4 Jun 2011

Isteri Buat Laporan Polis Perangai Ganjil Suami Masa Hubungan Kelamin

Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami

KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis. Gambar fail

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

“Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

“Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah,” katanya.

Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.

“Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu,” katanya. -hm


3 ulasan:

diod berkata...

Saya tak pasti ini masuk kes polis. Rasanya kena repot juga dengan kadi daerah kuantan.nanti jika isteri itu lari pejabat agama juga akan kata isteri tu salah tak layan suami.

Tanpa Nama berkata...

Maaf ye, ni agaknya ada menuntut kat mana2. Kat skabar yg selalu siarkan ceta2 sensasi, atau selalu dengar 'ceramah' kat penjual minyak/akar kayu/makjun & seumpamanya di pasar2 tani. Tak caya cubalah singgah kejap & dengar.

Polis tu apa dia dpt tolong? Wanita tu kena selalu pasang keset ngaji kat rumah kasi halau tu setan. Atau dia sendiri x putus mengaji. Tapi klu suami x mengaji & tak solat, susah juga.

Tanpa Nama berkata...

ini belum sehebat letak bom C4