5 Jun 2011

Failkan Injunksi Halang JPN Keluarkan Kad Pengenalan Untuk Warga Asing

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13.

Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini.

Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu.

Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui “projek IC” pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu.

“Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil ‘unholly alliance’ antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa,” kata usul itu.

Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.

Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut.

Sehubungan itu, usul tersebut mendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagi menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri.

“Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku,” katanya lagi.

Di samping itu, usul tersebut juga mendesak agar Pakatan Rakyat dan PAS memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebagai salah satu tuntutan dalam agenda Bersih 2.0 yang akan diadakan di ibu negara, 9 Julai ini.

Selain usul itu, muktamar kali ini juga membincang dan meluluskan usul berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Usul itu menggesa seluruh rakyat negara ini menyertai himpunan itu.


Himpunan Bersih pertama diadakan pada akhir 2007 menjelang pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa.

Exconya Mohd Sany Hamzan berkata suruhanjaya itu perlu bagi mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu semasa pilihan raya.

“Saya dukacita dengan apa yang Umno lakukan. Mereka terpaksa lakukan pelbagai helah untuk memenangi pilihan raya. Sepatutnya Umno menjadi anak jantan dengan lawan satu dengan satu, bukan dengan melakukan pelbagai helah,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas membahaskan usul itu. Selain itu, beliau juga berkata, isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu besar dan melibatkan keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Isu ini besar. Ia melibatkan isu keselamatan dan kesejahteraan negara, jadi saya minta agar diadakan satu suruhanjaya untuk melihat soal pemberian kad pengenalan ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat masuk campur menangani isu ini

Tambahnya, puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Kami juga ingin menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan JPN mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutama sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.

Kami juga ingin mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku,” katanya. -TMI



Mat Sabu: Belum tentu kita menang lagi di S'gor

Di sebalik pentadbiran yang baik, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih bimbang kejayaan merampas Selangor tidak boleh dipertahankan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat.

"Kita bawa kesejahteraan, guru KAFA gaji tinggi dan sebagainya, tetapi jika dipanggil pilihan raya umum, adakah Pakatan akan terus memerintah selangor?" tanya mohamad sabu kepada perwakilan ketika membentangkan usul menyokong perhimpunan BERSIH untuk mendesak diadakan penambahbaikan peraturan pilihan raya.

Menjawab sendiri soalannya itu, Mohamad mengejutkan perwakilan apabila memberikan jawatan yang dianggap negatif.

"Belum tentu, belum tentu kita boleh menang," katanya.

Dakwanya, ini kerana berlakunya pemindahan pengundi mesra BN ke kawasan kuat Pakatan Rakyat dan melalui taktik pemberian kad pengenalan kepada penduduk tetap.

PAS hari ini mengerahkan anggota dan pemimpinnya untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka untuk pilihan raya bersih dan adil.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara selepas dibentangkan Mohamad.

Mohamad yang aktif dalam penganjuran perhimpunan BERSIH yang pertama pada November 2007, turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Usul yang diluluskan itu turut menggariskan tumpuan untuk menggerakkan semua organ parti serta semua barisan kepemimpinan PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk meluluskan perhimpunan tersebut. -mk


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara lain bagi kerakyatan pada pemegang PhD, kalau tidakpun golongan saintis, doktor, jurutera, peguam, arkitek dan sasterawan. Tetapi pemimpin UMGO beri kerakyatan kepada mereka yang hampir-hampir tidak tahu menulis nama sendiri. Sangat susah untuk menggambarkan tahap kebebalan pemimpin UMGO, kata mahu memajukan negara, tetapi pada masa yang sama melakukan apa pemimpin-pemimpin yang ber IQ rendah lakukan.

whiteorange berkata...

Betul ke gitu beb?

Kalau betul baguslah !!!

Sebab UMNO dah berusaha melahirkan banyak professional Melayu tapi akhirnya menggigit balik orang yang dah berusaha menaikkannya

Kalau gitu bagus jugalah diberikan KP kepada warga asing yang bodoh bodoh agar anak anak mereka nanti boleh jadi pandai dan belajar dimana IPT yang dah dibina BN, hasilnya akan klebih ramai nanti bijak pandai yang akan jadi anjing tersepit

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO nak perbodohkan rakyat