Adalah tindakan tidak matang,tidak wajar dan tidak beretika apabila Pemuda PAS melakukan pemilihan dengan meletakkan anak-anak pimpinan PAS Pusat berada di dalam barisan pimpinannya persis ingin menjadi PAS sebagai parti anak beranak.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menerajui Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) setelah berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu, Azman Shapawi.
Beliau memperoleh 260 undi manakala Azman hanya memungut 94 undi pada pemilihan Muktamar DPPP ke 52 di Dewan MBSA, kelmarin.
Begitu juga Khalil Abdul Hadi yang dipilih menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat yang menerima 320 undi.
Hal ini terlalu mengaibkan parti yang selama ini kita cuba sentiasa membersihkan konsep nepotisma dan kronisma di dalam pemerintahan negara, alih-alih mendapati sayap pemuda PAS dilanda dengan wabak yang serupa menjadikan Dewan Pemuda sebagai tapak untuk anak-anak pemimpin tertinggi PAS mempersiapkan diri untuk mengambil-alih teraju parti di masa muka.
Ini memberikan contoh yang tidak baik kerana akan lahir persepsi bukan sahaja dari kalangan ahli malah dari seluruh rakyat di negara ini bahawa kini PAS sudah memutar jarum jam ke belakang mengikut jejak-jekak kepimpinan PAS era nasionalis-Islamis di mana pernah sewaktu PAS di era Datuk Mohd Asri Muda sebagai Presidennya, nepotisma diamalkan.
Malah PAS - pernah diberi gelaran Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.
Memang di dalam parti-parti lain termasuk rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, ada mengamalkan nepostisma tersebut, tetapi mengapa Pas juga turut terlibat dalam amalan seumpama itu? Lebih menyedihkan amalan itu di tunjukkan sendiri oleh pemimpin tertinggi parti.
Kenyataan Ketua Dewan Ulamak yang PAS tidak terlalu meraikan kehendak rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sepatutnya juga meliputi tidak mengikuti contoh-contoh yang tidak baik yang diamalkan oleh parti mereka.
Parti politik adalah tapak kepada pemilikan kekuasaan apabila parti politik berkenaan memenangi plihanraya dan rakyat memandang serong dan rendah politik keluarga seperti ini.
Jangan lupa isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.
Di peringkat antarabangsa pula, masyarakat dunia turut menempelak dan tidak dapat menerima kehadiran tokoh "anak-beranak" di dalam pemerintahan dan parti. Runtuhnya kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, salah satu sebabnya ialah kebencian rakyat terhadap pemerintahanya ialah kehadiran Alaa Mubarak dan adik laki-lakinya Gamal, yang memegang jabatan tinggi di partai yang berkuasa yang akhirnya telah menghancurkan kekuasaan pemimpin berusia 82 tahun itu.
Begitu juga di Libya, dunia mengutuk anak pemimpin Libya Saif Gaddafi yang "campurtangan" mengumumkan sebuah perlembagaan baru telah siap ketika pemberontak yang berusaha menggulingkan ayahnya berhasil dikalahkan.
Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi iktibar kepada pemuda dan saya melihat pemuda masih TIDUR di dalam isu-isu sebegini sehingga nanti ia menjadi peluru besar yang akan menghancurkan parti.
Berbeza keadaan jika penyertaan aktif mereka JIKA ayah masing-masing sudah tidak bergiat lagi atau sudah menyahut seruan Ilahi seperti akktifnya Mujahid yang muncul di pentas politik PAS setelah ketiadaan Tn Hj Yusof Rawa.
Penyertaan anak-anak pemimpin tertinggi PAS ke dalam barisan pemuda adalah satu cacat paling malang yang mana ia amatb tidak ber-uswah (mengambil suri teladan) dari nasihat khalifah Islam yang ternama, Umar Al-Khattab.
Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..."
Tidak ada anak Rasulullah s.a.w. yang diangkat menjadi khalifah dan tidak ada anak-anak khalifah yang mewarisi jabatan ayahandanya.
Masih begitu ramai ahli-ahli pemuda yang layak untuk memegang jawatan, yang lebih lama dan lebih aktif dari anak-anak pemimpin ini, mengapa ditinggalkan?
Itu pemuda yang memanjat pokok memasang bendera di waktu pilihanraya, yang ditarbiyah bukan sahaja oleh ulamak tetapi oleh alamiah, lebih mulia untuk diangkat di dalam barisan pemuda daripada anak-anak pemimpin yang walaupun kelulusan tinggi tetapi hidup di dalam keadaan yang segala-galanya telah tersedia untuk mereka, hatta "nama" untuk dijaja di dalam pemilihan kerana telah mewarisi kemasyuran dari ayah mereka.
Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam, kita tidak membenarkan jawatan dan kepimpinan sebagai warisan turun temurun.
Kita baru sahaja melihat bagaimana berkocaknya kerajaan Kelantan di dalam kes Ariffahmi yang sehingga sekarang digunakan sebagai isu musuh menyerangkan Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sayangnya, tatkala PAS Pusat yang telah berubah memilih pimpinan untuk persediaan kemenangan, sayap pemuda masih tersangkut di celah gelegar surau nepotisma. Tetapi nafsunya besar, menuntut 40% kerusi diberikan untuk mereka.
Pemuda kelihatan seperti menjunjung kepimpinan ulamak ke peringkat paling keramat tetapi pada waktu yang sama najis nepotisma terpalit yang menyebabkan hanyirnya boleh menyebabkan parti berbau busuk sewaktu pilihanraya nanti yang jari rakyat menuding kita dengan jeritan, PAS cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap!

43 ulasan:
Ramai yang tak perasan. Satu lagi pendedahan terbaik dari bro GB.
Kami berdiri menyokong bersamamu.
Sokong Hj Taufek Abdul Ghani untuk Setiausaha Agung PAS
salam..saudara penulis...nepotisme, kronisme atau apa jua isme tiada dalam gerakan Islam..Islam itu bersifat syumul yakni menyeluruh dan Pas itu sesungguhnya mndokong Islam, sama sekali tidak serupa dari fizikal atau rohaninya dgn Parti Pak Lah atau Kerajaan yg pernah dipimpin Husni Mubarak...Setiap kputusan atau dasar yg dbuat adalah mngikut lunas Al-Quran, hadis, ijmak atau kmbali kedasar Islam mlalui musyawarah bukannya atas individu semata mata..anak Nik Aziz ke, anak Hadi ke, itu semua tidak mnjadi masalah..asal mereka faham tnggujwab yg mereka pikul skrg..akhir kata marilah brsama2 mndokong prjuangan Islam...ajak semua skali..ank bini,spupu,saudara jauh dan dekat mnyertai prjuangan Islam kerana Islam itu bukan utk tertentu..
pemuda pas memutar jarum jam ke belakang.
era jahiliyah yang berserban. utamakan nepotisma dan kronisma.
Apakah GB cuba menafikan hak individu untuk memilih cenderung kepada politik, jangan lupa kadang2 penglibatan ahli keluarga boleh menimbulkan minat untuk kearah bidang yang sama....cuma kita berharap niat mereka untuk kebaikan semata-mata dan bukan mengejar wang, pangkat atau pun harta dunia.
So GB stop being berburuk sangka selalu.....jangan tambah dosa yang ada......
anon 8:33 & 8:41
anda berdua tak nampakkah mudharat yg timbul kerana perlantikan anak2 pimpinan pas seperti yg dipaparkan?
menuduh gb berburuk sangka, sedangkan anda yang berburuk sangka kepada gb kerana pendedahannya adalah benar. dengan hujah yang mantap. sedangkan hujah kamu berdua hujah picisan.
Anon 8:33
Saya setuju ajak anak bini sertai perjuangan PAS, bukan ajak anak bini rebut jawatan dalam PAS.
Anonymous said...
Apakah GB cuba menafikan hak individu untuk memilih cenderung kepada politik, jangan lupa kadang2 penglibatan ahli keluarga boleh menimbulkan minat untuk kearah bidang yang sama....cuma kita berharap niat mereka untuk kebaikan semata-mata dan bukan mengejar wang, pangkat atau pun harta dunia.
So GB stop being berburuk sangka selalu.....jangan tambah dosa yang ada......
ANDA TU YG LEBIH BERDOSA KERANA MENGGALAKKAN NEPOTISMA BERKEMBANG BIAK DALAM JEMAAH, SEDANGKAN GB TETAP BERPAHALA KERANA SAYA YAKIN NIATNYA MEMBENTERAS FASAD DI DALAM JEMAAH.
nak menyusah parti untuk menjawab serangan rakyat nanti.
pemuda tak da otak!
Jangan 'bertenggek' atas nama kepimpinan ulama jika bukan ulama sebenar - satu sindiran tajam untuk dewan pemuda.
"Masih begitu ramai ahli-ahli pemuda yang layak untuk memegang jawatan, yang lebih lama dan lebih aktif dari anak-anak pemimpin ini, mengapa ditinggalkan?"
"Itu pemuda yang memanjat pokok memasang bendera di waktu pilihanraya, yang ditarbiyah bukan sahaja oleh ulamak tetapi oleh alamiah, lebih mulia untuk diangkat di dalam barisan pemuda"
Ini memperlihatkan GB hanya pandai menyalak sesudah selesai sesuatu keputusan......kenapa GB sendiri tak pergi calonkan mereka2 itu?......
anon 9:03 x kenal GB.....
GB dah jauh merentasi umur pemuda.
satu lagi perbaiki akhlak menulis di komen sini, jgn gunakan perkataan "menyalak".
Nampak sangat kamu belum menerima tarbiyah yang baik.
Bila tak siarkan kamu menjerit-jerit.
PEMUDA berjuang masih penuh nafsu, bukan ilmu, akhirnya macam tulah.
Salam, kenapa tak ikut nabi aje.Nabi s.a.w sendiri ada melantik Saidina Ali(sepupu),Abu bakar(menantu),jaafar bin abu talib ( pak saudara nabi ),Usamah bin Zaid(anak kepada bekas anak angkat nabi ) dalam jawatan-jawatan penting memerintah Madinah... yang penting mereka semua adalah layak.tak ada kene mengena dgn masalah kroni.
Anonymous 8:41
"Apakah GB cuba menafikan hak individu untuk memilih cenderung kepada politik, jangan lupa kadang2 penglibatan ahli keluarga boleh menimbulkan minat untuk kearah bidang yang sama...."
kalaulah hak individu yg dipentingkan daripada kemaslahatan jemaah hancur binasa parti.
Rasulullah tak naikkan putera-putera baginda Hasan dan Husin sebagai khalifah.
Umar tak mahu penduduk Mekah memilih Abdullah bin Umar sebagai pemimpin.
Pemuda yang ada jelas hanya mementingkan besarnya serban di kepala, bukan ilmu yang tinggi dalam kepala.
betul. elakkan persepsi negatif rakyat terhadap PAS. jgn ikut kronisma. pas bukan parti mak bapak kamu, bukan parti untuk tranganu, bukan parti anak beranak.
salah memang tak salah, tapi tak bagus. betul kata akhi GB tuh, sengaja jer puak2 yg tak reti bahasa ni nak wat kecoh kat sini.
dewan pemuda masih mentah lagi berpolitik, tak macam perwakilan pas pusat yang dah jauh ke depan.
tapi nak kerusi sampai 40%. kerusi yg diberikan dulu pun belum menang lagi. ketua pemuda pun kalah kat negeri sendiri... alahai...
Nik Abduh mampu keluar daripada pengaruh bapanya.. Beberapa pandangannya berlawanan dengan Nik Aziz.. Betul salah no 2 yang penting dia mampu mengeluarkan pandangan secara bebas.. Bukan macam anak2 Mahathir, bapak keluar Umno anak pon ikut.. Dari semasa ke semasa, kita harap dia bertambah matang.. Khalil, saya tak kenal pon dia sebelum ni..
Kita harapkan mereka mengambil contoh Umar Abd Aziz yang juga mewarisi takhta..
Sudahlah GB, sekarang masa utk PRU..
GB takkan puas hati selagi TGHH dan penyokong tidak dicantas habis.. Kalau Nik Abduh menyokong Mat Sabu, mungkin dia senyap je.. Kes Ariffahmi macam mana?
anon 8.49, 8.52.......apa kurangnya anda.......yang juga berburuk sangka terhadap saya.......beranggapan hujah saya hujah picisan...itu satu penghinaan namanya......
nepotisma ke kronisme ke......itu tk ptut timbul jika mampu mnjalankan tanggungjawap yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.....
salah siapa mereka dipilih?.
pemuda pas di takuk mentaliti kuno.
Semasa Prof Aziz Bari mengkritik PAS macam2 tuduhan puak jumud PAS ni mempersendakannya.
Apa kurangnya kritikan GB. Puak jumud yang sama menyerangnya.
Alahai. Dasar pemuda yg masih hisap puting susu lagi layaknya.
hapuskan kronisma dalam UMNO, tiba-tiba dalam kelambu sendiri pun ada... camana tuh...
lepas tuh nak cari alasang oh kronisma dalam pas lain, umno lain.... nak berkahak jer mujur gb dah larang....
betol jgk, kenapa tak mahu lihat kritikan GB dari sudut positif?
Maaf jika kita berbeza pendapat.
Bagi saya tiada istilah kroni di dalam pemilihan ini kerana jawatan tersebut dipilih melalui undian. Jika sesiapa saja mahukan perubahan dalam kepimpinan maka perlu mengubah nilai undian tersebut.Selagi mana undian tersebut bersih maka selagi itu kita perlu terima ia dengan berlapang dada. Mungkin masa akan datang akan lebih banyak ujian kerana akan ramai mahasiswa Mesir yang aktif dalam jemaah PAS akan tamat pengajian. Jadi sebaiknya kita mahu orang yang kita pilih tercalon perlulah kita memastikan undian ia terbanyak. Dan tidak timbul isu ia TGHA atau TGNA atau sesiapa jika undian tersebut memihak kepadanya. Mungkin juga pemuda=pemuda PAS perlu lebih aktif untuk memastikan banyak pilihan untuk memilih pemuda yang layak memegang jawatan dalam Pemuda PAS supaya menambah kematangan dan pro aktif di dalam jemaah PAS. Wallahua'lam.
GB maaf kerana trsasul mngunakan perkataan 'menyalak' ........bukan kerana tk menerima tarbiyah yang baik........sebab manusia walau tahap ulama sekalipun ia tetap ada berbuat kesilapan apatah lgi saya yg kerdil ini....
anon 8.41 "kalaulah hak individu yg dipentingkan daripada kemaslahatan jemaah hancur binasa parti"
Terlalu awal anda menilai?...
Jika seseorang itu mempunyai ciri2 kepimpinan yang baik jemaah tk akan hancur.....belum cuba belum tahu....
Jika ternyata tidak......tidak salah dgantikn dengan yg lain......
sebagaimana UMNO selau memperkatakan PR tak mampu memerintah......sedangkan belum dcuba....adakah anda mahu menerima pendapat sebegitu??....saya rasa tidak !
Pada pendapat saya tidak salah sama ada anak-beranak duduk sekali dalam jemaah yang berjawatan tinggi. Kalau prestasi,kualiti mereka baik, apa salahnya. Kenapa mahu dipersoalkan?
-AzlanShah Samm-
PAS perlu bersih dari nepostima dan kronisma, bukan saja dilihat bersih.
Pada pandangan saya elok jika dua-dua anak pimpinan PAS pusat itu tidak dipilih/dilantik/diangkat kerana ia menimbulkan persepsi yg tidak elok di dalam kehidupan berjemaah.
Kita benci bila baca berita anak mubarak, anak ghaddafi dan lain-lain pemimpin Islam, walaupun berkelayakan, menunggu di dalam barisan kepimpinan menggantikan ayahanda mereka. '
Kini hal yg serupa hendak berlaku dalam PAS.
PEMUDA PAS BELOM MATANG LAGI. TAK MACAM PAS PUSAT
bagi kita memang tak apa, tapi bagi pengundi yang ramai atas pagar akan melihat hal ini sebagai seuatu yang negatif.
patutlah pas kalah memanjang nanti.
Kalau mereka dapat memikul tanggungjawab dan amanah yg diberikan sebaiknya... mereka tetap layak dan patut diberi peluang. Adakah mereka diminta dilahirkan dalam keluarga pemimpin dan dinafikan untuk mereka terlibat memimpin?
Entahla,... isu kronisme dan nepotisme ini amat kabur... , Ia ibarat perkara syubhah yang sentiasa mengundang persepsi negatif daripada mata2 dan telinga2 manusia yg sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan insan yg sememangnya tidak sempurna. Siapalah saya untuk menilai GB,... semoga Allah sentiasa merahmati GB dan mengampunkan salah silap GB dalam setiap isu yg dilontarkan.... Kita bukan insan sempurna.... Hanya Allah Yg Maha Mengetahui....
Jika GB tak setuju kenapa tak diungkit dan dihujahkan semasa pencalonan mula dibuat tempoh hari. Setelah dipilih oleh para perwakilan secara majoriti mutlak baru nak bising-bising. Anda keliharan lebih mendendami mereka dengan berselindung disebalik label nepotisma itu.
Amat berbeza kefungsian dan kelayakan mereka berbanding kenepotismaaan dalam UBN itu. Anda yang mengocak kejernihan dan ketelusan pandangan dan pilihan perwakilan. Jika anda ada anak mengapa tidak disuruh menawarkan diri..? Sebab tak layak ke..?? Jika mereka tak memenohi ciri-ciri kepimpinan peringkat berkenaan itu pasti para perwakilan membuat pilihan yang berbeza. Berhati-hati dengan fikiran dan pena anda.
sebaik-baiknya dua-dua orang itu bertindak letak jawatan.
nanti susah jika berlaku sesuatu masalah, awak buat masalah tapi ayahanda anda berdua yang dapat sengsara juga.
mungkin tiada masalah buat masa ini. tapi bagaimana bila nanti Allah menguji?
lihat seperti kes ariffahmi, sampai tgna yg kena siasat sprm.
Dulu masa hampa nak tendang Asri dari kepimpinan ,hampa kata Asri manjadikan PAS sebagai Parti Asri Sekeluarga. Lepas tu Asri bukan Ulamak sebab tak mengaji agama di Mesir, walaupun dia ditarbiyah di Gunung Semanggol oleh Tuan Guru Abu Bakar Al Bakir sendiri.Sekarang sendiri mau Ingat la.....Jangan menghalalkan sesuatu atas nama Ulamak....
pemerhati said...
bagi kita memang tak apa, tapi bagi pengundi yang ramai atas pagar akan melihat hal ini sebagai seuatu yang negatif.
patutlah pas kalah memanjang nanti.
June 5, 2011 10:14 AM
Saya sokong pendapat diatas 100%
ya betul saya ssokong juga. pas juga masuk pilihanraya. jadi kena lah pertimbangkan persepsi orang atas pagar. x molek anak beranak juga pegang jawatan.
Anak beranak UMNO berebut jawatan sebab nak tibai kekayaan negara. Kalau ada jawatan, senang angkut sebab dapat jampi buka pintu gua ali baba.
Kalau anak beranak beserta dalam perjuangan Islam tanpa ada kepentingan duniawi, itu lah yang dicari.
Dah habis modal ke GB?
sama ada kita suka atau tidak, keputusan pemilihan ini tentuan dari Allah swt.
Awat kita tidak redha dengan apa yang berlaku? Atau kita yang lebih bijak daripada Allah swt?
Awat harus kita berpandangan negatif terhadap pemuda PAS dengan mengelar mereka tu tidak matang? dan adakah kita ni matang dengan menidakkan tentuan Allah swt itu?
Awat semasa kita memberi komen sebegini, kita rasa diri kita ni hebat dan telus serta berintegritikah?
Kita seharusnya terima keputusan ini sebagaimana kita menerima keputusan Pilihraya umum. Kalau depa tu tak cekap dan tidak bagus, kita jangan mengundi depa pada pemilihan akan datang. Bukankah cara ini lebih baik? Ini belum lagi cuba, dah letak satu keputusan yang negatif terhadap kepimpinan Pemuda PAS?
Entahlah sejak akhir-akhir ini, manusia semakin hari semakin tersasar jauh daripada RUKUN IMAN. Depa kata depa akur akan kekuasaan Allah swt tetapi tindak tanduk, hujah dan percakapan depa tu seolah-olah membayangkan sebaliknya.
pas nak menang ke nak kalah?
kalau nak kalah letakler semua ahli keluarga pimpinan pegang jawatan itu ini.
1 Malaysia said...
"sama ada kita suka atau tidak, keputusan pemilihan ini tentuan dari Allah swt.
Awat kita tidak redha dengan apa yang berlaku? Atau kita yang lebih bijak daripada Allah swt?"
Allah juga boleh mengubah keputusan yang ada.
Jika ikutkan pendapat 1Malaysia, teruk dan jahanam, kenapa tak redha sahaja UMNO memerintah? Awat kita tidak redha dengan apa yang berlaku? Atau kita yang lebih bijak daripada Allah swt?
minda kelas ke berapa tu?
antimindaGB said...
Anak beranak UMNO berebut jawatan sebab nak tibai kekayaan negara. Kalau ada jawatan, senang angkut sebab dapat jampi buka pintu gua ali baba.
Kalau anak beranak beserta dalam perjuangan Islam tanpa ada kepentingan duniawi, itu lah yang dicari.
Dah habis modal ke GB?
sikit pun tak der ker kepentingan duniawi ker bertanding dalam pas?
skurang2nya akhi gb ada blog yg telah memperjuangkan kebenaran dan keadilan sekian lama apa tah lagi pada setiap kali pilihanraya, kamu apa ada?
Bro GB, tak payah layan sgt puak2 yg menentang ni, mereka ni saya lihat adalah bekas golongan taksub UG yg memang kuat kronismenya - warisan UMNO.
Catat Ulasan