11 Jul 2011

Gesaan Najib Makan Diri, Masyarakat Siber Minta Najib Berundur

Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang berada di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tiba-tiba gesaan beliau disambut dengan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan).



Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093

Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.

Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.

Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasihat Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjinya, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.

Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.

Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:

Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Demikianlah episod BERSIH bermula.

Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.

Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.

Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.

Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.

Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."


11 ulasan:

dison berkata...

ramai yg like

TERBAIK SAAT INI!!:
JOM UNDI BLOG PILIHAN ANDA!!!
TENTERA TERSEMBUNYI BERSIH 2.0!!

Awanama berkata...

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/41918-alert-guidance-on-bersih-rally-rahsia Pendedahan terbaru Raja Petra rupanya Zul Nordin Anjing UMNO

to' kie berkata...

ucapan Najib macam budak-budak ... hai Najib awak tu PM ... bukan macam Beraim Ali .... nak aku ajer ker...

rahwana berkata...

tekenang hari2 akhir pak lah.semua serba tak kena dan tak menjadi

Awanama berkata...

patut la Tokjib suruh rakyat melawan melalui rangkaian sosial di talian, rupanya kat fb beliau penuh dgn penyokong BERSIH.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

masihhijau berkata...

Teringat masa kat sekolah dulu. Ada bebudak yg kononnya kuat berani tp bila ajak bersemuka dok report kat cikgu. Pastu bila cikgu dah sound kat dua2, blh pulak buat cerita kita yg takut. Dia yg kuat. Mmg sebijik mcm budak kat sekolah. Org mcm tu kita panggil hanjing. Menyalak, manyalak, menyalak.

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=1604477176521753208&postID=8653328020101301398

A very good assessment.

Awanama berkata...

Baru dia tahu, majoriti senyap pun penyokong BERSIH!!!!

mystory berkata...

knpa msti sush nk cri pmmpin yang adil

Awanama berkata...

Hari2 terakhir kekuasaan kukubesi UMNO....

Awanama berkata...

kenapa 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC nampak sikit berbanding 6,000 penyokong BERSIH ?

ketuananmelayucukong berkata...

berkokoklah sang ayam malang di reban menunggu kena sembelihhh,,,sang ayam yang lain pun sama ikut berkokok kerana takut disembelih,,tu lahh,,ari tu ayam tu dioffer untuk jadi ayam sabung untuk bersabung dengan ayam jantan lain pasal dedak (ekonomi),,banyak songeh,,,last2 jadi ayam sembelihan la ko ayammmmm.....

akkaakakakkkkahkakhkahkhakhkhkahkahkhkahkhakhakhkahkhkahkhakhakhakkahkahkah