Wanita curi dalam surau
MELAKA: Keji apabila seorang wanita bertudung tergamak menjadikan surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak sebagai tempat mencari ‘rezeki terlarang’.
Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai berpura-pura berada di situ untuk mengerjakan solat sebelum mengambil kesempatan melarikan beg tangan dan barang berharga mangsa.
Namun, perbuatan wanita terbabit berakhir jam 7 malam Rabu lalu apabila diberkas seorang wanita selepas melarikan beg tangan mangsanya beberapa jam sebelum itu.
Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan.
“Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya.
“Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian.
Katanya, ketika dalam perjalanan pulang, dia menghubungi rakannya bertanyakan hal berkenaan dan diberitahu kad kredit yang dilarikan bersama beg tangannya itu digunakan di pusat beli-belah di Ayer Keroh.
“Saya kebetulan berada di sekitar lokasi berkenaan ke pusat beli-belah terbabit dan terserempak dengan wanita yang dicam berada di surau beberapa jam sebelum menghampirinya.
“Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikanya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya,” katanya.
Menurutnya, wanita berkenaan menyerahkan semua barangan yang dilarikan sambil merayu dilepaskan. -hm
Ulasan GB
Moralnya: Jangan tinggal apa-apa barang berharga termasuk bag tangan walaupun sekejap di mana ppun jua sebelum ia lesap selama-lamanya.

4 ulasan:
Perempuan tu kira bernasib baik sebab hukum hudud belum dapat dilaksanakan.
Saya pun dah kena kes mcm ni...solat kt surau di pejabat...tukar pakai kain...
rupanya ada yg dah perati...lepas solat..pakai sluar..nk gi makan..tgk semua barang tk de..ngan kad2 atm..kredit...cuma penyangak tu tk sempat nak ambil duit dalam poket sluar...
nasib baik ada duit..kalau tk malu je kt org cafe nak bayar tk de duit.
moral dia...jika solat di luar rumah, pastikan anda pakai seluar
Anon 2, tak fahem le. Pakai seluar apa tu?. Mula2 u pakai seluar panjang ketat & blaus, nak solat u pakai kain sarung, seluar u letak tepi. Gitu ke?
Sbb pada pendapat ambo,kain sarung terus boleh pakai sekali tanpa buka seluar tu. Selamat klu gitu.. huhu
Mek yg pakai pant suit & blaus labuh & longgar + tudung sempurna, bule guna terus solat.
Berhati hati dgn perempuan india muslim yg membawa dua anak, dia ni geng pukau.
Catat Ulasan