6 Jul 2011

Kompleks Seri Perdana - Lokasi Perhimpunan Paling Selamat

Himpunan Bersih 2.0 sepatutnya di rumah Najib

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Perhimpunan Bersih 2.0 sepatutnya dibuat di kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukan di stadium, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat rakyat berarak secara aman di jalan raya kononnya banyak orang akan tumpang semangkuk untuk membuat kacau, kita berharap beliau dapat menawarkan Kompleks Seri Perdana yang menjadi kediaman rasminya untuk menjamin keadaan yang benar-benar aman dan tenteram.

"Najib cadang buat perhimpunan itu di stadium kerana beliau takut jika berarak ke istana di jalan raya, orang yang suka kepada rusuhan dan kekacauan akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan, tetapi buat di stadium pun gerombolan yang mengugut akan berlaku bakar kereta dan baling batu serta menyuruh orang Cina menyimpan beras boleh tumpang sekaki.

"Mereka memang tergila-gilakan rusuhan dan kekacauan," katanya.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jika perhimpunan memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih itu dibuat di kediaman rasmi Perdana Menteri, tak mungkin gerombolan itu akan membuat kacau kerana mereka tentu tidak mahu membuat kacau di kediaman rasmi ketua mereka sendiri.

"Sebab itulah, jika Perdana Menteri benar-benar bersungguh-sungguh hendak menjaga keamanan dan ketenteraman, Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi beliau adalah tempat yang paling selamat untuk beliau tawarkan sebagai medan perhimpunan Bersih.

"Jika dibuat di kediaman Najib, gerombolan yang terjerit-jerit hendak membaling batu dan membakar kereta bukan sahaja tidak akan membuat kacau, malah mereka akan pastikan pula keamanan dan ketenteraman di kediaman rasmi ketua mereka sendiri tidak diganggu gugat,"
katanya.

Mahfuz berharap Najib akan menawarkan Kompleks Seri Perdana sebagai tempat perhimpunan Bersih jika beliau benar-benar serius tak mahu mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara seperti yang dinyatakannya. -HD

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak pun buat kat 'istana besar' kat Shah Alam tu... Ala yang ada swimming pool, yang renovate nya sampai RM6 juta tu... Kalau panas-panas, boleh terjun kat swimming pool tu aje..

Beruk Ketawa berkata...

Jika susah sangat kita ramai-ramai pergi berhimpun di MONGOLIA ajerlah...kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kalau susah sngt t'paksa la bt kat jalanan gak... tukar bkn himpunan bersih tp larian bersih bt pagi, mcm larian 1 m'sia... kacau daun betui la PDRM.

budakbalun berkata...

yang ye nye..
semua dah kena main dgn Najib-UMNO!
istilah lain.. kena kencing!

nak demo jalanan.. dah umum kansel..
nak demo stadium area KL.. tak boleh!

wakakakaka!

nak kena patuk ular yang sama berapa kali lagi ni?

farti berkata...

buat kat situ x keluaq la dia..

BAHANGNYER TERASA !!
LOKASI BERSIH 2.0 DIDEDAHKAN!!
TAMPARAN HEBAT UNTUK UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

nanti dia create story pulak bersih nak serang seri perdana... inilah dia kalau bacul dan dungu jadi pemimpin... mula membiawakan lidah..

Tanpa Nama berkata...

ok gak kat putrajaya..hari sabtu gomen tak kerja..tak le depa kata ganggu lalu lintas...tp suruh agong tunggu kat masjid sultan mizan ler...

hairan berkata...

aku rasa bila bersih 2 setuju nak buat kat stadium tentu masa tuh najib razak tersedak!!! skg sah2 dah nyesal dan dah mula cari alasan nak haramkan pulak!! dah dasar umno nih MUNAFIK!!!

kita tengok sekarang sapa yang DERHAKA PADA SULTAN???

cakap nak pertahankan sultan tapi umno n perkasa boleh pulak derhaka dan menyanggah keputusan sultan! dasar munafik !!!