14 Mei 2011

[Video] Pengedar Video Seks Fitnah Bakal Ditimpa Bahana - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya sebagai pelaku dalam video seks, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka," kata Nik Aziz.

Pertengah Mac lalu, 'Datuk T' merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab menayangkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan terpilih.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan mengaibkan itu tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan video seks itu ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata pihak yang mengedar video itu melakukan kesalahan yang serius dan akan menerima bahana kelak.

Sehingga hari ini, video tersebut bukan sahaja tersebar luas di Internet tetapi turut diagihkan dari rumah ke rumah.

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat laporan polis berhubung pengedaran video seks tersebut secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai pihak meragui keabsahan video ini sehingga memaksa Eskay membuat sumpah laknat disebuah masjid di Kuala Lumpur.

Namun sumpah laknat itu sekali lagi dikritik banyak pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun PDRM berpandangan tiada keperluan identiti video tersebut didedahkan. -tvsnews



Terbaru

Video seks: Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “berkata benar walaupun pahit” berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang “ternama.”

“Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

“Jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya dipetik media hari ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang di sini, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan ‘tak masuk syurga tuduh Anwar’ terbabit dalam video seks berkenaan.

Dipetik Bernama, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata: “(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah.

“Dia menjawab lebih kepada bahasa politik, bukan kepada hukum,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kota Baru semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” katanya.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi. -TMI

Ulasan GB

Jika demikian, bererti Muhyiddin seolah-olah TURUT BERSEKONGKOL untuk menyatakan bahawa pelaku di dalam video seks itu adalah Anwar.

Alangkan Eskay sendiri SUDAH MENAFIKAN yang beliau membuat tuduhan ke atas Anwar, pihak polis dan Muhyiddin nampaknya masih beriya-iya nak menyatakan Anwarlah pelaku di dalam video seks berkenaan.

Meminjam kata-kata TGNA, "pihak berkenaan akan menerima bahana nanti".


8 ulasan:

RynaHakimi berkata...

Semoga Allah swt melindungi DSAI dan keluarga beliau..InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Dan semoga Allah melaknat mereka2 yang terlibat dan meneruskan agenda fitnah ni secepatnya.

1 Malaysia berkata...

Inilah bezanya antara mukmin dan fasikun.
Inilah beza antara "Melayu" dan Islam.
Mungkin Che Din ni fikir dia ialah Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, maka dia boleh merumuskan bahawa nasihat TGNA sebagai cakap-cakap politik. Inilah antara 72 golongan orang Islam yang akan masuk neraka. Bertutur tidak mengikut sunnah dan suka mengikut kata hati yang fasik aja.
Orang Islam yang akan masuk syurga Allah swt ialah orang Islam yang tegas akan ajaran suci Islam, akur dengan nasihat Nabi Muhammad saw dan "TEGAS" (orang UMNO kata ekstrem) bila berbicara akan Islam.
Allahuakhbar. Hidup Tok Guru.

Tanpa Nama berkata...

tiada siapapun dapat menentukan kemana kita berakhir, ke syurga atau ke neraka. semua itu adalah dalam ilmu Allah yang bersifat ghaib. tidak semestinya yang kafir itu tentu masuk neraka kerana mungkin sebelum mati beliau sempat mentauhidkan allah dan mati dalam keadaan bersih. tidak mestinya juga orang yang wara itu terus ke syurga kerana tidak diketahui apakah kewarakannya itu benar-benar ikhlas atau bercampur dengan tujuan lain. atau menjadi terpaling ketaatannya seperti berlaku pada azazil. nauzubillah. pokoknya hanya Allah sahaja yang mengetahui. jangan lah kita sebagai hamba mendahului ilmu Allah. soal anwar buat atau tidak, boleh di siasat dan dibuat pemeriksaan. perkara menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, adalah hak Allah yang menentukannya. kita doakan agar tuan guru nik aziz diberi petunjuk dan kejernihan fikiran. insyaallah

Tanpa Nama berkata...

anonymous...patutlah umNO tak takut buat dosa, jadi Al quran tu letak kat mana.oh yah pejuang melayu mana kenal AL Quran sebab Al quran rujukan/kitab orang2 Islam. Melayu mana ada kan...Hnan

Tanpa Nama berkata...

oh yah anonymous 3.38 AM lupa pula orang melayu kitab nya sumber rujukannya kitab lord reid dan kini ada penasihat lagi apco yahudi tu...hnan

Tanpa Nama berkata...

janji ALLAH tetap berlaku jangan kita ambil mudah dengan amaran ALLAHSWT dengan andaian yang boleh membawa kita lalai dari setiasa mengingati ALLAHSWT.

Tanpa Nama berkata...

anonymous...patutlah umNO tak takut buat dosa, jadi Al quran tu letak kat mana.oh yah pejuang melayu mana kenal AL Quran sebab Al quran rujukan/kitab orang2 Islam. Melayu mana ada kan...Hnan

SIAPA YANG BERCAKAP TENTANG UMNO? INILAH KELEMAHAN ORANG KITA. TERLAKU MUDAH MELEBELKAN SAMADA DARI UMNO ATAU PAS. SIKAP SEPERTI ITU CUMA MENCARI PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN SESAMA SENDIRI DAN AKHIRNYA KEDUA PIHAK AKAN RUGI LALU PIHAK LAIN YANG MENANGGUK UNTUNG.