Hadiah pakaian dalaman tindakan biadab, kata bekas presiden Abim
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan “hadiah” berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.
Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.
“Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.
“Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.
“Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu,” katanya.
Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata “hadiah” itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.
Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.
“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.
“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami,” katanya.
Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima “hadiah” itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.
Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.
“Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.
“Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik,” katanya. -TMI
Ulasan GB
UMNO memang biadab (tidak beradab) dulu, kini dan selamanya.
Tak kira siapa yang ada kaitannya dengan UMNO, memang mereka biadab. Mereka akan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islamiah apabila mendapati mereka terdesak dan tersedak. Kes video seks lucah adalah bukti nyata mengenai hal tersebut dimana tanpa segan silu mereka menayangkan kepada orang kampung dan masyarakat umum sesuatu yang di luar batasan akhlak untuk mendapatkan political mileage.
Malah kita dapat melihat juga bagaimana akhbar-akhbar & TV arus perdana bersama-sama dengan blog-blog pencacai UMNO melakukan tindakan tidak bermoral dan tanpa segan silu menyiarkan gambar porno dan video lucah berkenaan.
Selain daripada itu, yang terlebih buruk ialah blogger-blogger bersama pengikut-pengikut UMNO, akan menggunakan bahasa lucah dan mencarut di sana-sana sini sebagai menggambarkan watak mereka sebenar, bahawa golongan UMNO ini memang jenis tidak lansung mempunayi kesedaran bahawa setiap apa yang mereka tutur dan tulis diperhatikan dan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid yang menyertai bersama anak-anak Adam.
Tunggulah saat itu dimana...
Allah telah berfirman bahawa
"apa yang mereka nantikan hanyalah satu teriakan!"

5 ulasan:
Ramai yg gila sex agaknya.
Aku tak rasa UMNO biadap.
Sebab benda tu memang dah jadi BUDAYA UMNO sejak zaman Mahathir. UMNO mengajar ahli2nya dgn tuduhan2 sex, liwat, rogol.. dan masyarakat umum 'terpaksa' mendengar tentang hal ni.
Bermula sejak 1998, kes Anwar. Bab sex dlm media perdana dah jadi topik utama. Diorg memang suka bila sebut bab2 sex ni, suka sangat.. sembang secara terbuka plak tu.
Kalo ada sifat malu, mesti benda2 cemni slow2 la skit. Ni suka je heboh2.. liwat sana sini, sex sana sini. Video sex tayang kat TV..
Takat spender tu apala sangat bg dorg. Biasala tu.
Pemimpin UMNO mmg gila sex. Nuff said.
inilah mamak kurang ajar yang dilahirkan oleh umno...
kalu bagi najib dan kakros agak2 puak2 umno ni suka tak?
kasros mesti suka rimau2 gitu
ucapan kali pertama Datuk Najib Razak waktu ambil alih jawatan presiden UMNO sudah pun mengandungi unsur lucah,tak hairan la kalau pemimpin dah macam tu, pengikut lagi akan ikut suka hati...
Catat Ulasan