10 Jun 2011

Video Seks Mat Sabu Pula Diedarkan?

Ketua Wanita PKR terima rakaman video seks didedah ‘Datuk T’

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menerima rakaman video seks, yang didedahkan “Datuk T” mendakwa si pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi pos semalam.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata satu salinan DVD dihantar ke rumahnya semalam.

Sehubungan itu kata beliau, DVD rakaman video seks yang memfitnah Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, diedarkan di seluruh negara.

“Polis seharusnya boleh mengesan dalang (melakukan perkara ini). Tetapi sehingga kini tiada hasil siasatan terhadap laporan polis mengenai pengedaran VCD lucah ini,” kata Zuraida dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Lebih buruk, saya sendiri menerima DVD dan risalah berbaur fitnah yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang mengandungi surat yang menggunakan kepala surat PAS yang palsu, dan satu VCD bertajuk ‘Skandal Seks Mat Sabu’ dan risalah-risalah yang menggambarkan beberapa sedutan DVD lucah, yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau sambil menegaskan, budaya politik kotor sudah muncul di bahagian yang diwakilinya.

Rakaman video itu buat pertama kali dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara di sini.

Dua hari kemudian tiga “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim muncul di khalayak sambil mengaku mereka yang bertanggungjawab atas pengedarannya.

Beberapa hari kemudian mereka menyerahkan salinan asal rakaman video itu kepada polis.

“Susulan laporan polis saya hari ini, saya meminta polis segera menyiasat perkara ini. Ini kerana apa yang berlaku sekarang adalah jelas bermotifkan politik dan mungkin disebabkan arahan dan pembabitan penguruasan atasan,” kata wakil rakyat penggal pertama itu. -TMI


Kes video seks: Tiada perkembangan, tangkapan

Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

"Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu.

"Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah,” katanya.

Sejak bulan lalu, semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks berkenaan.

Antara mereka termasuk ketua kampung di kebanyakan tempat di Selangor sebelum menular ke negeri-negeri lain.

Selain kampung-kampung Melayu, turut menjadi sasaran adalah kampung Cina dan India.

VCD lucah yang diposkan ke rumah mereka dikatakan berasal dari Shah Alam dan ada yang dari Melaka. Ini berdasarkan setem dan cop pos di sampul surat yang dihantar itu.

Awal hari ini, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin membuat laporan polis di ibu pejabat daerah polis Ampang Jaya setelah menerima VCD di peti suratnya bersama surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu, dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Skandal Seks Mat Sabu

“Sebaran VCD lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berleluasa ke seluruh negara. Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya. Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini.

“Lebih melampau, saya sendiri telah menerima VCD dan risalah fitnah ini yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang dihantar mengandungi surat palsu yang menggunakan kepala surat PAS, VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' dan risalah yang memaparkan beberapa adegan dari VCD lucah...mula dicemarkan sehingga ke Ampang pula,” katanya.

Zuraida mendakwa penyebaran rakaman seks itu kerja Umno sebagai usaha mereka bagi memecah-belakan kerjasama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

“Susulan dari laporan polis saya hari ini juga, saya meminta agar Unit Siasatan PDRM segera menyiasat perkara ini. Ini kerana apa yang berlaku jelas bermotifkan politik dan berkemungkinan turut melibatkan arahan dan penglibatan pihak atasan,” kata Zuraida. -mk



'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya. -mk


Ulasan GB

Rupa-rupanya tajuk saja menggunakan nama Mat Sabu, isi dalamnya orang lain.

Kita jadi hairan dimana yang dikatakan polis Malaysia ini cekap sehingga kini banyak kes jenayah tidak berjaya diselesaikan?

Sehinggakan pengedaran video lucah itu pun tak tahu siapa yang mengedarkannya. Susah sangat ke nak kesan atau, memang sengaja tak mahu tangkap di atas sebab-sebab yang hanya polis sahaja mengetahuinya?

7 ulasan:

otaistillkick berkata...

sudah sampai masanya rakyat semua bangun tolak pimpinan kerajaan yang ada sekarang .....tunjukan kita protes kerajaan yang di pimpin olih mereka yang guna politik jijik.

Tanpa Nama berkata...

mengunakan vidio sek untok mencari pengaroh supaya rakyat umum menyokong mereka adalah satu tindakan yg jijik peminpin seperti ini tak layak merintah negara.

Tanpa Nama berkata...

ini adalah kerja orang dayus yang tak ada maruah dan akhlak jauh sekali iman. Perbuatan keji dan hina ini tak sepatutnya dilakukan oleh orang islam yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.Sepatutnya mereka ini ditangkap dan penjarakan.Kita harapkan polis bertindak segera

Tanpa Nama berkata...

Payah sangat ke polis nak CSI. Kat vcd tu kan ada cap jari? Ok tak pe, Sesiapa yang ada menerima vcd sila hantar pada ketua PKR untuk di CSI diluar negara oleh Dr.Pontrib.

Moristo berkata...

Kalaulah hakikatnya pemimpin itu bersih & takde skandal - tidaklah pulak ada videtape sebegini. Jadi ngaku saje le kalau dah salah. Takyah tegak benang basah! Bangsa lain yg tak beragama Islam pun akan letak jwtn kalau dlm keadaan sebegini.

Tanpa Nama berkata...

betul pandy kutty punya parti porno,,,perkasa 1malaysia 1porno

Tanpa Nama berkata...

Anjing tak akan bertindak selagi tak terima dari arahan tuannya?? Fikir-fikirkan lah.....