23 Jun 2011

'Datuk T' Didakwa Esok, Hairankah Kita Jika Mereka Dikenakan Hukuman Ringan?

Tiga individu yang secara berkumpulan menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang menggemparkan Malaysia dengan menayangkan rakaman video seks yang kononnya didakwa mirip pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, esok.

'Datuk T - terdiri daripada ahli perniagaan Kedah, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan bekas bendahari agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim - telah menayangkan video tersebut para wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

'Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,' kata Datuk Shazryl, dalam satu khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada laman berita The Malaysian Insider, semalam.

Ditanya sama ada perkara itu benar, Datuk Shazryl mengesahkannya dengan jawapan ringkas: 'Confirm (sah).'

Ketiga-tiga 'Datuk T' itu kemungkinan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Datuk Seri Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), telah menafikan pembabitan beliau sebagai pelaku dalam video seks itu dan membuat laporan polis berhubung dengannya.

Datuk Shazryl pernah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuatnya itu adalah benar dan Datuk Seri Anwar adalah pelaku dalam rakaman video tersebut.

Polis juga telah mengesahkan bahawa rakaman video seks itu, yang kini tersebar luas di Internet, adalah tulen.


Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.

Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

“Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa.

“Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri.

“Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada,” katanya.

Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan.

Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji. -tvsnews


9 ulasan:

mohamad berkata...

memang hukuman tak lebih dari 3000 atau 3 bulan penjara. denda macam memiliki beruk tampa lesen atau tembak babi tanpa lesen

serenity9260 berkata...

hukuman ringan??ringan je kaki aku nih dengar cite nih!!!

Ni best bro!!!
Gempak Aje : Anjing Dengan 4 Kaki Palsu
Gempar Aje : Hacker Vs Hacker : LulzSec Dihack Kumpulan Teampoison
Kontroversi Aje : Israel Meminta Apple Memadamkan Sebuah Aplikasi Iphone Dari Palestin
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

kita tak hairan jika kena hukuman ringan
kita akan hairan jika di kenakan hukuma berat
tapi rasa rasanya hukuman public service je kot...cuci jambang bangunan umno 3 bulan

Tanpa Nama berkata...

Ya..hairan kenapa terlebih lama baru nak dakwa?
Hairan pasal apa Eskay tak di dakwa kerana mengaku ada dlm video tersebut?
Hairan mengapa Eskay tidak menghalang DSAI dari melakukan perkara tersebut semasa berada dalam bilik tersebut? (Amal makruf nahie mungkar).
Hairan mengapa Pihak Polis tak mengumum siapa si-perlaku.

Tanpa Nama berkata...

undang2 DIA yang buat suka hati nenek moyang dia la nak tukar jadi macam mn...kentot orang bole cium..kentot sendiri tu tak sedar...dasar dia rasa RAJA dalam Malaysia ni..tanah jajahan dia...kepala lutut dia berlobang..mana tak suka fitnah orang semata2 nak menjatuhkan maruah orang...kat akhirat nanti tau la balasan depa tu...kecian Datuk Seri Anwar..tabahkan hatimu..kami sentiasa di belakangmu..

Tanpa Nama berkata...

Hukuman cuci jamban Pejabat UMNO ok laa jugak... Aku takut kalau2 dia orang dihukum cuci rumah pelakun video tu... Takut kena sondol kat tuan rumah jer....

Tanpa Nama berkata...

woi serenity9260, hg da lari tajok la musibat. hg bedengung ayaq daun ketom ka or jin n tonik??

Tanpa Nama berkata...

mereka bukan anwar ibrahim, mesti boleh bebas atau ringan saja

Tanpa Nama berkata...

kalau datuk t bersalah jangan di penjarakan,kenakan mereke hukuman tak boleh pakai seluar semasa menyambut hari raya ni.....