRM Samun KLIA Dilucut Tugas

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.

Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.

SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas.

Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.

"Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu. - BERNAMA



7 ulasan:

Awan Network berkata...

Kalau Najib merompak, tak ramai ambik kisah..depa kata duit negara tur duit dia..

Pendapatan Melalui FB/Blog PERCUMA:
[Klik Sini]Pendapatan Internet Terhangat Dibayar Dalam USD$!!

Tanpa Nama berkata...

Tidak menghairankan langsung! Selagi negara ini di kepalai perompak2 selagi itu perangai buruk itu akan diikuti oleh orang bawahan! Kepala perompak merompak dalam jumlah yang besar tidak ada tindakan langsung!

Tanpa Nama berkata...

Nih ikan bilis je.. yang ikan jerung masih bermaharajalela merompak rakyat tu belum didakwa lagi..

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi kita akan dengar pula
pegawai2 spr & jpn pula merompak.
ini bukan apa, allah nak tunjukkan
betapa bloody foolnya agensi2 tersebut.

- penyamun tarbus.

Tanpa Nama berkata...

Harapkan pagar,pagar makan padi.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin UMNO rompak wang rakyat, kalau polis penyamun biasalah...

Tanpa Nama berkata...

ada satu hari tu aku bawa teksi area kl,naik la satu mamat bangla.....bang..tolong hantar saya ke sogo...saya wang tadak.... saya dirompak oleh polis peronda,,katanya.
masa keluar dari kl sentral polis tu panggil dan dibawanya bangla tu bersiar2 sampai keatas satu bukit dan dipaksa menyerahkan duit dan fon.
punya la hangat aku.....polis tu satu india satu melayu.