Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong
Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.
Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.
"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.
"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."
Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.
Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Penafian kosong
Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.
Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.
"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.
"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.
Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan". -mk

Panglima Tentera tidak cermat
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.
“Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam,” kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.
Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.
Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.
“Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.
“Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan,” ujarnya.
Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.
Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan.
Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.
Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang.
Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.
Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit.
“Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan, menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat,” ujarnya.
Jelasnya, sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.
“Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos,” katanya.
Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Zulkifeli.
“Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera,” tegasnya.
Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita.
“Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihan raya,” ujarnya lagi. -HD
17 ulasan:
Kenyataan Panglima Angkatan Tentera amat memalukan org Melayu dan Islam. Ianya dijadikan bahan lawak oleh org bukan Islam. Inilah antara kartun-kartun yg mentadbir Malaysia dalam sector masing-masing. Sekarang anda sudah tahu kenapa negara kita boleh hilang enjin k/terbang! Letak jawatanlah, takkan nak terus bawa dosa rakyat! Jeneral, bertaubatlah.
ni cekai mana ni jadi panglima. panglima bujang lapuk ker? aku ingat dia ni tukang ambil komisyen kapal selam dan scorpene serta pembelian senjata. dia ni layak jadi panlima ATM Machine dekat stesyen minyak. berenti lah yob...orang lain ramai lagi yang cerdik.
BAGHAL PUNYA ATM..... KALAU JADI KELDAI SUSAH LAAA....
Jangan jadi panglima yang bodoh dan suka menipu dengan penafian yang sengaja direka-reka rakyat sekarang bukan bodoh seperti anggota tentera yang ada pada hari ini
Ni panglima mana yg berani sangat menafikan kebenaran. Jangan cuba nak bodek amno la wahai panglima. Jadilah manusia bermaruah. Hal menipu undi pos ni semua orang dah tau. Janganlah jadi panglima boddoh nak buat2 tak tau. apa takut kene tamat perkhidmatan, takut kena turun pangkat, takut kena tukar... kalau penakut bukan panglima namanya... itu pangsai... aku tau lah dulu dapat jadi panglima sebab kuta dan pandai bodek... sebab tu panglima tentera sekarang ni tak da kualiti... memalukan.
Kalau panglima mempunyai pemikiran setaraf Barua UMNO yang tidak matang,maka pertahanan Negara ditahap rapuh menuju kehancuran jika di serang musuh, kalau sudah bodoh jangan perbodohkan diri sendiri dengan memdedahkan kebodohan kepada rakyat. Rakyat boleh nilai...
Untuk makluman pembaca semua, adalah menjadi perkara biasa, mana-mana bos akan keluarkan kenyataan yang bercanggah demi mempertahankan egensi meraka.
Saya ada seorang kawan baik (memang baik baik sangat) Apabila saya katakan anaknya rempit, dia kata TAK, ANAK DIA BAIK. ANAK DIA MUNGKIN TERPENGARUH DENGAN KAWAN DIA TU. SEDANGKAN ANAKNYA LAH YANG MEMPENGARUHI KAWANNYA.
Inilah semuanya berlaku kepada sema. Fikirlah...takkan hamba kerdil 4 orang tu sanggup sebar fitnah satu badan yang paling gagah di Malaysia ini. Kalau benda itu tak berlaku, boleh masuk akal ker? tak ker mereka fikir badan gergasi itu akan menyerang balas kau benda itu fitnah semata-mata. Sepatutnya BOs buat kenyataan ..kita akan siasat perkara ini. Ini tidak dalam sehari dua, siasatan sudah bereh. Cekapnya kerja...kenapa kes yang lain ambil masa berbulan2. Siasat KES BERSIH tak sudah-sudah lagi
Panglima ATM dulu-dulu seingat saya tak macam nih...kalau beginilah sikap dan kecenderungan nya..saya rasa patut benar kalau rakyat tidak menghormati panglima ATM ni. Takde ke jeneral lain yang lebih berwibawa untuk mengetuai ATM yang setianya mestilah pada negara dan YDA bukannya pada menteri pertahanan dan perdana menteri. Ingatlah...menteri datang dan pergi tetapi ATM teguh berdiri menjaga kedaulatan negara!!! susahnya kalau orang tak cerdik jadi ketua nih..Apa dia ingat rakyat ni hidup zaman batu ke...malangnya Malaysia punyai jeneral taraf cikai ni..
Panglima ni masih hidup dalam kepompong Dan terputus Dari 'pembangunan mainstream' dia dok ingat kebanyakan rakyat Malaysia ni mcm prebet dia kut. Panglima ini pun sekarang dah hampir pupus yang tinggal pun saki baki aje lagi. Ini kit a panggil anachronism. Dia patut hid up Di zaman tok nadok dull ni.......
Panglima ini terpaksa buat kenya taan tersebut kerana telah dijanjikan habuan selepas pencen. Lafaz sumpah setia kepada Agung sebab dah terpaksa. Sumpah tulus ikhlas adalah kepada BN/UMNO Akan pertahankan kerajaan sahabat israel ini sampai mati. Janji masook. Nanti bila dah pencen, panglima x perlu cari kerja lain spt jadi pengawal keselamatan macam pencen askar2 sekarang.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
Panglima ATM ni macam nak jolok sarang tebuan.Penglibatan ATM membantu UMNO dalam pilihanraya memang ramai dah tau dah tapi orang tak mau cakap aje.Penglibatan Bahagian Risik ATM,Task Force 2010 dan Operasi Jiwa Murni pada setiap pilihanraya kecil dan negeri - semua bertujuan membantu kemenangan UMNO.Takkan Panglima ATM tak tau,atau pura-pura tak tau.Banyak lagi yang boleh dibongkar.Jangan jolok sarang tebuan.PDRM dah jadi kuda UMNO,takkan ATM pun nak jadi keldai UMNO.
UNDI POS adalah satu perkara yg membangangkan para pengundi pos.Ramai anggota tentera tak suka pemerintahan BN yg haprak,tapi takut takut untuk undi pembangkang.takut kena pindah tempat bertugas yg jauh kot?black list?takut tak dapat pencen jaga ponggong masing2.
UNDI POS yg bangang SPR membangangkan semua orang. Sepatutnya selepas undi dibuat,hendaklah dikira terus jumlah undi tersebut.BN dapat berapa undi,Pembangkan dapat berapa undi.Bukannya datang lewat last minute pada hari PRU tersebut.Ni semua nak kelentong bodoh.
Tu yg tolong pangkah pasal ada anggota bercuti,dah tukar tmpat bertugas.jadi org lain tolong pangkah,kalau tak pegawai pemerintah kem tersebut kena menjawab pasal ramai yg tak mengundi.UNDI POS yang datang last minute tu bukan tentu dari kertas undi dari pengundi pos.semuanya amat meragukan rakyat.
Tengok muka memang tak ada cahaya keimanan, perut pula boroi melambangkan pemakan rasuah yang banyak.
apa kau orang susah-susah Bumi Malaysia ni kan UMNO yang punya, ikut dia la nak buat cam ne.
muka panglima ATM dan TPM macam adik beradik kembar sembab dan takde langsung nur keimanan yang terpancar diraut wajah mereka, kembang semacam jer, langsung tak menunjukkan taraf seorang panglima dah le gemok dan boroi pendek pulak tu, memalukan ATM dan negara. Itulah bahana kalau makan gaji buta jer langsung takde keberkatan agaknya anak bini pun macam tu le juga kembang yang sama jer. Taubatlah wahai panglima sebelum kamu di sembahyangkan dihadapan imam, semoga ALLAH memberi taufik dan hidayahnya kepada kamu dan keluarga kamu.
aku x nmpak apa sbnarnya kerja atm ni...jenayah makin serius sempadan makin bolos..kalau panglima dulu badan gagah perkasa tapi skrang..sendri lihat laa..
Catat Ulasan