9 Mei 2011

Waspada: Ada Harimau Bintang Menyorok Di Jasin, Melaka

Anak harimau bintang mati digilis kenderaan

KEMENDOR - Seekor bangkai haiwan dipercayai anak harimau bintang ditemui mati setelah mukanya digilis kenderaan di Jalan Temelong Kemendor, 300 meter dari Sekolah Menengah Teknik Jasin (SMTJ) di sini, semalam.

Penduduk, Darus Ismail, 56, berkata, ia kejadian pertama kali berlaku di situ dan yakin haiwan berkenaan adalah anak harimau bintang berdasarkan cirinya seperti rosep gelap serta berbintik dan warna kulit lebih cerah di bawah.

Menurutnya, anak harimau bintang itu tersesat sebelum dilanggar kenderaan.

“Sebelum ini, saya tidak pernah terdengar kawasan di sini yang dikelilingi hutan terdapat harimau bintang.

“Terkejut juga apabila menjumpai anak harimau bintang ini,” katanya.

Menurutnya lagi, peneroka dan pekerja ladang di situ perlu berhati-hati dan berwaspada kerana tidak mustahil ibu haiwan berkenaan juga berada di kawasan berhampiran. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesiannya. Tak dapek nak tolong. Sbb ambo pun selalu terserempak dgn binatang2 lain spr babi hutan, biawak & monyet melintas esp di kawasan2 hutan yg dah diteroka dgn bangunan utk burung walit.

Alhamdulillah setakat ni lum terlanggar sbb bawa keta tak laju.

Ibn Aris berkata...

Itu spesis kucing batu daa.. bukan anak harimau.. kat kampung kawan, dah tak terkira yang jadi korban jalan raya.. kucing nie mmg nampak maacm harimau bintang.. sesekali tu luangkanlah masa bawa anak2 pegi zoo..