Suspek bunuh tunang mati minum racun
Gambar: KARIMAH bersama tunangnya, Shahimi.
KANGAR: Pekerja stesen minyak, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam tunangnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi kelmarin sudah merancang untuk memutuskan ikatan itu seminggu lalu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan panas baran tunangnya.
Kakak sulung mangsa, Yuhasmi, 48, berkata arwah menghubunginya hujung bulan lalu menyatakan hasrat memutuskan pertunangan sejak Oktober 2010 dengan lelaki berusia 40 tahun berkenaan, namun tidak sempat pulang ke kampungnya di Chuping, di sini untuk membincangkan perkara itu.
“Saya minta Karimah balik ke kampung untuk berbincang dan melakukan secara beradab berhubung hasrat memutuskan tali pertunangan, namun tidak sempat pulang selepas ditemui mati akibat ditikam bertubi-tubi tunangnya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, di sini, semalam.
Jenazah Karimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bawah Bukit, Chuping, jam 11 malam kelmarin.
Arwah yang mempunyai dua anak, Nursyabila Maslan, 7, dan Harith Iskandar, 5, hasil perkongsian dengan bekas suami, Maslan Mad Deris, dijangka melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 31 Ogos ini.
Sementara itu, anak saudara mangsa, Syakinah Bahaudin, 20, berkata tunang arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya setengah jam selepas membunuh ibu saudaranya.
"Saya tidak mengetahui sama ada tunang berkenaan menjadi cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan ke Bukit Mertajam untuk berjumpa arwah," katanya.
Di BUKIT MERTAJAM, suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, meninggal dunia, malam kelmarin.
Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat.
Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam. -BH
Ulasan GB
Apabila diri dibiarkan menjadi kuda tunganggan nafsu dan membiarkan syaitan mengusai diri, serta jauh pula dari nilai keluhuran untuk menghubungkan diri dengan Tuhan, maka demikianlah jadinya.
Semuga Allah mengampunkannya dan menjauhkan kita dari terkena "malapetaka" yang serupa.

2 ulasan:
Saya ne pun kuat cemburu dan panas baran sebab boypren saya dahulunya pena curang dan suka nengok filem lucah tapi syukurlah lepas 8 tahun skung dia dah matang & rajin solat...syukurlah berkat kuat cemburu dan panas baran saya ne dia dah tak jadi dayus! anyway kalau nak marah pun gunalah CARA PSIKOLOGI jangan pula sampai cam ne...skung kami cuma hitung hari nak nikah yeaa worth it!
Imam Al-‘Aini berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
beb.. mesia nie dah jadi caca marba beb.. bunuh diri dan membunuh sudey jadi perkare biase.. bilamana islam tu dah jadi cem indah kabar dari rupe.. yg bertanggungjawab dalam hal ini .. adelah pemerintah dan para2 saudagar2 agama beb.. tanye pade mufti dan segala ulama2 umno.. kah kah kah.. tanpe mereke.. lebey aman mesia nie beb.. tanpe mereke.. akhlak anak mude lebey terjamin beb.. dan tanpe mereke, negare lebey sejahtere dan berkebajikan.. cube kite bertanye pade rumput yg bergoyang.. kah kah kah
Catat Ulasan