Pasukan Smart Sertai Gerakan Mencari Nur Syaza Di Ulu Bendul
Gambar: Belum putus asa: Wan Azleela Wan Abdullah (depan) menyertai gerakan mencari mayat anak bongsunya, Nurshaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang lemas dalam kejadian fenomena 'kepala air' di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat Kuala Pilah, Selasa lalu. - Foto Owee Ah Chun
KUALA PILAH: Gerakan mencari Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini Selasa lepas, diteruskan pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba berkata gerakan itu kini melibatkan 140 anggota pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) serta unit anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Gerakan mencari ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan pencarian hari ini dilakukan bermula dari tempat mangsa hanyut di hutan lipur itu sehingga sejauh kira-kira 6 kilometer menyusuri sungai," katanya ketika dihubungi.
Katanya usaha mencari turut dilakukan dengan mengorek kawasan berpasir di tebing sungai untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Nur Syaza Sakinah bersama dua kakaknya, Nur Syaza Alisa,5, dan Nur Syaza Azira, 3, hanyut dibawa arus deras atau fenomena 'kepala air' ketika sedang mandi di kawasan perkelahan tersebut.
Bapa tiga beradik berkenaan, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19, sempat diselamatkan oleh orang ramai.
Mayat Nur Syaza Alisa dan Nur Syaza Azira ditemui Rabu lepas. -BERNAMA
Gambar: Belum putus asa: Wan Azleela Wan Abdullah (depan) menyertai gerakan mencari mayat anak bongsunya, Nurshaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang lemas dalam kejadian fenomena 'kepala air' di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat Kuala Pilah, Selasa lalu. - Foto Owee Ah Chun
KUALA PILAH: Gerakan mencari Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini Selasa lepas, diteruskan pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba berkata gerakan itu kini melibatkan 140 anggota pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) serta unit anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Gerakan mencari ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan pencarian hari ini dilakukan bermula dari tempat mangsa hanyut di hutan lipur itu sehingga sejauh kira-kira 6 kilometer menyusuri sungai," katanya ketika dihubungi.
Katanya usaha mencari turut dilakukan dengan mengorek kawasan berpasir di tebing sungai untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Nur Syaza Sakinah bersama dua kakaknya, Nur Syaza Alisa,5, dan Nur Syaza Azira, 3, hanyut dibawa arus deras atau fenomena 'kepala air' ketika sedang mandi di kawasan perkelahan tersebut.
Bapa tiga beradik berkenaan, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19, sempat diselamatkan oleh orang ramai.
Mayat Nur Syaza Alisa dan Nur Syaza Azira ditemui Rabu lepas. -BERNAMA
Ibu ‘keringkan hati’ cari jasad anak dalam sungai
TABAH...Wan Azleela menenangkan anak sulungnya Mohd Adib Norazman.
KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.
Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.
Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.
Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.
“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.
“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.
Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.
“Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.
“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.
“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah. -hm
8 ulasan:
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Read more at: Doa Buat Ibu Bapa.. http://sepaku.net/nur-addin/5829-doa-buat-ibu-bapa.html#ixzz1LqBhKpqM
sayu hati bile tgk si ibu bersungguh2 mencari anak prmpuan yang ketiga yg masih belum ditemui tu... setiap perkara yg berlaku adalah atas izin Allah S.W.T...kepada si ibu, tabahkanlah hati...tapi, sy sendiri yang mengikuti sorotan berita mengenai tragedi ini berasa tersangat geram melihat reaksi si bapa seolah tiada apa berlaku..jika diikut pemikiran yg logik, kenapa si bapa bawa anak2 tu mandi di bahagian atas????? sedangkan masa tu langit da gelap...org ramai sudah beransur balik...mmg tak patut nk persoalkan apa yg da berlaku,,,tp semua org di luar sana, beringatla....jadikan ni sbg iktibar...anak kecil yg berusia 2,3,5 tak sesuai nk dibawa ke tempat mcm tu melainkan ada kawalan sepenuhnya dari ibubapa....
saya nie pakcik kepada tiga beradik, adiksepupu kepada kak lela. untuk pengetahuan umum bapa kepada tiga beranak yang lemas. masa kejadian bapanya tiada di sana, dia berada didalam kereta bersama kekasihnya bercumbuan.anak-anak di biarkan mandi bersendirian.apabila anakhanyut barulah dia terjun. kenapakekasihnya tiada apa-apa jika mereka mandisekali.
bersyukurlah dgn apa yg berlaku,jgn nak menuding jari pada apa yg kita tak nampk,,,,setiap kejadian ada hikmahnya,,kira 2 tahun sudah anak buah saya pn pergi mengadap ilahi serentak,,memg susah nak diterima,,tpi dah 2 lah penyebab kematianya,,kita kena reda,,,dlm kes ni,,,jgn la kita nk menyalahkan,,sesama keluarga,,,benda dah terjadi,,,dicegah mcm mna pn tetap kan berlaku ,,,,dah ajal,,,kat tikar sembayang pn tetap kan pergi,,,,musibah yg berlaku,,,akan dijadikan ingatan pada sesiapa yg dtg kesini(ub),,,setidaknya tidak akan berlaku perkara yang mungkar,,pada pn aziela teruskan misi,,,,beristagfar byk2,,,semoga allah berikan petunjuk,,,dimana nursyaza kini,,,,,,alfatihah,,,,amin,,
Haih....sedihnya .....sedih sgt2.aku juga seorg ibu....mmg ajal tu x kemana....walau di tikar sejadah sekalipun....apa yg kita semua tahu dan lihat, mengapa harus bapa itu pergi bersama wanita lain? Ini bukan nak menuding jari atau apa.....dr situ kita boleh lihat.... Haih..... Anak2 yg tidak berdosa......ingatla apa saja yg kita lakukan baik atau buruk......manusia sesama sndiri mungkin boleh sorokkan/rahsiakan/elakkan tapi bukan dengan ALLAH swt. Kita tidak akan terlepas.... Hari ni selamat, esok mungkin selamat,lusa ? Tulat? Kita tahu ker apa nak berlaku? Nauzubillah.....astagfirullah........
Utk semua forumers yg berkenaan, kenapa menunding jari kepada sesuatu yg tidak pasti? adakah en.mohamad azizul berada disana ketika kejadian? Begitu senang mengeluarkan kata2 mencerca sepupu saya.. jika saudara hanya mendengar cerita lebih diam drpd menulis begini & mengaibkan org lain.. itu adalah satu fitnah..pihak kami juga blh mengambil tindakan kerana pihak sebelah saudara telah byk menulis sesuatu yg memalukan pihak keluarga.. namun yg penting skrg ini bg kami, pencarian adik Sakinah perlu diteruskan.. kpd en.mohamad azizul, syabas & terima kasih kerana menulis sesuatu yg tidak pasti sahihnya & menimbulkan fitnah kpd sepupu saya.
saya yang tak kenal dengan mangsa pun dapat rasakan kesedihannya. sudah ajalnya di ambil Allah. orang2 tidak boleh menuding jari kepada ssiapa. tiada seorang pun yang mintak kejadian macam ni berlaku. kita tak nampak apa yang berlaku. cukuplah salahkan bapanya, sudah lah kehilangan 3 org anak sekali, lagi dipersalahkan orang ramai. cba anda berada di tempatnya. ibunya tabahkan lah hati, smua yang berlaku ada hikmahnya dan atas keizinan Allah. jangan tangisi lagi kepergiannya krna anak2 kecil itu sedang bergembira dn mreka akan ditempatkn di dalam syurga. inshaAllah. smoga menjadi pringatan buat kita semua.
tragedi ni memang menyedihkan.... semoga ibubapa dan saudara mara kanak2 ini tabah menghadapinya.. anak2 ini ahli syurga... tapi punca kejadian ini perlu kita ketahui dan dikhabarkan pada org ramai agar lebih berhati2.... Ulu Bendul setahu saya adalah tempat perkelahan yang selamat... di hulu mana ada kolam besar yg boleh menakungkan air dlm qtt yg banyak? Kok ujan sekalipun X pernah berlaku fenomina kepala air.... jadi pihak berwajib perlu telus jika ada yg tersalindung... ni soal nyawa... sbb setiap hujung minggu Ulu Bendul jadi lokasi tumpuan....
Catat Ulasan