15 Mei 2011

Ibrahim Ali Wakili Melayu Mana?

Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu, kata Hishammuddin

Hishammuddin Hussein merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi

SUNGAI BESAR, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

“Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

“Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan,” kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini.

Oleh itu kata Hishammuddin, “biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili.”

Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini.

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika “anda semua” menjadikannya berpengaruh.

Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan.

“... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah,” kata Hishammuddin. -TMI

Ulasan GB

Nampaknya perjuangan PERKASA dan Ibrahim Ali ditolak oleh UMNO.

Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Tun Hussein menyatakan suara Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini.

Jadi, Ibrahim mewakili Melayu mana?

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tangkap ajelah, letakkan di bawah ISA. Buat apa cakap putar sana sini?

Tanpa Nama berkata...

adakah hanya mewakili melayu UMNO saja?

Tanpa Nama berkata...

GB ..GB
brahim tu wakil melayu katak
ada sekor lagi kat kulim.

Tanpa Nama berkata...

Wakil Melayu Yang Dah Layu...Tunggu Kena Bakor Je..

melor45 berkata...

Ini contoh Melayu UMNOAPCO yang Munafik,berjanji dia mungkir,diberi amanah dia khianat,bila berkecek pelawok sokmo.Suku sakat penjual daging nak membela Isle.Ghi mapoh la mung Brahim, puak bahlol dan tonggong aje yang dok ikut punggung mu.Tak ingat ke memo dari Allah apabila mu kena Stroke.

Tanpa Nama berkata...

Si Katak nie...mewakili Melayu ciptaan UMNO....melayu-melayu yg bodoh serta sering diperbodohkan oleh pemimpinan...inilah dinamakan melayu Ahli UMNO bawahan yg sedia ada bodoh kerana sering diperbodohkan oleh pemimpinnya yg sedia ada Bangang.

Tanpa Nama berkata...

Brahim Katak ni mewakili Melayu songkok tinggi.Mahaguru dia Mahathir Kutty dan Melayu yang dia wakili adalah UMNOputra dikampong-kampong dan diFELDA yang sudah dicucuk hidung.Tunggu apa lagi,tangkap aje Katak ni bawah ISA sebab menyusahkan umat.Dia ingat ini Zaman Perang Salib ke?

Tanpa Nama berkata...

Nak Perang Salib Macam Mana...Sendiri Pun Tak Betul...Bukan Perang Salib Islam Den Kristian..Tapi Perang Keris Melayu Dengan Kristian....Gua Kenal Sangat Siapa Itu Ibrahim Ali

1 Malaysia berkata...

Awat Melayu pun ada jihad juga? AKU dok ingat dalam Islam saja ada jihad.

Lang berkata...

ni namanya main tarik tali antara umporna dan perkosa

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim Ali mengajak perang jihad terhadap kristian... tak minat.
Kalo mengajak perang keatas bapok2 rasuah... sokong 100%.

Kerajaan Arab risau rakyat berlainan fahaman akan merusuh.
Kerajaan Malaysia risau rakyat berlainan agama tak rusuh-rusuh.

Raja Arab takut rakyat merusuh kerajaan hilang kuasa.
UMNO Malaysia takut hilang kuasa kalo rakyat tak merusuh.

Raja Arab takut kekayaan negara jatuh ke kuasa asing.
Raja Umno takut kekayaan negara tak lagi masuk ke poket.

.... UMNO dah start balik taktik mengucar-kacirkan negara seperti bakar gereja, memijak pala lembu, bermain dengan pala khinzir, WASPADA!!!....
Baru faham kenapa katak-katak diletak diluar pagar sebagai wakil bebas, rupa-rupanya talibarut diperanankan jadi batu api.

Tanpa Nama berkata...

jangan laa pi bako dia...cian kat madey...penat dan susah payah dia cari macai korang suka2 jer nak bako...bistu sape lak nak wat keje2 suruhan madey nanti...

p/s : dia ni mewakili melayu perkasa dan mamak kutty....ekekeke....

Tanpa Nama berkata...

Hi Anon 2:18AM

Bravo, Good comment

-fread-