Setelah dunia kelmarin menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.
Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.
Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini semalam.
"Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.
Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.
Dalam insiden kelmarin, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.
Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.
Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.
Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.
"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar,"kata Anwar.
Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.
Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.
"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.
Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.
Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. -tvsnews

7 ulasan:
bengong ker apa org tua ni... x der sapa jadi dalang dlm Bersih...
Bersih menuntut fair election...bukan tuntut bubarkan Parlimen....
dah tak waras dah najib ini..cakap berbelit-belit..sikit2 nak salahkan org lain..bukan nk nilai kelemahan diri sndiri..kuat mkn duit rakyat lerr nie..meluat tgk muke ko, n dgr komen2 ko yang tak layak lgsung bergelar perdana menteri malaysia
kALAU BENAR X PERLU TAKUT
TERBAIK SAAT INI!!:
JOM UNDI BLOG PILIHAN ANDA!!!
VIDEO TERKINI BERSIH 2.0!!
kalau anwar dok sorang2 kat kutub utara selama 10 tahun ke...sahih dia juga dalang..tanjung pagar ,batu putih terlepas kat singapore pun anwar juga.. takde org lain...masa tahun 1999 dlm penjara pun anwar tumbuk mata sendiri..he3....umnoapco
Alkisah ... rupa-rupanya DS Answar memang HEBAT orangnya. Dari seorang manusia biasa telah diperwatakkan oleh UMNO sebagai manusia SERBA BOLEH DAN HEBAT-HEBAT BELAKA. Kalaulah puak UMNO sedar akan KEHEBATAN DS Anwar, salahkah DS Anwar menjadi PM Malaysia?
Tengok dan banding akan keperibadian isteri DS Anwar dengan Tok Najis Maupun Hisham, siapa yang lebih BENAR? Siapa yang Dayus? kan dalam Islam, lelaki yang dayus tidak akan masuk syurga. Layakkah seorang lelaki yang dayus menjadi PM Malaysia? Tak hairanlah rakyat jelata menggelar Tok Najis ni ialah BINI Rosmah. Kan NKRA yang dianjur oleh Tok Najis iaitu Najis Kerja Rosmah Arah.
Sedarlah saudara AKU yang beragama Islam dan juga Melayunya, ingat akan janji Allah swt. Di penghujungnya, adakah kita akan diberi layanan istimewa dengan kerana kita ni Melayu sebagaimana yang kita nikmati sekarang? Tepuk dada tanya selera dan bukan nafsu.
Setakat dalang perhimpunan..semua boleh jd...
Najib ni..dalang kezaliman!
dalang penipuan!
dalang rasuah!
dalang kenaikan harga minyak!barang!
Punca kezaliman polis ialah kerana rakyat Malaysia terus mengundi bn umno... sama terpalit dosa...
Catat Ulasan