PAS mungkin tidak sertai JK Khas Parlimen
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS mungkin tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap tidak ikhlas kerajaan yang semakin jelas, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub (gambar).
Sebaliknya PAS, akan terus berpegang kepada pendirian supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.
"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.
Menurut Perdana Menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.
"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin.
Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.
"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.
Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. -HD

PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja
Kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan PAS tawar hati untuk turut serta dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya yang bakal ditubuhkan Oktober depan, kata Salahuddin Ayub.
Sebaliknya ujar beliau, PAS akan terus berpegang supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.
"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk (Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut,"
kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini.
Najib sebelum ini berkata, pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan keputusan PSC.
"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin, semalam.
Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.
"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.
Bersih 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.
Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
6 ulasan:
Sunday, August 21, 2011
Cincin Rosmah AS$24J, Kompas Minta Maaf.
JAKARTA, 21 Ogos — Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.
helo leekonu
berapa Najib bayar kompas.com untuk minta maaf?
jgn lupa kerajaan Najib juga telah membuat byrn berpuluh juta untuk memperbaiki imejnya di peringkat antarabangsa melalui APCO. BBC News telah pun mengakuinya.
dan berpuluh juta juga telah dibelanjakan Najib utk memberli wakil-wakil rakyat PR.
Stail Najib semua orang sudah tahu.
Aku tak faham dengan pas ni, masih percaya dengan umno? Bersih telah memberi impak yang dikehendaki, teruskan! Sampai bila pas nak biarkan umno gentel telurnya? Seronok rasa geli umno gamaknya...
Kita minta PAS bukan membuat keputusan secara berseorangan tetapi berdasarkan setia kawan dlm PR sebab misi kita adalah utk menumbangkan UMNO/BN dan tegakkan keadilan Islam diatas keruntuhan itu. Kita mahu Malaysia ditadbir dan perentah oleh org yg amanah dan berintegriti, oleh itu usaha kearah pilihanraya yang adil dan saksama mesti diteruskan, jangan sekali-kali mengharapkan UMNO utk membetulkan penyelewengan ini sebab inilah caranya utk mereka terus berkuasa, atas dasar dan cara menipu, bukan kerana mereka pandai memerentah demi rakyat dan negara tetapi mereka sungguh pandai gunakan kesempatan buat duit utk mereka & kroni. Yang mereka fikir, ada projek berapa masuk dlm poket. Masih mahu percayakan mereka? Sudahlah..
Bukan sahaja PAS,semua koponen Pakatan Rakyat wajar boikot JK Wayang ni.Bersih 4 mesti diaktifkan lepas Raya.ou
tak perlu ikut rentak bodoh BN, himpun segera BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!! BERSIH 3 !!!
Catat Ulasan