30 Jul 2011

Akhirnya Dia Meninggal Dunia...

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Ulasan GB

Al-fatihah..

Semuga Allah s.w.t. megampuan dia dan mengampunkan kita,
Hanya Dia Yang Maha Tahu perjalanan sebenar kisah ini dan hanya Dia Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuknya dan untuk kita.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dan mereka yg mendoakaN kematian nya perlu tahu mana rahmat nya di sebalik kematian trajis ini.sebagai manusia tak sapa pun pinta keadaan begini terjadi pada orang/diri masing2...tpi melayu cepat hukum dgn cemuhan kejian...padahal si mati tak buat dosa pun pada penkejinya.ambil lah iktibar baik soalnya melayu cepat naik hukum sedangkan apa hukum nya menGUMPAT KEJI??

Tanpa Nama berkata...

juga pada pengcemuh nya..muga insaf sekali...melyu jdn cepat keji dan hukum orng...

Ringgo berkata...

Al Fatihah ..

Tanpa Nama berkata...

apapun tindakan arwah tidak seharusnya dibela sama sekali. semoga Allah mngampunkan dosa2nya. setiap yg hdup itu pasti ada mati... dan tiada sesiapa yg mngtahui ajal yg bkl tiba. smg Allah mngmpunnya...

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah,,,semoga rohnya dicucuri rahmat,,,setiap benda ad sebabnya jgn kita terlampau menunding jari,,,,doakan dia adalah lebih baik dari mengeji setelah dia xad,,

Tanpa Nama berkata...

nabi tak mengaku umat lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya perempuan menyerupai lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Jadikanlah pengajaran, sebagai hamba Allah kita perlu tedha apa yg Dia takdirkan. Siapalah kita untuk mengubah apa yg Allah tetapkan.

Tanpa Nama berkata...

Jadikanlah sebagai pengajaran. Sebahai hamba Allah kita perlu redha apa yang Dia takdirkan, siapalah kita untuk mengubah ketetapan Allah.