Himpunan Bersih tetap diteruskan, kata Ambiga dan PAS
KUALA LUMPUR, 12 Jun — Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan tetap diteruskan walaupun dibantah banyak pihak termasuk dari Barisan Nasional (BN).
Utusan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini menggesa rakyat agar memboikot perhimpunan itu dan memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran bahawa “boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan.
“Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik,” kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Ambiga kepada The Malaysian Insider.
“Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati... seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas,” katanya.
Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai “himpunan aman rakyat.”
Ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersih 2.0 akan dikenakan tindakan keras dari polis, Ambiga berkata “rancangan ini belum muktamad lagi . . . kami mahu mendesak pihak berkuasa mengubah pandangan terhadap himpunan.”
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata rakyat akan menyokong himpunan Bersih selagi kerajaan tidak memenuhi tuntutan NGO itu semasa kali pertama pada 2007.
Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008.
“Apabila pilihan raya diadakan dengan tidak adil, ia akan jadi seperti yang berlaku di Timur Tengah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah terjadi di sini,” kata Mohamad.
Protes besar-besaran berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia yang dituduh mengamalkan rasuah.
“Perubahan berlaku di Singamura . . . mereka (pembangkang) dapat akses dengan media,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” merujuk pilihan raya Singapura baru-baru ini.
Pakatan Rakyat dan aktivis-aktivis parti bersedia menggerakkan himpunan itu pada bulan depan, kali pertama diadakan pada 2007 difahamkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, bagaimanapun disuraikan dengan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis.
Menurut Mohamad, PAS akan menggerakkan ratusan ribu orang pada himpunan kali ini sebelum pilihan raya diadakan dijangkakan dalam tempoh terdekat.
Pada himpunan Bersih 2007, rekod perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata laporan muka depan Utusan Malaysia itu adalah “liputan terbaik”, menunjukkan lebih ramai rakyat akan menyokong himpunan itu. -TMI

11 ulasan:
setiap kecaman di media pro umno sebenarnya membantu mempromosi bersih 2.0...lagi banyak kecaman lagi banyak promosi....dan lebih ramai tahu..
masih banyak yang ngok diluar sana.yang depa tau nama BERSIH tapi isi tuntutan depa tak tau.Jawatankuasa BERSIH perlu sebarkan lebih banyak maklumat(e.g banner+poster) senarai tuntutan BERSIH.
Wak sokong kate Jap SP, jangan harapkan promosi kebetulan sahaja........... Perbanyakkan edaran maklumat, dunia komunikasi kan tanpa sempadan !
Biasanya sesebuah Kerajaan akan tumbang bila rakyat bersedia untuk MATI.
Tetapi Kerajaan BN boleh tumbang sekiranya rakyat Malaysia bersatu untuk BERANI tanpa perlu mati.
Untuk menjatuhkan UMNO/BN hanya memerlukan KEBERANIAN, tidak perlu kematian.
Untuk membuat sesuatu kebaikkan itu banyak halangan dan dugaan. Olih itu kita teruskan perhimpuanan bersih ini. Cuma menteri yang pengecut akan mengugut rakyat akan berlaku huru hara. Bagaimana perhimpunan sajuta belia di Putra jaya. Tak ada masaalah. jika pehak keselamatan menjalankan tugasdengan berhemah dan tiada probokasi.
yang tentang BERSIH ni orang yang "kotor". Jika dah tau diri tak bersih....JOM PAKAT2 PI BERSIH... bersihkan yang kotor...1Malaysia akan dibersihkan
Diorg takot jd mcm mesir.hari2 najib kate perkara yang terjadi kt mesir tu xelok padahal ulama2 sedunia sokong
Ni best bro!!!
Jawapan Untuk SKMM Kerana Menutup Site Sharing File
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
jom pi ramai-ramai...bagi yang Islam peralatan solat jangan lupa yang penting persediaan mental perlu dibuat selain bahan-bahan biasa semasa demo.Kaki-kaki demo. tentu dah tau nak bawa apa bagi jika disekat dan disembur air gas. Jangan lupa jaga(dlm.ruangan yang diizinkan agama) peserta demo muslimat/wanita sama.
Kalau PERKOSA nak buat juga perhimpunan bantah BERSIH, buatlah kat stadium ke atau tempat tertutup. Biar penyokong BERSIH berhimpun dengan aman. Tak pun kalau tak sokong perhimpunan bersih duk diam-diam. Jangan nak huru-harakan negara Malaysia. Perhimpunan BERSIH perhimpunan aman.
Diharap pihak polis wajar ambil dengan serious kenyataan Brahim Katak nak baling batu dan bakar kereta,menentang Himpunan Bersih.Sekiranya ada kejadian baling-membaling dan kereta terbakar,Brahim Kataklah yang bertanggung-jawab sebab pada Perhimpunan Bersih yang lalu,tiada apa-apa kejadian yang berlaku.Nak tengok berapa ramai orang Brahim Katak yang akan turun memakai songkok tinggi sejengkal.Brahim Katak cepat lupa,akan sambutan Perhimpunan Bersih yang lalu.Manusia keturunan katak ni,senghaja nak cari pasal dan nahas.
keturunan katak ni ade telo ke nak turun... balaci dorg jek yang akan buat keje sabotaj tu.. tapi BERSIH perlu diteruskan bagi mengahalang dr katak ni bercakap dia lbh hebat kerana ugutan dorg org takut.... piiiirahhh katak.
Catat Ulasan