5 Jun 2011

Jutawan Ini Buta Huruf

London: Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.

Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah.

Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.

Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah £400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: “Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.

“Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu.”

Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting.

Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: “Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.

“Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya.

“Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah.”

Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga £40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga £12 juta (RM60 juta).

Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar.

Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: “Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca.” - Agensi

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia jutawan apa? nak tau juga .. bukan apa, sbg motivasi.

Sapa rajin, dia dapat.

Хаcмaди Хамдан berkata...

Dia jutawan bidang sukan. Maklumat lnjut di http://en.wikipedia.org/wiki/Anorthosis_Famagusta

Tanpa Nama berkata...

apa yg sy belajar dari kisah ini: untuk berjaya tiada ada sebarang halangan jika kita mahu berusaha walaupun mempunyai kekurangan. kita yang tidak mempunyai penyakit ingatan seperti beliau harus bersyukur dan menggunakan keupayaan dan kebolehan yang kita miliki kita sebaik mungkin untuk berjaya.

Tanpa Nama berkata...

..tak heran, di daerah tempat saya kerja sekitar 90an ada orang kaya (tak tau la kalau masuk senarai jutawan malaysia ke tak) buta huruf tegar, bukan sebab sakit tapi tak pernah ada peluang mengaji...... bisnes utamanya mula balak, kemudian kelapa sawit (mungkin sekarang)