6 Jul 2011

Adukan Saja Perlakuan Polis, Menteri KDN & Perkasa Kepada Agong!

Hisham: Tangkapan pencegahan diteruskan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan ke atas aktivitis yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini akan berjalan seperti biasa.

"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin juga berkata larangan memakai baju kuning BERSIH 2.0 juga masih berkuatkuasa dan mereka yang memakai ataupun memilikinya akan ditangkap dan didakwa.

Katanya, perkara itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bahawa kerajaan peduli pada keadaan keselamatan kerana demonstrasi jalanan merupakan perkara serius.

"Undang-undang tetap di situ (seperti biasa)," katanya.

Sejak seminggu lalu, kerajaan memperhebatkan tekanan ke atas penganjur BERSIH 2.0 dengan tidak kurang 200 orang termasuk beberapa ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat yang ditangkap.

Ini termasuk mereka yang memakai dan menjual barangan BERSIH 2.0 seperti baju dan lilit kepala serta penganjur ceramah yang memujuk orang ramai menyertai perhimpunan itu.

Pada kemuncak ketegangan, bukan sahaja perhimpunan itu dilabelkan haram tetapi BERSIH yang mewakili 62 NGO juga diisytiharkan oleh Hishamuddin sebagai haram.

Bagaimapun campur tangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ahad lalu, yang bertitah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, berjaya mengendurkan keadaan untuk seketika.

Selain ingatan itu, Seri Paduka juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Baginda tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga memohon pertemuan untuk mengadap Tuanku Mizan.dan semalam diperkenankan baginda.

Setelah mengadap Seri Paduka, Ambiga mengumumkan BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Mengalu-alukan keputusan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedia bertemu dengan BERSIH 2.0 untuk membincangkan secara terperinci berhubung perhimpunan itu.

Bagaimanapun bercakap pada sidang media di di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata kementeriannya tidak dapat mengesahkan sama ada BERSIH 2.0 akan diberikan permit untuk perhimpunan di stadium Sabtu ini.

Sebaliknya, ulangi beliau, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan akan berjalan seperti biasa.


Pakatan tetap sokong Bersih walaupun Menteri kata haram


Hishammuddin bersikap keterlaluan apabila mengenepikan semangat rundingan yang dibuat bersama Yang Dipertuan Agong, kata Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengulangi pendirian menyokong sepenuhnya bperhimpunan Bersih pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan himpunan itu sebagai haram.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hishammuddin bersikap keterlaluan apabila mengenepikan semangat rundingan yang dibuat bersama Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan memberi pelbagai alasan agar perhimpunan tidak diadakan di stadium.

Anwar turut membuat gesaan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil semangat rundingan bersama Agong supaya tidak mengeruh keadaan lagi.

“Kami Pakatan Rakyat sokong sepenuhnya perhimpunan Bersih di Stadium Merdeka dan kerah 300,000 rakyat untuk berhimpun.

Setelah dengar nasihat Agong masih ada gerombolan KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang cuba sabotaj persefahaman yang tercapai.

“Kami kesal dengan kenyataan dan sikap keterlaluan Menteri KDN yang menyimpang dari semangat rundingan dan seolah-olah tidak mempedulikan rundingan dengan Seri Paduka dan mahu semangat itu diketepikan begitu saja.

“Saya turut menggesa PDRM ambil kira semangat ini dan jangan keruhkan keadaan dengan buat tangkapan ke atas ahli Pakatan. Ahli PAS-DAP-PKR ditangkap kerana pakai baju kuning.

“Hari ini saya pakai kuning…..tapi masih belum kena tangkap,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu negara hari ini.

Perhimpunan dapat perkenan Agong

Ketika ditanya pemberita mengenai permit, Anwar berkata pihak perkara itu sudah mendapat perkenan Agong dan pihak polis juga sedia maklum mengenai perhimpunan tersebut.

Menyentuh mengenai insiden terbaru apabila pihak polis menemui beberapa bilah parang dan bom petrol semalam, Anwar berkata Pakatan sentiasa menerima tempias tersebut.

“Kami sudah biasa dengan taktik ini. Tiap kali tuntutan……keris, pisau dikeluarkan. Warna cukup teratur dan warna sama sahaja. Lihat sahaja insiden 1974 dan 1998 ada ejen provokator. Ada yang bakar tayar…..lepas tu salahkan Pakatan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perhimpunan bukan perkara baru di negara ini, namun Bersih menampakkan kelainan.

“Pegawai tinggi PDRM kata ada pertumpuhan darah dan tidak benar perhimpunan yang mencemarkan negara. Tapi lihat seperti di Pulau Pinang ada kumpulan bawa itik, pukul wartawan. Tapi masih tiada kenyataan daripada pegawai tertinggi polis dan KDN,” katanya.

Mat Sabu yang merupakan Timbalan Pengerusi Bersih menjelaskan perhimpunan hanya akan diadakan di Stadium tanpa sebarang gerakan jalanan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Bagi Penasihat DAP Lim Kit Siang, beliau berharap selepas pertemuan dengan PDRM semalam pihak berkuasa terbabit dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Harap PDRM dapat menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan dengan baik. Polis sepatutnya menghormati semangat rundingan Agong dan menjaga keamanan perhimpunan pada Sabtu ini,” katanya. -FMT


Ulasan GB

BERSIH dan PR semacam mudah sangat dipermain-mainkan sahaja oleh Kerajaan BN bersama pihak polis.

Sepatutnya tadi, memorandum bantahan telah dibuat kepada Yang Dipertuan Agong terhadap sikap polis, menteri KDN dan Perkasa yang ternyata tidak menghormati titah Yang Dipertuan Agong.

Bukankah sudah terang lagi bersuluh tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan polis berserta menteri KDN dan Perkasa sedang menyemarakkan lagi ketegangan yang telah dikendurkan oleh Yang Dipertuan Agong?

Agong kita tahu undang-undang. Agong kita tahu apa yang perlu dilakukan. Sepertimana Agong pernah menolak kehendak Perdana Menteri 9waktu itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk melantik Shahidan Kassim dan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar di negeri masing-masing.

Bak kata TG Nik Aziz di dalam warkahnya kepada Agong: YDPA juga umpama “ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.”

Dan PAS perlu panggil satu Munajat Perdana, supaya kita mengadu terus kepada Ilahi.

Di dalam keadaan seperti ini pemimpin Bersih dan PR perlu betindak pantas. Procrastination will lead to failure every time.

Teringat lirik M.Nasir – Mantera Beradu, “Kucing bawa tidur rimau bawa igau, masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.”

4 ulasan:

MARTOIRIAT berkata...

Memang dengan kebangkitan rakyat melalui tuntutan 'bersih', Hishamuddin seolah-olah hilang akal dengan mengunakan polis sebagai menyelamatkan UMNO-APCO.
Jelas di sini UMNO sanggup mengunakan apa saja untuk mengekalkan kuasa, meskipun melampaui kuasa dan undang2 yang tersedia ada.
Justeru itu untuk berdepan dengan rakyat secara sihat dan demokratik, mereka tidak ada modal politik untuk berhujah Oleh itu mereka terpaksa mengunakan segala kuasa yang ada untuk menghalang tuntutan rakyat. Setelah berkuasa sekelian lama lebih lima puloh tahun, kualiti pemimpin UMNO-APCO masih lagi ditahap rendah dan sudah sampai ke penghujung usia. Mengunakan kekerasan dengan menangkap rakyat yang perbedaan haluan dengannya bukanlah jalan penyelesaian. Memang tubuh badan mereka boleh ditangkap tapi naluri dan jiwa rakyat tetap memberontak sehingga kini, selamanya dan akan terjemah di peti undi nanti.
Banyak contoh2 negara diktator di asia barat dan Eropah timur yang sekian lama berkuasa dengan menindas rakyat secara kekerasan dan zalim, mengunakan polis dan tentera, akhirnya tumbang dengan kebangkitan rakyat secara menyeluruh. Suara rakyat adalah suara keramat. Jika Hishamuddin masih lagi mengambil tindakan secara kekerasan, zalim dengan berniat jahat mungkin beliau akan menuju kearah kejatuhan yang amat teruk persis negara teluk.

Tanpa Nama berkata...

Hishamuddin cuba memaksa penyokong Bersih untuk membuat rally di atas jalan raya supaya polis dan tentera dapat mengambil tindakan ke atas penyokong-penyokong Bersih. Lepas itu dia akan menuduh penyokong Bersih pula yang mengingkar titah Agong. Tujuan nya amat jelas, iaitu menymbat pemimpin PR ke dalam lokap.

Tanpa Nama berkata...

tanda2 kerajaan yng zalim akan jatuh..

Tanpa Nama berkata...

adukan kepada allah tuhan yang maha mengetahui...