9 Jul 2011

[Bergambar & Video] Ribuan Rakyat Pelbagai Kaum Tuntut Pembersihan Pilihanraya Malaysia [updated]

Sekalipun menghadapi pelbagai tekanan dan ugutan, ribuan rakyat berjaya untuk menyertai perhimpunan bersejarah ini. Peserta BERSIH mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

Jumlah peserta yang berarak semakin ramai. Hujan lebat yang turun ada hikmahnya. Ia mengurangkan kesan pedih gas pemedih mata.

Laporan Harakahdaily

2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang.

Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata.

2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang berada di Hilton.

2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank.

2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu.

2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank.

2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon.

2.00 pm: Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank.

1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.

1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.

1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

Laporan malaysiakini

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.

2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.

2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.









































KLIK SINI UNTUK SAMBUNGAN LAPORAN TERKINI

5 ulasan:

bersih veteran berkata...

Nampaknya polis sudah gaggal dalam tugas menyekat jalan dan menangkap sibaju kuning.Dengan perarakan ratusan ribu penyokong Bersih "bolos" masuk kepusat bandar KL membuktikan polos sudah gaggal.Pemuda UMNO(patriot)berjaya menggumpulkan tidak lebih dari 200 mamak.Mana perginya 3juta ahli UMNO?Brahim Katak wajar mohon maaf kepada Bersih konon peserta Bersih dibayar untuk ambil bahagian.Brahim Katak elok buka mata,jangan celupar mulut sebab peserta Bersih bukan ahli UMNO.Apa yang berlaku hari ini satu pengajaran kepada Najib supaya tidak berdolak-dalik dan juga kepada Hishammuddin,yang kurang pengalaman untuk menangani isu Bersih ini.

Tanpa Nama berkata...

Nasib Najib dan Rosmah akan berakhir....Allah swt akan memberi balsan setimpalnya ke ats mrk yg zalim

amir berkata...

aku memang respek abis dgn gang2 "BERSIH" ni.tp agak sedih aku tak dpt join.aku belum ada kekuatan seperti korang.sorry gang!

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada semua rakyat malaysia yang menyertai BERSIH 2.0 hari ini. Terkilan kerana tidak dpt bersama. Kepada POLIS yang mengasari peserta BERSIH 2.0 .... semoga tuhan mengasari mereka nanti dengan sekasar kasarnya.

Tanpa Nama berkata...

dah tengok semua gambar & video Bersih 2011 mendapati semua lapisan masyarakat tak kira agama,bangsa dan kaum serta luar negara begitu bersatupadu dalam nilai setiakawan rakyat malaysia..cayalah BERSIH