Wanita dakwa dicabul 11 polis
Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.
Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.
Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.
Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.
"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.
Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.
Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.
Ulasan GB
Setelah negara dikejutkan dengan 5 anggota konstabel yang merompak 16 warga Bangladesh semalam, kini negara tersentak dengan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabuli oleh polis secara berkumpulan 11 anggotanya.
Maruah dan integriti pasukan polis semakin hanyir dan membusuk. Keengganan mereka untuk melakukan pembersihan total di kalangan pasukan mereka menyebabkan Tuhan mendedahkan kudis-kudis mereka satu demi satu, hasil daripada penafian mereka selama ini terhadap kezaliman, kekejaman dan keganasan yang mereka cuba selindungi dan menyapunya ke bawah karpet.
Tanpa pembersihan total, atau reformasi atau transformasi (sebutlah apa juga istilah yang hendak dipakai) bagi membersihkan pasukan polis ini, ia akan tetap berkudis dan bernanah...
Kebenaran yang nyata daripada Tuhan tidak dapat ditutup dan dilawan dengan penafian berdegar-degar oleh ketua-ketua mereka kerana seperti yang GB katakan tadi, kekejaman, kezaliman dan keganasan itu akan terus menjadi kudis yang hanyir dan membusuk yang merupakan bakteria yang bakal menghancurkan pasukan polis sendiri. Hanya menunggu masa.

5 ulasan:
Apa susah...senang jer !
Masa sembahyang tarawikh malam ni, pesan kat Tok Imam masing2 mohon doa pada Tuhan..
Mohon supaya Malakat Maut cekik UMNO bagi mampos cepat sikit...kah kah kah..kah kah
kita sedih kerana yang terlibtnya semesti nya orang2 melayu yang mana mereka di grantikan semua orang ISLAM tetapi aklak tidak membuktikan demikian...n habis rosak pasukan berunifom kita hanya disebabkan tidak meletakan yang hak ditempatnya
ini baru warga tempatan tapi ada banyak lagi kes bukan setakat cabul malahan rogol membabitkan polis terhadap warga asing yang takut untuk nak membuat laporan kerana mereka tak mempunyai permit yang sah masuk ke negara ini, malahan ada anggota polis yang menyimpan wanita warga asing disesuatu tempat dan mereka ini dijadikan hamba seks ataupun pemuas nafsu tapi tak didedahkan ataupun sengaja buat tak nampak sebab tak de siapa berani nak dedah sebab takde kuasa
IBARAT IKAN .... KALAU DAH BUSUK DIKEPALANYA MAKA SELURUH ANGGOTANYA AKAN BUSUK DAN HANYIR .... BERUBAHLAH ...
himpun BERSIH lagi, dah ketagih ni dengan gas pemedih mata
Catat Ulasan