6 Mei 2011

Rencana Jahat Najib Gunakan "Apa Saja Senjata" Untuk Rampas Selangor

Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno

SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Berucap pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam Najib (gambar) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap ahli Umno negeri tanpa mengira usia.

“Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).

“Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan,” katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.

“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.

“Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan,” katanya. -TMI

Ulasan GB

warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka - kata Najib.

Terdedah juga akhirnya.

Jika demikianlah prinsip Najib, maka tidak salah untuk PR berkata jatuhkan Najib & UMNO Bn dan rampas Putrajaya dengan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka?

What goes round turns around!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selangor akan kembali kpa BN insyaAllah.. rakyat Selangor dah sedar dari tido.

Tanpa Nama berkata...

TAKKAN BARUA2 UMNO DAN RAKYAT MALAYSIA TAK FAHAM2 LAGI???najib sendiri bagitau kat kita semua umno sanggup lakukan apa saja semata mata demi kuasa... nampaknya memang betullah anwar kena fitnah lagi... tok guru nik aziz pun umno boleh fitnah apatah lagi pemimpin pakatan yang lain...silap2 hari bulan dengan rakyat2 sekali umno fitnah... la ni umno dok pekena rakyat ja abih semua naik.. harga minyak dunia turun tapi di malaysia naik pulak.. padahal malaysia pengeluar minyak, tak ke pelik tu???

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu dipertahankan sambil pada masa pilihan raya akan datang dapat merampas kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai BN. Jika BN memerintah lagi, rakyat akan merana dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.