Tentera sangkal undi diseleweng
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."
"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.
"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.
Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.
"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.
"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.
Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."
"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.
Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.
ATM apolitikal
"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).
"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.
"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.
Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.
"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.
"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.
Ulasan GB
Mengapa begitu cepat dan biadab Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyelar and menganggap PAS sebagai pengkhianat jika beliau sendiri sudah menyatakan bahawa "Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing"?
Kekurangan apa? Kekurangan untuk tidak dapat bersekongkol lagi dengan penipuan yang dilakukan selama ini? Bukankah itu lebih khianat lagi?
Dan panglima berkenaan juga menyatakan "sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya" bererti sistem pilihanraya yang berjalan kini ada banyak kekurangannya sehingga J/K peringkat parlimen terpaksa dibentuk dan tidak mustahil penipuan undi pos adalah salah satu kelemahan itu. Apabila ada anggota ATM mendedahkan secara jujur dan ikhlas sepatutnya ia disiasat secara komprehensif dan jujur juga. Mengapa panglima ini cepat sangat melatah?
Apakah terlalu besar pangkat seorang panglima tentera hendak "menyerang" sebuah parti yang sah disisi perlembagaan yang mempunyai keahlian 1 juta orang?
PAS mempunyai wakil rakyat yang ramai di Parlimen dan sedang memerintah di dua negeri. Anda perlu menghormati pilihan rakyat tersebut!
Panglima itu kemudian berkata "Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami". Sejak bila rakyat tidak akui pengorbanan tentera? Yang kami lakukan ialah supaya tentera berkhidmat secara amanah dan jujur, jangan khianat. Apabila ada pihak tentera sendiri mengakui perbuatan khianat di dalam undi bererti pihak tentera sendiri yang tidak amanah dan tidak jujur yang sedang membinasakan masa depan negara.

11 ulasan:
Betul2...sk dgn statement nih..
PAT sepatutnya berkhidmat tuk YDP AGONG DAN RAKYAT...bukan dgr arahan mana2 parti politik....baru dihormati rakyat.BULAN PUASA PUN NAK MENIPU KE!Cari makan bosssssss....:)
Panglima tentera pun dah terikut rentak Pak Polisi...gaya macam JKKK jer...sepatutnya yg buat statement ialah SPR bukan PAT...
Semakin tinggi pangkat, semakin cetek fikiran sehingga tidak dapat membezakan politik dan amanah rakyat.
Jangan jadi bodoh dan pembodek tegar UMNO.
Kalau BOSS ATM nak berpolitik letak jawatan ATM masuk UMNO teruslah berpolitik, tetapi jika masih DALAM ATM TENTERA PERLU SETIA KEPADA NEGARA DAN AGONG sahaja.
Sudah amat jelas dalam perlembagaan menyebut bahwa YDT Agong adalah pemerintah tertinggi ATM. Namun bila perlantikan jawatan Jeneral adalah selalunya adalah lantikan politik disinilah bermulanya masalah. Lantikan politik disini bermaksud ianya dibawah persetujuan pimpinan amno laknat... walhal itu adalah hak YDT Agong. Jadi jeneral2 yg dilantik adalah bukan berdasarkan kebolehan, taat-setia, kejujuran, semangat kepahlawanan, pengalaman, kualiti kepimpinan tetapi adlah mengikut sejauhmana kebolehan jeneral yg akan dilantik akan dijadikan lembu amno laknat... sebab kegunaannya adalah seperti yg telah berlaku selama 53 tahun, penipuan undi utk memastikan amno laknat berkuasa atas alasan boddoh iaitu ketuanan melayu.. jadi jeneral2 ni akan ditarik hidungnya jika cuba melawan akan samada ditamatkan perkhidmatan, turun pangkat, ditukar (istilah kera-jaan diKolamkan) dan macam2 lagi tindakan selagi sesuai dgn kehendak amno laknat... perkara ni memang berlaku dan kita semua tahu cuma puak2 laknat ini menafikan sekeras2nya supaya kekal berkuasa... Mudah2an Allah melaknat mereka yg khianat dan bersubahat mengkhianati negara dan rakyat. AMIN
mcmne dia tau undi tak sleweng???ckp kosong nampak...tada bukti..
lagi satu, dia ni mcm nak pertahan barua amno iaitu SPR,,
dia terlibat dengan proses undi ker mamat ni??habis mcmana dia tau???
Panglima ATM = Panglima Lembu Kenyang
dulu masa dia pangkat bawah , dia juga jsdi lembu kaldai umnoporno , tolong pangkah undi pos
agak-agaklah weh kalau nak mengampu pun. jangan sampai nampak bodoh tahap gaban kita nih...patutlah PATI senang ceroboh perairian dan sempadan negara...Panglima ATM ni tak berwibawa ke? bila la dia siasat dan apakah kaedah penyiasatan yang dibuat bagi membuktikan pengakuan bekas tentera itu tidak benar ? ke awak klentong???????????
UNDI POS adalah satu perkara yg membangangkan untuk pengundi pos dan pembangkang.Sepatutnya selepas Undi di buat,hendaklah dikira terus jumlah undi tersebut.BN dapat berapa dan pembangkang dapat berapa undi.Bukannya datang lewat pada PRU sebenar.Berkenaan ada org pangkah untuk undi tu sebenarnya anggota telah berpindah tempat bertugas.Tidak up dated menunjukkan kelemahan SPR.Pangkah untuk menyelamatkan PEGAWAI MEMERINTAH(CO) kem tersebut.Kalau ramai yg takdak undi sakit la CO.Dalam undi pos pun kadang ada anggota yg ada dua kawasan Parleman.Kalau tak caya tanya le sedara yg jadi askar
Jangan layan kenyataan dia tu. Masa pegang jawatan takut nak keluarkan kenyataan yang menyinggung PM kebetulan PM pun pernah jadi Menteri Pertahanan, jadi kira hormatlah tu.
Catat Ulasan