6 Jul 2011

Kuala Lumpur Sesak Teruk: Langkah Polis Adakan Sekatan Susahkan Rakyat Dikecam

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berikut sebahagian daripada komen mereka.

Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia.

Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the.....

Don Sha: Hapa pun tableh!

Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau....

Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker?

Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la!

Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN?

Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni.

Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah

RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic

RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah.

RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads...

RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use.

RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour!

RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam!

RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya.

RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh!

@kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya orang UMporNO dan orang atasan Polis tidak pernah mahu mempercayai akan kehebatan, kepakaran, kepintaran dan kebolehan anggota-anggota Polis trafik dan Polis muda berbaju biru kita menjaga keamanan. Walaupun siang malam kita lihat datok-datok Polis trafik menjaga lalu-lintas kenderaan, dan dengan hanya beteduhkan satu payung besar, anggota Polis kita berjaga di pinggir-pinggir jalan mempastikan ketenteraman sejagat, namun kecekapan dan pengorbanan anggota-angota bawahan ini masih mereka ragui.

Itu sebabnya KPN kita beranggapan PERLU membuat latihan atau rehearsal 'sekat-sana-blok sini' sementara menanti hari 9-Julai. Yang susah tetap orang orang ramai. Cuba tanya mereka !, Tok-Tok ketua ini duduk kat mana. Panas hujan mana mereka tahu !. Nanti akan ada suara yang cuba menyalahkan BERSIH.

facepu berkata...

cuma nak halang rakyat ada baju kuning dok buat kepala rakyat pening..

BAHANGNYER TERASA !!
LOKASI BERSIH 2.0 DIDEDAHKAN!!
TAMPARAN HEBAT UNTUK UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

belum sampai hari sabtu Kuala Lumpur sudah mula kucar kacir tapi bukan dari mereka yang berbaju kuning, sebaliknya dari yang berbaju biru serta berbaju putih, menyusahkan kehidupan seharian rakyat untuk pergi kerja, menyusahkan para peniaga serta urusan lainnya, kata bersih susahkan kehidupan seharian rakyat tapi sebaliknya pihak PDRM lagi teruk menyusahkan kehidupan rakyat, tapi peliknya parang, mercun bola, bom petrol boleh terlepas pulak dalam sekatan tu, macam kisah operasi dilaut tekong bot berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut, kalau kat darat pemandu kontena rokok seludup berjaya melarikan diri, apa semua ni tak profesional langsung

Tanpa Nama berkata...

teruk ni...xde peniaga wat laporan kerugian @ bankrup ke

Tanpa Nama berkata...

Sekarang rakyat sudah tau siapa yang sebenarnya menyebabkan huru-hara dalam negara.Siapa yang menyusahkan rakyat dan siapa yang menyebabkan kerugian dari segi ekonomi.Jalanraya sesak menyebabkan ramai pekerja yang tak dapat sampai ketempat kerja dan kekedai serta kekilang ikut masa - mengegaskan ekonomi.IGP tak akan faham semua ni sebab otaknya tak berfikir sampai kesitu.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, terima kasih...buat la lagi benda2 pelik ni. Minggu lepas dalam upacara perasmian hari sukan taska, pergi berucap pasal bahaya Bersih kat depan budak2 tadika dekat sejam. Bagus la tu. Yang duduk atas pagar dah banyak jatuh belah kiri. Terima kasih.