Ingat tarikh 9 Julai, rakyat bangkit’
"Walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!", kata Bersih.
Begitulah nampaknya! Sudah cukup rasanya Bersih dikhianati dan diaibkan oleh kerajaan yang kini telah hilang maruah diri!
Dalam satu kenyataan tegas yang dikeluarkan lewat semalam, Bersih bertegas, “walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!”
Inilah jawapan terakhir Bersih untuk menangkis segala halangan, amaran dan alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk menyekat perhimpunan Bersih di stadium.
Bersih tetap terus mengadakan perhimpunan walaupun berpindah lokasi dari demonstrasi di jalan raya ke stadium ekoran dari campurtangan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan selepas Najib menawarkan stadium sebagai lokasi untuk perhimpunan itu.
Dan adalah sesuatu yang sungguh memeranjatkan apabila Najib dan kerajaannya pusing 360 darjah dalam tempuh sehari sahaja.
Baru petang Selasa lalu (5 Julai) Bersih menghadap Seri Paduka ketika mereka menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium bagi menyelesaikan kemelut di antara Bersih dengan kerajaan.
Dalam menangani isu ini kerajaan Barisan Nasional kelihatan sungguh panik apabila terserlah dari tindak tanduk mereka dengan membuat beberapa tangkapan bagi menghalang demonstrasi jalanan.
Ketika Bersih bersetuju untuk tidak mengadakan demonstrasi jalanan, Najib segera menyatakan kesudiannya untuk bertemu dengan Bersih mengenai stadium yang sesuai untuk tujuan itu.
Pada hari berikutnya, Rabu (6 Julai), Bersih menyatakan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka berdasarkan tempat itu mempunyai kesan sejarah dan kedudukannya yang strategik.
Bersih turut menyatakan bahawa mereka yakin stadium itu boleh digunakan pada 9 Julai memandangkan konsert yang dijadualkan esok telah dibatalkan.
Penentangan dari Pemuda Umno
Tetapi Pemuda Umno lantas berkata, “kami menentang penggunaan Stadium Merdeka oleh Bersih. Ini bukan tempat untuk perhimpunan politik. Lakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.”
Seterusnya pihak pengurusan stadium menolak permohonan Bersih dengan alasan ada “acara sukan staf pengurusan” dan “penambaikan stadium”.
Apa yang Perdana Menteri, yang bersetuju perhimpunan itu diadakan di stadium, katakan berhubung perhimpunan di Stadium Merdeka?
Beliau berkata terpulanglah kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menangani isu ini untuk bertindak mengikut keperluan keselamatan dan ketenteraman negara.
Najib menekankan bahawa kelulusan hanya akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar tetapi Bersih tidak pernah berdaftar maka ianya sebuah pertubuhan haram.
Beliau tidak pula menunjukkan tanda-tanda bahawa Bersih boleh mendapat kelulusan untuk menggunakan stadium itu.
Kemudian Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang telah pun mengisyitharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram, membuat pengumuman yang mengejut dan memeranjatkan.
Katanya, Bersih masih haram walaupun isu ini berjaya diatasi mengikut kehendak Perdana Menteri di mana Seri Paduka bertindak sebagai orang tengah.
Hishammuddin berkata, “mereka telah diharamkan. Tidak ada sesiapa yang boleh meletak mereka di atas undang-undang. Hanya kerana Seri Paduka bertemu dengan mereka, ini tidak bermakna mereka tidak lagi haram.”
Walaupun ianya dianggap sebuah pertubuhan haram, Hishammuddin membuat kenyataan bahawa Bersih masih boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit polis untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi tidak memberi jaminan bahawa permit itu akan diluluskan.
Bersih dikhianati
Akhirnya pintu untuk Bersih mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur telah ditutup apabila Menteri Penerangan, Kesenian dan
Kebudayaan Rais Yatim mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk mengharamkan Bersih dari mengadakan demonstrasi di mana-mana stadium di sekitar Kuala Lumpur.
Sebaliknya, Rais mencadangkan supaya Bersih mengadakan perhimpunan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Sementara itu, tekanan polis terhadap penyokong Besih berterusan, menahan siapa saja yang memakai baju T bewarna kuning atau membwa apa saja cenderahati atau bahan berkaitan Bersih.
Setakat ini, terdapat lebih 200 tangkapan telah dibuat, termasuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. Setengahnya didakwa di mahkamah manakala yang lain didakwa di bawah akta zalim, Ordinan Darurat 1969 yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara yang secara tradisinya digunakan untuk membendung kegiatan jenayah maksiat.
Menteri-menteri dan pihak polis memberi amaran bahawa walaupun kelulusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium diluluskan tetapi sesiapa sahaja yang menyokong Bersih termasuk memakai baju T kuning akan dtahan.
Undang-undang karut-marut
Maka, Bersih telah dipermainkan!
Bersih berkompromi dengan melepaskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi jalanan adalah atas dasar hormat kepada Agong dan bagi memenuhi kehendak Perdana Menteri.
Tetapi sebagai balasannya, Bersih dinafikan penggunaan stadium untuk perhimpunan aman itu. Para penyokong terus diburu dan didakwa melalui salah guna polis yang berleluasa dan berselindung disebalik undang-undang yang didakwa sah.
Hishammuddin mendakwa Bersih sebuah pertubuhan haram kerana ianya tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan maka mana-mana bahagian atau aktiviti yang mempromosi Bersih adalah haram, termasuk demonstrasi jalanan.
Tetapi ini betul-betul merupakan undang-undang yang karut.
Bersih bersifat sementara dan gabungan yang longgar melibatkan 62 buah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar, yang bersama-sama turut bekerjasama menuntut reformasi pilihan raya bersih dan adil.
Jika NGO-NGO ini merupakan entiti yang berdaftar, bagaimana mungkin mereka menjadi haram hanya kerana mereka bersatu padu dalam mencapai objektif yang murni?
Jika Bersih diharamkan maka kesemua NGO dalam kumpulan ini juga dianggap haram dan termasuk ahli-ahli yang menganggotai NGO -NGO ini.
Begitu juga, dengan mana-mana kumpulan yang berdaftar yang menyertai perjuangan yang mempunyai matlamat bersama juga mesti dianggap sebagai haram termasuk Pakatan Rakyat, yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.
Kenapa Hishammuddin tidak mengharamkan Pakatan Rakyat dan mengisytihar matlamat bersama mereka juga haram?
Bolehkah Hishammuddin menjelaskan kenapa pihak polis masih memburu dan menangkap individu-individu yang memakai simbol Bersih, gabungan yang diakui sah oleh Perdana Menteri sendiri ketika menawarkan stadium sebagai tempat alternatif?
Bukankah seluruh jentera kerajaan Barisan Nasional – Perdana Menteri, kabinet, polis dan kehakiman – menunjukkan kebodohan mereka apabila mendakwa gerakan-gerakan massa ini dengan memperalatkan undang-undang yang direkacipta?
Tidak menghormati Agong
Tetap dengan pendiriannya bahawa Bersih adalah haram walaupun persetujuan telah dicapai dengan PM di bawah naungan Seri Paduka, bukankah ini bermakna Hishammuddin telah mencemar ke bawah duli Tuanku dan menghina Agong serta sekaligus tidak menghormati dua pemimpin tertinggi di negara ini?
PM pula kelihatan seolah-olah mempersenda usaha murni Seri Paduka untuk mencapai persetujuan apabila Najib tidak mematuhi janjinya sendiri untuk membenarkan Bersih meneruskan perhimpunan aman itu.
Ditengah-tengah pengkhianatan para pemimpin BN, kita ingin merakamkan tahniah kepada Bersih di atas tekad dan keazaman mereka untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Dalam satu kenyataannya yang ditandatangani oleh kesemua 14 ahli jawatankuasa pemandu semalam, Bersih berkata,
“Sebagai anggota masyarakat yang komited dengan prinsip integriti, kami bertekad untuk mematuhi arahan Seri Paduka dan akan menganjurkan perhimpunan kami dalam stadium bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Sama ada kerajaan akan mematuhi prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan memegang kepada prinsip kami. “Keazaman dan tekad kami untuk menggunakan hak kami yang dijamin dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi memperjuangkan matlamat yang murni dan adil ini tidak pernah luntur.”
Memandangkan Bersih kini mengendalikan operasinya dengan berhemah, kita juga harus memberi respon dan kerjasama sepertinya.
Inilah masanya untuk kita bangun untuk menuntut hak kita – kebebasan dan maruah serta hak kita untuk menentukan masa depan kita sendiri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Marilah kita keluar beramai-ramai dengan memakai serba kuning dan biarlah pengkhianat-pengkhianat negara tenggelam dalam lautan kuning di Kuala Lumpur esok.
Jadikan 9 Julai sebagai satu tarikh yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai hari di mana rakyat Malaysia akhirnya bangkit untuk menuntut hak mereka daripada cengkaman pemerintah yang zalim. -FMT

2 ulasan:
UMGOK dan be end derhaka Agong..
TERKINI!!:
58 JALAN DI SEKITAR KL DITUTUP!!
SEKATAN DI SELANGOR BERMULA!!
telah jelas dlm isu perhimpunan ini pun bn dan NAJIB sangat pembohong dan penipu, langsung tidak boleh dipakai kata2 munafik syaitan ini.
maka apatah lagi dalam pilihnaraya. memang lagi besar dan jahat penipuan yg dibuatnya.
maka kerana itulah BERSIH sgt relevan. sampaikan mesej BERSIH kdp seluruh rakyat malaysia.
biar seluruh negara rakyat dapat menghidu KEKOTORAN bn yg umpama tong sampah kotor penuh najis yg tidak ada maruah.
bn sanggup sanggup pengkhianati undang2 negara demi kuasa. menggunakan polis dan penjilat2 utk mengekalkan kuasa.
dan dgn kuasa itulah mereka terus menindas rakyat, menaikkan harga barangan, menipu dan menyeleweng harta negara dan rakyat.
semua tentangan akan dicop sebagai menimbul huru hara dan mengkhianat negara.
sedar rakyat malaysia! BERSIH tidak akan berhenti setakat 9 Julai 2011, BERSIH bukan setakat perhimpunan...
DEDAHKAN penyelewengan umno dan BN tanpa henti mulai hari ini 9 Julai 2011.
Allahuakbar!
Catat Ulasan