PAS kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.
Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.
"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.
"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.
"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.
Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.
Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Terlalu singkat
Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.
"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.
Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.
"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.
"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.
Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.
PAS saja 100 ribu
Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.
"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.
Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.
Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut. -mk

Bersih rally: PAS promises 100,000 supporters
KUALA LUMPUR: PAS has pledged its support and 100,000 supporters for the polls watchdog Bersih 2.0′s rally, dubbed the “Walk for Democracy.”
This was announced by PAS central committee member Mohamad Sabu and Kuala Krai MP Dr Hatta Ramli at a press conference here this afternoon.
“We will mobilise 100,000 members and supporters from PAS alone,” said Sabu who is eyeing the party’s number two post.
He revealed that the rally would be held on July 9 at 2 pm in Kuala Lumpur.
Asked on the motive behind the rally, Hatta said the government had not agreed to the demands made in the first rally four years ago.
“The Election Commission is trying to curb us. The government also doesn’t know how to differentiate whether an action constitutes bribery,” he added.
In 2007, Bersih, which is made up of more than 60 NGOs, demanded for the use of indelible ink, registered voters roll clean-up, abolition of postal votes and access to the government-controlled print and broadcast media for opposition parties.
This time around, the Bersih 2.0 rally would see an addition of two more demands.
One was to end the misuse of government machinery as seen during the various by-elections and the recently concluded Sarawak state election.
“People get confused on whether the programmes are coming from political parties or the government,” said Sabu.
The second demand concerned the use of certain laws such as the Official Secrets Act and Internal Security Act for electoral advantage. -FMT
22 ulasan:
Janganlah Anwar atau PKR yang ketuai BERSIH kali ini. Selagi PKR tidak bersihkan pemilihan dulu, selagi itulah penyokong PR dan pembenci BN tidak akan percaya akan kebersihan PKR. Jangan lah menjadikan BERSIH seperti sesuatu agenda hiprokrit jika Anwar yang tidak bersih dalam pemilihan partinya, pula memperjuangkan untuk pilihanraya yang bersih.
Jangan terkejut jika BERSIH kali ini tidak mendapat sokongan seperti BERSIH yang lalu kecuali lah Anwar berbuat sesuatu terhadap pemilihan PKR terlebih dahulu, atau Anwar dan Azmin tidak kelihatan semasa perhimpunan nanti.
Penyokong dan ahli PAS mungkin tidak peduli perihal ini, tetapi para reformis yang bukan ahli PAS yang gigih berjuang di jalanan selama ini merasa sungguh tertipu dengan tindak tanduk Anwar dan Azmin.
Saya sendiri tidak akan turut sama jika Anwar atau Azmin turut terlibat nanti. Dan saya bukan keseorangan dalam hal ini.
sokong 100% PAS semakin maju kehadapan
Pas makin menunjuk belang sebagai pemimpin, TAHNIAH
Himpun hingga jadi 1 juta orang, kami sokong penuh usaha menafikan penipuan UMNO dan SPR
SPR benar-benar penipu dibawah kepimpinan najib
Tumbangkan BN dan Tumbangkan SPR barua UMNO
Jom kita turun ramai-ramai menentang penipuan besar SPR dengan BN
Sama sama kita sokong usaha gigih PAS menentang penipuan daftar undi oleh SPR, dah lama kita kena tipu dengan undi POS
Ini baru mat Sabu, sapu BERSIH UMNO dan puak UG
sapu BERSIH pencacai UMNO dan kroninya
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH MAT SABU DAN PAS
tumbangkan BN raja penaik segalanya termasuk harga minyak, barang dan SPR yang gila kuasa
sapu BERSIH UMNO dan BN yang dah jadi sampah masyarakat dan rakyat
Jangan percaya fitnah jahat barua UMNO, yang berlakon Pakatan Rakyat, insyaallah berjaya
Dah lama tak dengar suara-suara pemimpin keramat, terus berjuang, biar sampai sapu BERSIH
kami sokong usaha MAT SABU, SPR dan UMNO musuh utama rakyat, dak banyak kesusahan rakyat alami, HIDUP MAT SABU
ini baru Mat Sabu yang pemuda-pemuda malaysia kenali, dah lama sepi, ini baru berjuang
kita sama-sama sokong, jom berhimpun
SPR penipu rakyat yang jadi dalang UMNO, tumbangkan BN
sama-sama sokong BERSIH
Selamat berhimpun pemuda negara
Harapkan lebih ramai pelajar Universiti ambil bahagian, dah ramai siswazah menganggur
Catat Ulasan