Ustaz Nasha lebih layak
Pas akan terus memilih calon yang berpengetahuan luas dalam agama serta memiliki ketokohan ulama bagi memegang jawatan nombor dua parti itu kerana ia adalah dasar tidak bertulis yang diamalkan mereka.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Attory Hussain berkata, perkara itu dilihat kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipegang golongan ulama, bukan golongan profesional sejak parti ditubuhkan.
“Bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden kali ini, gandingan antara Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa (gambar) lebih serasi, berbanding Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, ketokohan dan kewibawaan calon menjadi faktor utama yang menjamin kemenangan.
“Jika kita lihat, ramai calon kegemaran adalah calon yang petah berhujah, sebaliknya, latar belakang pendidikan tidak begitu diberi perhatian. Namun, pada satu sudut, faktor kewibawaan menjadi pilihan pengundi.
“Selain itu, faktor politik juga perlu diambil kira terutama melibatkan isu yang dialami Pas sekarang dan sejauh mana ia dapat diselesaikan melalui pendekatan yang diambil calon,” katanya.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang terkenal lantang dan popular di akar umbi mendapat pencalonan terbanyak iaitu 70 manakala Nasharuddin yang akan mempertahankan jawatan disandangnya hanya memperoleh 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan yang bermesyuarat.
Selain dua tokoh terbabit, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 17 pencalonan walaupun pernah membuat kenyataan terbuka tidak mahu bertanding jawatan nombor dua itu.
Pas memiliki 179 kawasan seluruh negara dan hampir 80 peratus kawasan telah selesai bermesyuarat dan memutuskan calon pilihan masing-masing.
Ahmad Attory berkata, jika diukur dari sudut kewibawaan antara dua calon bagi jawatan Timbalan Presiden sudah tentu pe-nyandang jawatan itu memiliki ciri-ciri ketokohan yang disenangi ramai.
“Walaupun Mohamad lebih menonjol, lebih petah berkata-kata dan mendapat pencalonan mengatasi Nasharuddin, kita percaya, Pas tetap akan mengekalkan tradisi mereka, iaitu mengekalkan kepimpinan ulama.
“Bagaimanapun, amalan demokrasi yang diamalkan parti itu dipercayai tidak akan membatalkan kemenangan calon yang menang, sekali gus merangkul undi paling banyak,” katanya. -SH
Ulasan GB
GB tak payah ulas banyak-banyak, tetapi semua orang tahu Dr Ahmad Attory Hussain dan Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian adalah pengulas-pengulas politik yang selama ini condong kepada UMNO.
Apabila mereka beriya-iya menonjolkan Ustaz Nasharuddin, semacam ada udang di sebalik mee.
GB pernah berkesempatan berada bersama beliau di satu ketika (semasa di salah satu PRK) dan GB dapat melihat bahawa Ustadz Nasha sememangnya rapat dengan pihak media (baca wartawan pro-UMNO).
Justeru itu tidak hairan liputan (samada jujur atau pun tidak) untuk Ustadz Nasha di media massa pro-UMNO, lebih banyak berbanding dengan pimpinan PAS yang lain. Ustaz Nasya akan menjawab apa juga soalan dari pihak wartawan ketika itu.
GB yang duduk bersebelahan dengannya agak kurang selesa jugaklah semasa itu, mujur Datuk Mahfuz Omar yang turut ada bersama, tak berapa nak layan soalan wartawan-wartawan berkenaan dengan menyatakan "No komen buat masa ini, saya baru sampai."
Pertandingan untuk jawatan nombor dua dalam parti sempena muktamar kali ini sememangnya dialu-alukan sebagai "meraikan demokrasi" dalam parti.
Dan pertandingan memang sengit. Dari segi pencalonan, Kelantan, kecuali Bachok nampaknya bulat calonkan Mohd Sabu, tetapi Terengganu bulat calonkan Ust Nasha. Semacam ada pattern dan patent. GB tak tolak faktor UG, (walaupun dah dikuburkan kata sesetengah pihak) masih berperanan di dalam menentukan pencalonan dan pemilihan. Negeri-negeri lain bercampur-campur. Tetapi lebih banyak condong kepada Mohd Sabu, terutama yang anti-UG.
Dan keputusan muktamad adalah di tangan perwakilan nanti.
Hubaya-hubaya!

No 2 PAS: Ulama penentu kemenangan, kata penganalisis
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Walaupun ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu mendahului senarai pencalonan bagi jawatan nombor dua parti itu, namun ia bukan petanda pemimpin itu boleh “merampas” kedudukan tersebut.
Ini kerana jelas beberapa penganalisis politik, faktor ulama dan golongan profesional adalah penentu kepada kemenangan mana-mana pemimpin PAS yang bertanding bagi jawatan dalam parti Islam itu.
Malahan mereka juga tidak menolak kemungkinan penyandang Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan terus mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Jun ini.
Setakat hujung minggu lalu The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu” sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.
PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara dan hampir 80 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing.
Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.
Menurut pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, jumlah pencalonan yang diterima Mohamad tidak boleh dijadikan ukuran bekas naib presiden PAS itu boleh merampas jawatan itu daripada Nasharudin.
Ini kerana jelas beliau, selama ini jawatan presiden dan timbalan presiden PAS dipegang golongan ulama dan agar sukar golongan profesional untuk memecah tradisi itu.
Justeru kata Sivamurugan, faktor itu harus diambil perhatian di samping perwakilan juga tidak harus mengetepikan sumbangan golongan profesional.
“Pencalonan tidak boleh menggambarkan kemenangan kerana ia akan bergantung kepada kompromi di saat-saat akhir dan dalam PAS lazimnya golongan ulama mampu menandingi kumpulan profesional.
“Saya setuju penentuan yang sama masih berterusan kepada sebilangan besar masih berpihak kepada kumpulan ulama berbanding golongan profesional.
“Tetapi ini tidak bermakna PAS harus meminggirkan golongan profesional kerana sumbangan golongan profesional semakin berkembang terutama dalam peningkatan ahli dari kelompok ini dan jika ruang berjawatan dan bersuara tidak diberikan, ia boleh memberi kesan kepada PAS dalam jangka panjang,” katanya.
Selain itu tambah Sivamurugan, sudah tentu Hadi memerlukan seorang timbalan yang berkelayakan serta membantu beliau dalam melakukan perubahan dalam parti.
“Saya percaya presiden mahu seseorang yang boleh bekerja dengan beliau malahan strategi PAS juga mahukan seorang pemimpin yang boleh bergandingan dengan presiden.
“Ini bermakna, walaupun pencalonan Nasharudin masih kurang, peluang beliau masih ada,” katanya.
Tambah beliau, pencapaian dan prestasi kedua-dua pemimpin PAS itu juga akan menjadi penentu siapa yang layak untuk memegang jawatan itu.
“Saya percaya sumbangan dan percapaian akan turut menjadi percaturan tetapi lebih daripada itu, siapakah yang mampu bergandingan dengan presiden akan menjadi faktor dominan kerana sudah pasti PAS tidak mahu melihat wujudnya kepuakan yang ketara pasca-pemilihan nanti yang boleh memberi kesan kepada struktur kepimpinan PAS,” katanya.
Pandangan Sivamurugan itu dikongsi bersama Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat yang mengatakan ciri-ciri ulama dan profesional ada pada Nasharudin yang mana ia boleh menyumbang kepada perubahan PAS.
“Dari segi pencalonan saya tidak lihat ia mencerminkan kemenangan Mohamad Sabu kerana pencalonan hanya untuk lihat siapa yang layak bertanding.
“Dan, kalau kita lihat ciri-ciri yang ada pada Nasharudin, beliau masih mempunyai peluang kerana ciri-ciri itu memenuhi semangat yang diperlukan dalam kepimpinan parti,” katanya.
Tambah beliau, walaupun Mohamad merupakan pemimpin lama dalam PAS, namun dari aspek kepimpinan dan latar belakang pendidikan Nasharudin mengatasi bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu.
“Saya tidak kata Mohamad Sabu ini bukan ulama, beliau ada ciri-ciri itu tapi ciri-ciri yang ada pada Nasharudin lebih banyak, selain berlatar belakang agama, pendidikan yang tinggi, masih muda dan Nasharudin mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan dalam parti.
“Selain itu, kalau kita lihat asas perjuangan PAS selama ini adalah Islam dan ulama menerajui PAS, kalau perwakilan mahu melakukan perubahan itu saya tidak pasti tapi yang saya pasti ulama adalah pilihan utama manakala profesional hanya cita rasa baru dalam PAS,” katanya.
Pada pemilihan kali ini selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.
Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.
Bagaimanapun hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.
Bagi Prof Abdul Aziz Bari, Mohamad berpeluang untuk merampas jawatan timbalan presiden ekoran kegagalan Nasharudin melakukan perubahan dalam parti.
Bagaimanapun penganalisis politik itu tidak menolak banyak faktor lain yang boleh menentukan siapa yang layak untuk memegang jawatan tersebut yang mana ia bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Mohamad dan Nasharudin.
Selain itu, jelas Aziz, penentu bagi kemenangan kedua-dua calon itu juga bergantung kepada fakor ulama atau golongan profesional yang bakal dipilih perwakilan pada pemilihan parti Jun ini.
Menurut beliau, kelemahan dan kegagalan Nasharudin sepanjang menyandang jawatan itu kemungkinan akan dinilai dan diambil kira oleh perwakilan.
“Ya, kemungkinan itu ada, lagipun Mohamad Sabu masih belum mendapat pencalonan dari Terengganu yang dikira kawasan Nasharudin . . . ertinya pencalonan itu menggambarkan mood dalam parti.
“Faktor ini memang penting tetapi kita belum tahu sama ada kali ini penentu, dari segi prestasi Mohamad lebih ke depan dan begitu juga jemputan ceramah Mohamad Sabu ke depan.
“Selama ini Nasharudin kelihatan gagal membantu Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), mungkin perwakilan akan melihat itu yakni presiden sudah ulama apa perlunya timbalan juga ulama,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambah Aziz, prestasi Nasharudin yang tidak menyerlah juga akan memberikan kesan kepada Ahli Parlimen Bachok untuk mempertahankan jawatan itu.
“Apatah lagi apabila Nasharudin tidak begitu menyerlah, khususnya di Parlimen dan beliau hanya kelihatan apabila pemilihan hendak berlangsung.
“Sebelum ini Nasharudin tenggelam, ini menandakan prestasi yang kurang baik. Selain itu kita juga kena ambil kira prestasi sebagai ahli Parlimen yang sama teruk dengan ketika beliau jadi ahli Parlimen Yan dulu,” katanya.
Ditanya peluang Mohamad yang bertanding buat kali kedua selepas tewas pada pemilihan dua tahun lalu, Aziz yang juga pensyarah UIA berkata, “peluang itu ada kerana tiada faktor lain yang boleh membantu kemenangan Nasharudin.”
“Melihat kepada jumlah pencalonan saya fikir itu satu kemungkinan (kemenangan Mohamad kerana dalam dua pertandingan (pemilihan) sebelum ini ada faktor lain yang memenangkan Nasharudin.
“Kali ini faktor itu tiada lagi yang mana pada kali pertama Nasharudin disokong oleh golongan profesional yang mahukan Allahyarham Hassan Shukri digantikan dan pada pertandingan selepas itu pula Nasharudin menang kerana pecah undi antara Mohamad Sabu dengan Datuk Husam Musa (ahli jawatankuasa kerja PAS pusat).
“Dalam pertandingan kali ini Mohamad Sabu lebih bersedia dari awal dan momentum menyebelahi beliau, selain itu Mohamad Sabu adalah seorang yang terbukti veteran dalam politik dan ini saya fikir memberi kelebihan kepada beliau dan apa yang penting sekarang beliau perlu mengekalkan momentum supaya terus bersamanya,” katanya.
Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Husam yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.
Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi. -TMI
Ulasan GB
GB tak payah ulas banyak-banyak, tetapi semua orang tahu Dr Ahmad Attory Hussain dan Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian adalah pengulas-pengulas politik yang selama ini condong kepada UMNO.
Apabila mereka beriya-iya menonjolkan Ustaz Nasharuddin, semacam ada udang di sebalik mee.
GB pernah berkesempatan berada bersama beliau di satu ketika (semasa di salah satu PRK) dan GB dapat melihat bahawa Ustadz Nasha sememangnya rapat dengan pihak media (baca wartawan pro-UMNO).
Justeru itu tidak hairan liputan (samada jujur atau pun tidak) untuk Ustadz Nasha di media massa pro-UMNO, lebih banyak berbanding dengan pimpinan PAS yang lain. Ustaz Nasya akan menjawab apa juga soalan dari pihak wartawan ketika itu.
GB yang duduk bersebelahan dengannya agak kurang selesa jugaklah semasa itu, mujur Datuk Mahfuz Omar yang turut ada bersama, tak berapa nak layan soalan wartawan-wartawan berkenaan dengan menyatakan "No komen buat masa ini, saya baru sampai."
Pertandingan untuk jawatan nombor dua dalam parti sempena muktamar kali ini sememangnya dialu-alukan sebagai "meraikan demokrasi" dalam parti.
Dan pertandingan memang sengit. Dari segi pencalonan, Kelantan, kecuali Bachok nampaknya bulat calonkan Mohd Sabu, tetapi Terengganu bulat calonkan Ust Nasha. Semacam ada pattern dan patent. GB tak tolak faktor UG, (walaupun dah dikuburkan kata sesetengah pihak) masih berperanan di dalam menentukan pencalonan dan pemilihan. Negeri-negeri lain bercampur-campur. Tetapi lebih banyak condong kepada Mohd Sabu, terutama yang anti-UG.
Dan keputusan muktamad adalah di tangan perwakilan nanti.
Hubaya-hubaya!
4 ulasan:
Secara peribadi, saya mengharapkan mat sabu akan mengisi jawatan tim presiden itu..adakah sanggup membiarkan dan mengekalkan 'kelesuan' tim yg sedia ada demi memastikan jawatan itu disandang oleh seorang yg bergelar ulamak ?
bukankah parti memerlukan seorang yg dinamik dan tip top dalam kerjanya ??
kadang2 golongan ustaz PAS ini agak taksub dgn ke'ustaz'an mereka.. biarlah lemah memimpin..yg penting ustaz !
mat sabu sudah sabotaj jika tidak husam sudah jadi orang no 2.
nasha memang hebat sebab menang saja terus dapat keluar dalam TV !
Kalau nasha menang dia akan dapat dato atau dato seri sebab golongan ni tak boleh lari dari mengejar pangkat dan darjat. Dato seri hadi awang, dato seri azizan razak... itulah melayu. Kembang kuncup lubang hidung control macho bila dapat jadi MB terus bergelar dato seri. Bila bekerja tak reti... SEMPUT IDEA. Lepas tu delegate kerja pada orang2 yg sewaktu dengannya. Lantik orang2 yg sama semput juga. Akhirnya pas jadi serupa pas 20 tahun dulu setelah Ustaz Fadhil bertungkus lumus menaikkan imej pas agar diterima oleh golongan yg dilihat jahat macam kami. Kenapa tak ikut jejak dap yg tak mengejar pangkat dan gelaran?
Jawapannya...meLAYU tetap meLAYU walau berjubah dan berserban.
nasharudin mat isa adalah aset umno dalam pas. dia rapat dengan...
dalam kejadian di prk bt gantang, semasa nasharudin meleraikan pertelingkahan di antara penyokong pas dengan umno, jamaludin jarjis muncul di sebelah beliau, turut sama membantu nasharudin. kalau tak kenal rapat, mahu jamaludin jarjis muncul di sebelah nasharudin? Allah memiliki caraNya sendiri untuk mendedahkan hubungan yang wujud...
wallahu'alam
Catat Ulasan