19 Sep 2011

Benarkah Kickdefella Tak Hairan Husam Samannya RM5 Juta?

Husam saman Kickdefella RM5 juta

KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azidi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat. -HD


Ulasan GB

Sering cakap juta-juta, sekarang, anda kena saman berjuta. Tapi mungkin anda tidak hairan sebab UMNO boleh supply/support lebih daripada jumlah yang disaman itu kerana anda sudah berjaya kucar-kacirkan sedikit kerajaan Kelantan sebelum ini(?)

Allah pasti menyelamatkan dan membersihkan jemaahNya dari sebarang anasir yang kotor dan keji dan Dia telah pun dan akan terus melakukannya.

p/s Dulu GB dah berpesan kepada para blogger, cari nickname tu biar elok sikit. Nickname tu sendiri sebenarnya boleh melambangkan perwatakan yang sebenar. Ia akan kembali kepada diri sendiri.

KICKDEFELLA - anda nak "kick" orang, berakhir nanti anda yang kena tendang, bukan sekali, malah bertubi-tubi selagi tak ubah nama itu. Dan apabila dah ubah nama, jangan lupa ubah sikap dan perangai. Itu lebih mustahak.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HUDUHNYA RUPE KICK FUCK OF THE LIAR NIH..RAMBUT BOTAK MACAM ENGGANG BOTAK AKU TGK KAT ZOO HARI TU,,,.....

Tanpa Nama berkata...

Anwar bila pula nak saman Papagomo ni.?

mohamad berkata...

keling tok seh ko keling tok syed? ko hok jenis keling beranok hari juamaat, pakai nama tok syed. Kebanyakan syed ni keturunan arab, keturunan nabi yang mula datang keran nak berdakwah. yang ni aku ingat kalu bukan jenis keling beranak hari jumaat mungkin sebelah abdullah bin ubai. tok arab juga. dulu timbul pasal tok guru terima rasuah kek harga 500. pah tu tok guru ada orang nak sponsor naik haji. tok syed keling ni kalu tak duduk kelantan munasabah lah juga. ni kata nya orang kelantan. tok kan jahil tukil sampai lagu tu. dari segi lojik lah, tok guru tak patut diberi kek dengan harga 500. beri hok harga mahal sekali. kalu ada hok 5000 baik bagi hok 5000. tu pun masih tak padan lagi dengan beberapa jenis elaun menteri besar yang tidak diambil oleh tok guru. Kalau nak atur kek tepi jalan dengan dengan duit elaun tu, mau-mau boleh sampai dari kota bharu ke gebeng kalu dok sampai kat lebuh raya. Kalu duduk kelantan pasal pergi haji dengan orang alim bukan hari jer. dah puluhan tahun dah. bukan setakat pergi naik haji sekali, berjumpa dimekah pun bertahun-tahun diceritakan kepada puak waris bila pulang dari haji. besarnya orang kelantan dan terengganu bila dapat naik haji dengan orang alim ni dimata masyarakat. jangan nak banding dengan orang UMNO. Ada setengah yang nak naik haji berdoa supaya jangan jumpa dengan geng UMNO atau pembesar UMNO. Kalu jumpa dimekah tak larat nak bayar dam. Mujur lah jugok orang kelantan lo ni tak berapa gedebe mana jak duduk bawah kepimpinan tok guru. kalu dok lama dah kickdeffela kena lutu demo. tapi bagus juga sekali sekali beri penampar sira, biar dia reti, hak dia kata tu orang, bukan tunggul kayu. Bakali kena dua tiga ibu, tak lah gedeber mana. Kalu dia balik ke kelantan , nung hambat biar dia gi saing nga puak tok seh golok nung. mana tahu kalu ada batu boleh pelekat gu lawan boxing alik siam nun, dah nampak nak gedeber sangat. Aku ni sakit kalu dok tak de kokre lain, lama dah makan nyepak aku. hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum GB dan semua,

Tak kisah dari kumpulan mana sekalipun kita, sejak berkhidmat di TUDM 40 tahun dulu tak sekali pun kami percaya orang Melayu yang ada syed di awal namanya. Proven memang kesemuanya kaki temberang, kelentong dan kaki bodek. Bila berhenti TUDM dan bekerja di swasta masih juga terjumpa orang golongan ini ~ sama saja perangainya. Siksa kita.

Tidak dinafikan orangnya memang pandai 'cakap dan karang' cerita tapi bab kerja haprak. Pemimpin kita dulu sebenarnya takut nak kata lalu dikatakannya Melayu yang haprak. Dulu ada syed di DBP, syed di sana-sini, tengoklah apa dah jadi dengan bahasa kita ... macam Indon dengan~ son jadi si. Sekarang ni dah ada pula dalam pejabat jaga teksi, lori dan sebagainya... Doa-doa tidak nyusahkan orang saja. Tu sebab rambut pun takut nak tumbuh kerana rambut sendiri pun tak sanggup jadi saksi kebobrokan tutur dan fikiran sendiri ~ tak sanggup jadi barua.

Hingga kini saya masih menunggu syed yang baik budi pekerti dan perkataannya. Di masjid kami ~ ada juga, tapi suka jerit kat budak-budak !. Maaf ya Tuan-Tuan Syed mungkin juga sebab nila setitik ...., atau hanya seekor kerbau bermandi lumpur ... Tuan semua terpalit. Wassalam.