4 Jun 2011

Baru Menang AJK Pemuda Dah Tak Mengaku Ada Pengaruh Bapa?

Saya menang AJK Pemuda bukan kerana pengaruh bapa, kata anak Hadi

GOMBAK, 4 Jun — Anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS pusat menolak dakwaan bahawa beliau menang kelmarin disebabkan pengaruh bapanya dalam parti Islam itu.

Khalil berkata, dakwaan itu tidak benar kerana beliau merasakan perwakilan memilihnya berdasarkan kelayakan yang ada pada dirinya.

“Saya tidak rasa perwakilan akan nilai saya disebabkan bapa saya. Kerana PAS telah diajar agar menyelidik dan melihat calon yang mempunyai kelayakan untuk memegang sesuatu jawatan.

“Jadi saya tak rasa faktor bapa, saya menang,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider semalam.

Selain itu, beliau juga berkata, kemenangan beliau merupakan satu kemenangan di luar jangkaan memandangkan beliau sebelum ini tidak disebut sebagai calon pilihan.

“Saya terkejut. (Tetapi) saya akan terima tanggungjawab ini,” katanya.

Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Marang berkata, setelah dipilih menjadi exco Pemuda PAS pusat, beliau akan bersama-sama Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan dan rakannya yang lain akan mengukuhkan lagi Dewan Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan bila-bila masa.

“Saya akan bersama-sama Dewan Pemuda membawa gagasan yang dibawa ketua saya untuk memimpin Pemuda PAS dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13. Saya akan bawa gagasan itu sebaik mungkin,” kata Khalil, 34, anak sulung daripada 14 adik-beradik.

Ayah kepada dua orang anak ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Yemen dan kini dalam proses untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

Beliau bersama Nik Mohd Abduh Nik Aziz iaitu anak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS pusat, kelmarin.

Nik Mohd Abduh yang sebelum ini merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS pusat dipilih sebagai timbalan ketua pergerakan itu.

Nik Mohd Abduh juga menganggap faktor kemenangan sebagai timbalan ketua bukan semata-mata kerana pengaruh daripada bapanya, tetapi disebabkan rekod pencapaian sendiri.

Katanya, beliau menang kerana pengalaman sendiri sebelum ini yang memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda PAS pusat sendiri dan juga di peringkat negeri Kelantan.

“Perwakilan sudah lihat pengalaman saya. Jadi, mereka yakin untuk undi saya,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, undi bonus juga datang disebabkan pengaruh ayah beliau sendiri.

“Mereka masih sayang ayah saya. Kasih sayang itu tumpah kepada undi kemenangan saya sebagai timbalan ketua,” katanya lagi.

Jelas Nik Mohd Abduh, beliau akan memfokus untuk menyempurnakan hasrat Nasrudin dalam ucaptamanya pada Muktamar Dewan Pemuda.

“Saya sekarang ini ambil sikap membayangkan apa yang hendak dibuat untuk PAS.

“Perubahan atau pembaharuan untuk PAS, saya akan fikir dulu. Apa yang pasti, saya fokus untuk ucaptama Nasrudin dulu,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam.

Nik Mohd Abduh, 41, sebenarnya berhasrat mahu bersara daripada Pemuda PAS. tetapi kembali ke pangkuan pergerakan itu sebagai timbalan ketuanya.

Ayah kepada lapan orang anak ini kini bekerja sebagai pengetua Mahad Tahfiz Nikmatillah di Pulau Melaka, Kelantan.

Ulasan GB

Apalah punya dasyat anak TuanGuru ini. Baru menang jadi AJK Pemuda dah nafikan pengaruh bapanya. Semasa GB pernah bertandang ke rumah TGHH sekitar tahun 90an dahulu, pemuda yang bernama Khalil ini baru berusia belasan tahun. Sekarang dah ada ijazah. Handsome, bergaya malangnya sombong dan angkuh.

Sdra perlu sedar bahawa tidak semua perwakilan pemuda memilih sdra kerana kelayakan yang ada pada diri sdra. Lagipun tinggi mana kelayakan sdra? Dah dapat 3-4 PhD kah sampai begitu sombong sekali jawapan sdra?

Sdra mesti mengakui bahawa memang ada beberapa perwakilam memilih sdra kerana sdra anak Presiden. Setidak-tidaknya sdra perlu akur, ayah sdra mempunyai karisma dan nilai kepimpinan yang dihormati oleh ahli-ahli parti. Kalau sekadar kalayakan yang ada pada sdra, berlambak yang lebih baik kelayakan mereka daripada sdra.

Di dalam hal ini pula, sikap Nik Abduh Nik Aziz yang menang sebagai Timbalan Ketua Pemuda lebih baik (walapun GB tak berapa berkenaan dengannya kerana kuatnya beliau menyokong gagasan UG), setidak-tidaknya beliau mengakui kemenangannya disebabkan oleh adanya pengaruh dari bapanya.

ANAK Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Abduh Nik Aziz tidak menolak kemungkinan kemenangannya bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat (DPPP) adalah disebabkan pengaruh bapanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau yang menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan itu dua jam sebelum pencalonan ditutup kerana desakan ahli parti, bagaimanapun tidak menyangka mampu memenangi kerusi nombor dua sayap parti itu.

Nik Mohd Abduh mendapat 260 undi daripada 655 perwakilan, sekali gus mengetepikan penyandang jawatan itu, Azman Shapawi yang mendapat, 94 undi manakala dua lagi pencabarnya masing-masing Mohd Firdaus Jaafar (193 undi) dan Suhaizan Kaiat (107 undi).

“Kawan bersama saya tahu, mungkin sesetengah perwakilan hendak tunjukkan tanda hormat kepada ayahanda saya sebagai Mursyidul Am, mungkin saya dapat undi itu.
-BH


Begitu kontras.

Kedua, GB hairan kenapakah Tuan-tuan guru kita tidak menghalang anak-anak mereka dari bergiat di dalam politik? Memang tidak salah tetapi, ia tidak manis dan tidak beretika apabila nanti dikaitkan dengan kronisma. Bukankah di dalam Islam sudah ada pengajarannya?

Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..."

Susahnya ialah apabila kita menyelar adanya unsur kroni apabila Mahathir mempunyai Mukhriz, Pak Lah ada Khairy, sekarang rupa-rupanya di dalam PAS saling tak tumpah juga seperti mereka.

Mahu saja GB menyuruh seorang perwakilan menuju ke rostrum muktamar untuk membuat usul tergempar supaya dihalang anak-anak menantu pemimpin PAS ini dari bertanding untuk merebut apa-apa jawatan di dalam parti.

Dah ler tu, sombong bukan main lagi. Menyusahkan parti.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

angkuh dan sombong itu persepsi manusia pada seseorang... terpulang pada individu yg membuat andaian tersebut... bersangka baiklah.. tiada manusia yg sempurna... GB pun harus muhasabah diri, orang pun menilai diri kita... semoga Allah mengampunkan dosa dan kesalahan kita....

Tanpa Nama berkata...

Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..."

saya suka yg ini.
hujjah GB tak dpt disangkal lagi.

waktas berkata...

anon 3:11

buruk sangka ke kalau kita menegur seseorang?

macamana nak bersangka baik jika dah betul buruk pernagainya?

apa pulak tak da pengaruh bapa sedangkan bapanya seorang presiden pas?

saya sokong gb dalam hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Anak2 Tuan2 Guru kita tu baka baik... apa pasal nak pertikai kemenangan mereka...?

Komen2 yg mereka keluarkan tu hanyalah secara spontan jer...

Aparaaa ko ni, Greenboc..!

Hidup Tuan Guru Hj Hadi....!!
Hidup Tuan Guru Nik Aziz...!!

Tanpa Nama berkata...

Sudah sudah la tu GB...aku dah bosan dengan sangka buruk kau tu...ada je yang x kena...perkuatkanlah parti...team yang kau suka dah menang..ayuh sama2 berjuang...jangan sentiasa membina persepsi negatif...bosan2x.

Tanpa Nama berkata...

saya yakin geng trengganu akan tetap pertahankan anak TGHH ini.
tengok saja lah nanti gb akan diserang selepas ini oleh geng trengganu.

khalil ini adalah watak contoh dari geng trengganu tersebut.

sombong dan angkuh. sifat itu tebal di kalangan pimpinan PAS terengganu juga seperti mustafa ali, abu bakar chik dll. lihatlah apabila TGHH dikritik oleh Aziz Bari, MSO dan lain-lain, geng trengganu inilah, golongan yang macam kera kena belacan terlompat sana terlompat sini, menolak kritikan tersebut.

itulah juga punca kekalahan TITM yang menjadi kuda tunggangan geng trengganu melawan mat sabu.

Tanpa Nama berkata...

bila kena tegur tu, muhasabah ler wahai puak Ganu. ko orang apa ada? gb tegur utk kebaikan parti.

ug dah kalah mengaku ajer kalah.... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Banyak-banyaklah beristighfar! dan banyakkan pakai cermin muka dan jangan banyak pakai cermin mata.

Tanpa Nama berkata...

itulah sebabnya hari ini Geng Trengganu mendapat aib yg amat besar.

aib yg lebih besar mungkin sedang menanti utk trengganu pada pru nanti.

belajarlah dari keputusan perkwakilan pas pusat.

alawy berkata...

Anonymous said...
"Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..."

saya suka yg ini.
hujjah GB tak dpt disangkal lagi"

Agaknya TGHH tak terjumpa kisah ini kot...

Tanpa Nama berkata...

tak nampak plak GB berburuk sangka, yg ketara jawapan anak hadi tuh memang tak boleh pakai lansung. ia benar2 jawapan seorang yg begitu mentah dalam hidup.

Tanpa Nama berkata...

Orang muda baru dapat kerja sememangnya rasa teruja dengan suasana yang baru dialaminya.

Kita tidak perlu rasa tersinggong dengan kata-katanya atau bersikap irihati kerana perwakilan memilih dia sebagai salah seorang dari ahli jawatankuasa kerja pemuda.

Tidak timbul soal dia anak siapa, tapi perwakilan yang bertanggongjawab diatas pemilihan tersebut.

Bukan kerana dia seorang anak seorang pemimpin tertinggi parti tapi kalau dia anak seorang nelayan pun jika mempunyai kelayakan dan berkemampuan berkerja secara berkumpulan maka dia harus diberi peluang dan tempat dalam barisan kepimpinan parti.

Jika dia berlagak hebat tapi tidak mampu memberi apa-apa sumbangan pada parti semestinya dia itu diterajang keluar dari kedudukannya tanpa mengira dia anak siapa.

Parti dikhususnya untuk orang yang berkerja bukan untuk orang tunjuk gaya buang masa.

Dan ahli wala' pada peraturan dan undang-undang parti bertujuan untuk penyatuan dan perpaduan dalam jemaah bersama menjaga maruah pemimpin bukan jadi barua pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah puak UG dah panas baca blog GB sejak pagi tadi.

Tanpa Nama berkata...

skrg baru sibuk kata jgn sangka buruk...

seblm ini golongan yg sama bersangka buruk kepada mat sabu, anti-ulamaklah, juara demonstrasi lah, x der kualitilah...

peeerahhh

Tanpa Nama berkata...

bloger2 mulut tu jgan cabul sangat...budak tu baru nak idup..diplomasi x seberapa lagi...lu ingat lu punya cara tu orang suka ka...hemtam sana hemtam sini...lu pikir la...

al-faqir ibn abdillah berkata...

Ana setuju dgn teguran GB.

Jangan sampai nanti orang bertanya "anak siapa bercakap itu" "anak TG Haji Hadi".

ketika itu sudah tidak berguna lagi.

Tanpa Nama berkata...

anon 4:49

"bloger2 mulut tu jgan cabul sangat...budak tu baru nak idup..diplomasi x seberapa lagi...lu ingat lu punya cara tu orang suka ka...hemtam sana hemtam sini...lu pikir la..."

kalau x mahu kena hentam jgn bertandinglah.

gi duduk dalam hutan lah

ada mengertilah?

antianfusanadansini berkata...

Saya tak rasa kenyataan Muhammad Khalil sebagai kenyataan yg sombong. Sememangnya dan sepatutnya perwakilan memilih seseorang menjadi pemimpin bukan kerana ayahnya seorang pemimpin tertinggi. Perwakilan mesti memilih pemimpin berdasarkan kepada kelayakan dlm Islam yang mereka punyai. Kalau memilih kerana ayahnya seorang yg perpengaruh, bermakna kita telah membuat pilihan yg kurang tepat. Nabi sendiri pun tidak menyuruh berbuat sedemikian.
Seperkara lagi tentang pesanan Umar Al-Khattab kepada anaknya. Itu pesanan yg baik, tetapi bukanlah nas untuk menghalang seseorang yg berkelayakan kenjadi pemimpin. Mungkin sy Umar berkata demikian kerana beliau melihat tugas khalifah adalah berat dan beliau merasakan anaknya tidak mampu untuk melaksanakan tugas2 sebagai khalifah. Tetapi ini tidak menghalang anaknya berperanan dalam tugas2 lain selain menjadi khalifah. Lainlah kalau anak2 tuanguru meminta2 untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am. Mereka semua tak minta pun, tetapi mereka dipilih oleh perwakilan. Samalah seperti Sy Ali dipilih oleh sahabat2 baginda. Takkan kita nak kata Sy Ali dan lain2 khalifah dilantik kerana kroni Rasulullah s.a.w. sedangkan khalifah2 tersebut memang ada kaitan persaudaraan dgn RasululLah s.a.w.
Sekali lagi saya mohon GB menarik balik kata-katanya yg tidak seenak dan sewajarnya sebagai seorang Islam terhadap saudara2 seIslamnya apatah lagi GB sendiri adakah pernah mengenali Khalil secara peribadi untuk menilai seseorang. Kalau belum pernah bermusafir, makan dan tidur bersama, tolong jangan buat kenyataan yang bersangka buruk kepada sahabat 2 yg lain. Kadang2 diam itu lebih baik dari berkata2. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

saya dah tulis sebelum ini, byk orang gila kat rusila....

kalau tak masakan aduka taruna kena pukul kat sana masa nak jumpa tuang presideng.

kawan saya pon cakap owang trangganu, ilmu islam jer tinggi, tapi bengkeng... itu lambang hati busyuk ...

Tanpa Nama berkata...

Ada kebenarannya apa yg GB utarakan.
Apa yg jelas kita lihat perwakilan pemuda pas memilih bukan saja mengira soal kelayakan. Malah nepotisma juga.

Itu sebab kita lihat dua-dua anak pemimpin tertinggi PAS menang.

Tetapi perwakilan PAS pusat mengenepikan unsur nepotisma. Maka itu Nik Abduh tak menang walaupun bertanding sebagai AJK.

Jadi Pemuda PAS perlu re-align perjalanan mereka supaya lebih matang jika nak ikut PAS Pusat menuju Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

jadikan matlamat utama pemuda pas menarik pemuda menumbangkan UMNO

cengal berkata...

salute GB kerana berani menegur. Berkata benar walaupun pahit.

Jika Aziz Bari pernah menyatakan Hadi sebagai liabiliti kepada PAS, begitulah anak seorang pemimpin, biasanya ia boleh menjadi aset atau liabiliti kepada parti juga.

Lihatlah kepada Khairy, Mukhriz.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anon 7:00

pemuda pas membuat pilihan ikut nafsu dan perasaan bukan akal fikiran.

Tanpa Nama berkata...

"bloger2 mulut tu jgan cabul sangat...budak tu baru nak idup..diplomasi x seberapa lagi...lu ingat lu punya cara tu orang suka ka...hemtam sana hemtam sini...lu pikir la..."

kalau x mahu kena hentam jgn bertandinglah.

gi duduk dalam hutan lah

ada mengertilah?

mentaliti sampahhh...

Tanpa Nama berkata...

Mashaallah orang2 PAS begini ker? Ingat parti satu lagi ajer teruk.. Mashaallah mashallah.. semoga ini segelintir sahaja
First time saya masuk blog saudara terkezut saya..

fadli

Tanpa Nama berkata...

kecik2 dah ego
patutlah ditegur
sebelum angkuh
berkargo-kargo

waqiah berkata...

PAS PUSAT DAH SIAP NAK KE PUTRAJAYA MALANGNYA PEMUDA PAS MASIH TERKEPIT DI CELAH KETIAK ULAMAK. MINTA TAMBAH KERUSI JER TAHU

Tanpa Nama berkata...

ramalan penyokong Pas begitu tepat sekali dalam Parti Pas ada bapa borek anak rintik..telah terikut ikut ala kempinan UMNO dan PKR.. Keturunan ELIT dalam Pas akan ujut sedikit demi sedikit.. sudah tiada orang lain ke untuk memajukan gulungan muda Pas.

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka dalam PAS ada juga Hampeh yg perangai mcm ahli UMNO. Jahanam Pas kalau mcm nie...DAP dah jauh kedepan dptkan sokongan org Cina. PKR pun begitu juga dapat sokongan daro org melayu professional & kaum bangsa lain...Harap2 dgn muka baru Pas akan lebih menyerlah. Hapuskan Hampeh2 dalam Pas yg nak menegakkan bulu masing2. Jahanam Hampeh2 Pas. Hidup TGNA....kita tgk Hampeh mana dlm Pas nak berbalas komen???

Tanpa Nama berkata...

NO TO / KATAKAN TIDAK KEPADA :
MUSTAFA ALI (SETIAUSAHA AGUNG),
ABU BAKAR HUSIN (PESURUHJAYA PAS PERAK)
NASHARUDIN (MANTAN NAIB PRESIDEN)dan
DR. HASSAN ALI(PESURUHJAYA PAS SELANGOR)...

Bermulanya kempen berterus untuk mencalonkan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai SU Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor,

Khalid Samad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat,

dan Dato Seri Ir Nizar sebagai Pesuruhjaya PAS Perak,

Salehuddin Ayub sebagai Pesuruhjaya PAS Johor

Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Tanpa Nama berkata...

Sudah ada 2 orang anak pemimpin tinggi PAS dalam barisan Pemuda PAS -Nik Abduh anak TGNA.Tim.Ketua Pemuda dan anak TGHH sebagai AJK.Apa sebenarnya dasar perjuangan Premuda PAS? Kira nak mengampu Mursyidul Am dan Presiden aje? Ramai lagi pemimpin Pemuda yang lebih berjasa,lebih aktif,lebih bekerja dibandingkan dengan Nik Abduh.Begitu juga ramai lagi pemuda PAS yang wajar diangkat dalam AJK Pusat Pemuda dibandingkan dengan anak Hadi Awang ni.Apa sudah jadi kepada Permuda PAS?Amat berbeza dibandingkan dengan era Mahfuz dan Sallahuddin.

bunbinban berkata...

bagilah dia peluang. tengok dia mcmmana. Tapi aku setuju, dlm parti tak perlu elakkan jadi parti anak beranak.

Ismi Azraf berkata...

Maaf jika kita berbeza pendapat.
Dari sudut positif mungkin GB mahukan AJK tersebut tidak sombong tetapi perlu juga berfikiran positif atau bersangka baik. Mungkin Muhamad Khalil berkata sebegitu kerana pada pemikirannya bahawa pemilihan dalam jemaah adalah atas dasar kelayakkan dan kata-kata ia untuk mengelakkan persepsi negatif yang mengatakan PAS parti kroni. Untuk mengubah sesuatu jawatan maka ubahlah undian tersebut. PAS bukan saja parti politik yang terlibat dengan politik kepartian tetapi jemaah Islam yang mempunyai majlis syura. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Nabi s a w di bantu oleh ahli keluarga dan kaum kerabat nya dalam memperkukuhkan dakawah.unsur anak beranak n kaum kerabat ada dalam islam dgn syarat tiada unsur zalim pada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

aku pun x paham dengan greenboc ni..apa isi hati dia sebenarnye...apabila terpilih calon timb. presiden dan naib pres. pilihan hati die..puji perwakilan buat pilihan yang tepat...

tapi bila tiba-tiba jawatan timb.pemuda dimenangi anak TGHH...tuduh perwakilan salah memilih dan mengamalkan nepotisme...ceh...bukan perwakilan yang sama jugak ke yang pilih pimpinan tertinggi PAS.

jangan jadi blogger celaka...sama2 rapatkan jemaah, luruskan barisan..bantu jemaah bersama pimpinan baru..takbir

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

"aku pun x paham dengan greenboc ni..apa isi hati dia sebenarnye...apabila terpilih calon timb. presiden dan naib pres. pilihan hati die..puji perwakilan buat pilihan yang tepat...

tapi bila tiba-tiba jawatan timb.pemuda dimenangi anak TGHH...tuduh perwakilan salah memilih dan mengamalkan nepotisme...ceh...bukan perwakilan yang sama jugak ke yang pilih pimpinan tertinggi PAS."


ketara sgt bangangnya anon di atas menulis.

perwakilan untuk pemuda lain, perwakilan pas pusat lain. apa pulak sama.