Petaling Jaya: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata setakat hari ini tiada calon yang menarik diri daripada bertanding jawatan masing-masing dalam Muktamar Tahunan ke-57 kali ini.
Beliau yang dihubungi FMT mengesahkan perkara itu manakala kertas undi telah dicetak mulai hari ini.
Menurut Abdul Halim, masih terlalu awal untuk menjangkakan mana-mana calon yang akan menarik diri memandangkan mereka masih boleh berbuat demikian ketika mesyuarat Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bermula pada 1 Jun ini.
Mesyuarat Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan bermula pada 1 dan 2 Jun ini masing-masing di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Dewan SUK, Shah Alam.
Manakala bagi menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, perwakilan akan membuang undi pada 3 Jun dan pengumuman calon yang menang pada 4 Jun di Pusat Tarbiyah Taman Melewar, Gombak.
Abdul Halim menegaskan bahawa mana-mana calon yang menarik diri perlu memberi jawapan rasmi secara bertulis kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai olehnya.
“Tiada calon yang menarik diri buat masa ini, walaupun kertas undi sudah dicetak bermula hari ini. Tapi mereka masih boleh berbuat demikian ketika mesyuarat berakhir pada 2 Jun ini…..tapi itu terpulang kepada calon.
“Tapi perlu diingatkan bahawa mana-mana calon yang ingin menarik diri perlu memberi jawapan rasmi secara bertulis kepada saya.
Maka pihak Jawatankuasa Pemilihan akan umum calon yang tarik diri dalam muktamar dewan masing-masing sebelum pengundian oleh perwakilan dijalankan.
“Walaupun kertas sudah dicetak dan tertera nama calon yang menarik diri, pihak Jawatankuasa akan memberi taklimat kepada para perwakilan sebelum mereka membuat pengundian. Maka tidak akan wujud undi ke atas calon yang sudah menarik diri itu,” katanya.
Surat rasmi
Semalam melalui sidang medianya di Ibu Pejabat PAS, Abdul Halim mengingatkan calon yang ingin menarik diri di saat akhir perlu mengemukakan surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan dan bukannya melalui kenyataan secara terbuka atau melalui media.
Menurut Abdul Halim, seramai 30 petugas akan membantu perjalanan muktamar yang dijadualkan diadakan 1 hingga 5 Jun ini.
Tiga orang petugas akan bertanggungjawab mengetuai setiap mesyuarat dewan muktamar yang diadakan pada hari tersebut.
Muktamar pada kali ini juga membabitkan 750 orang perwakilan daripada Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama’ manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat terdiri daripada 1,100 perwakilan. -FMT

5 ulasan:
yang saya hairan, kenapa Datuk T (Datuk tuan Ibrahim) sanggup bertanding untuk jawatan no 2 sedangkan Ustadz Nasha juga seorang ulamak.
Mengapa terpaksa mendengar desakan orang lain sdgkan Datuk T pada awalnya telah mengumumkan tidak bertanding utk jawatan no.2 itu?
Saya khuatir satu hari nanti nasib Ust Nasha pula akan menimpa Datuk T dimana orang lain pula dihasut dan disesak untuk bertanding melanwan Datuk T.
Anon 11:37,
Itu menggambarkan bagaimana celarunya pas selepas serangan ugv (virus ug). Pas masih belum sembuh sepenuhnya dari serangan tersebut walaupun pelbagai usaha diikhtiarkan serta pengumuman oleh doktor pakar mengatakan ugv sudah dihapuskan. Ramai yang percaya dengan perakuan doktor pakar tersebut sehingga bermatian mempertahankan bahawa ugv sudah tiada lagi. Batuk2 masih berlaku sejak awal pencalonan sehingga kahak ugv masih membiru.
Nasha patut tarik diri
Apa yang nak dihairankan tentang tiada siapa yang tarik diri. Yang patut kita hairan ialah kenapa senarai calon itu terlalu sedikit. Kalau diberi peluang rasanya ramai lagi ahli pas puak erdogen nak bertanding merebut jawatan. Tambahan pula sebelum PRU13, sudah terbayang-bayang dimata untuk memegang jawatan kabinet sebagaimmana janji palsu Anwar....
Anon 1:18,
Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan tuduh sembarangan. Apa kurang dengan tiga pemimpin yang tiga kepimpinan yang bergelap dengan paklah dulu, tiada jawatankah yang ditagih? Tagih maa. Berdiam lebih baik dari bercakap tanpa fakta/maklumat. Kesian kat ko, suka telan bulat2 apa yang pimpinan suap kat hang.
Catat Ulasan