6 Apr 2011

Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan: Alasan SPRM Kurang Meyakinkan Rakyat [updated]

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau Ahmad datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tadi tanpa sebarang temu janji memintanya datang bertemu dengan pegawai siasatan.

Ahmad telah pun memberikan kenyataan kepada SPRM dan telah dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

“Allahyarham ada meminta mahu bertemu dengan pegawai penyiasat tetapi tidak mengatakan sebab,” kata Mustafar.

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.

Ahmad ditemui dengan kesan darah di gelanggang badminton.


“SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurusan jabatannya.

“Kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala. -TMI


Polis: Kematian pegawai disiasat mati mengejut


Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.

"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. - Bernama



SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 6 April — Majlis Peguam mahu satu siasatan terperinci dilakukan polis bagi menyiasat punca kematian seorang pegawai Kastam, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pegawai kanan Kastam itu disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Walau apa pun punca kematian yang tragis ini yang kita dengar hari ini, ia terjadi kerana SPRM tidak belajar kesilapan lalu,” kata Naib Presiden Majlis Peguam Christopher Leong (gambar) kepada The Malaysian Insider.

“Siasatan yang terperinci perlu dilakukan, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengelak kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan yang tidak terperinci akan menyebabkan satu keputusan terbuka terjadi, mengakibatkan satu suruhanjaya diwujudkan bagi menyiasat perkara ini,” kata Leong yang turut mengetuai pasukan Majlis Peguam dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh.

Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh. -TMI





Ulasan GB

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.


Benar-benar ia tidak meyakinkan.

Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis pula kerana terdapat komentar ini:




28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang sudah jelas.... satu lagi kejadian berulang ... apa lagi... bunuh diri lagi ker!!!! apabila seorang sudah mati maka semakin ramai akan mati.. untuk menutup lubang..... tidak akan tamat dan tidak akan ada kesudahan selagi Negara ini tidak diambil alih oleh pemerintah lain.... beralih lah rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Sudah jadi caca-merba sekarang ni.
Yang peliknya hanya pegawai kerajaan (ketika ini kastam) saja yang mereka & diorang nampak yang buat kesalahan rasuah atau seleweng sampai RM 160 bilion (Menurut Kosmo bertarikh 4/3/2011 - boleh percaya ke macam ni punya banyak?). Menurut akhbar itu, 65 orang telah dapat dikesan SPRM - Agaknya semuanya sudah jadi bilionaire ketika ini..Ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Kematian ni bukan dibunuh dan bukan bunuh diri....kesian anak bini..sabarlah. Doakan kebaikan roh simati.Innalillah...

Jiwa Kacau berkata...

keadaan mayat sama macam mendiang TBH kah? kalau jatuh dari tingkat 3 lebih teruk dari tingkat 14, ini sudah magic.

Tanpa Nama berkata...

ni kes siasat smpai mati..allah nk menunjukkan kita kebenaran megenai kematian Teo Beng Hock..

Shila berkata...

ni bukan kes siasatan lagi ni,,da tahap dijatuhkan hukuman bunuh terus..

andai betul laa die bukan bunuh diri..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Satu petunjuk drpd Allah SWT untuk fahami bagaimana TBH boleh mati.

Bangunan...tingkat tiga juga.

Apakah teori yg menyebabkan kematian pegawai kastam ini tidak berkaitan dengan kematian TBH.

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Maha Agung. Maha Berkuasa.

TBH juga hamba-Nya walaupun belum Islam lagi.

Jika dahulu....pegawai kerajaan selangor (pembangkang...kununnya).

Kini pegawai kerajaan UBN...senior la pulak.

Adakah ini macam demo bagaimana TBH boleh jatuh dan meningal ?

Hanya tuhan yang tahu.

Tapi....Kes Datuk Norza, saksi drpd UMNO boleh terbalik kenyataan 180 darjah. Daripada ya kepada tidak.

Kes Isa Samad. Tiada siasatan walaupun JK Disiplin UMNO kata terpalit rasuah.

Apalagi bukti yg ahli umno perlukan ?

Tanpa Nama berkata...

ni pas nyer blog ker? maklumat bagus tapi terlalu politik

Tanpa Nama berkata...

Di SPRM ni ada agen SS dan Gestapo ke? Silap siasat ada yang mati. SPRM dah jadi sarang pembunuh.

Tanpa Nama berkata...

Salam wbth..

Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat.

kematian pegawai kastam Port Klang.

Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot..

point aku adalah:
Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak.

kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa.

ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper.

Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer.

ok gang,arios.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

untuk pengetahuan, arwah memang seorang yg baik,lemah lembut, peramah dan amat mustahil beliau boleh terlibat dalam kes ini....

kejadian di pejabat kastam, operasi tetap berjalan dimana borang2 tetap diproses....

Kesalahan SPRM memang tak dapat DITERIMA!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, kes kematian berbau pembunuhan, semua pihak termasuk SPRM harus disoal siasat. Berkemungkinan Pegawai yang Mati tersebut mempunyai bukti-bukti kerana pegawai yang jujur akan senang mengeluarkan bukti dan ini menjadi ketakutan kepada Pegawai-Pegawai lain yang terlibat. Selain itu SPRM juga perlu disoal siasat kerana hanya mereka sahaja yang tahu selok belok bangunan dan berkemungkinan mereka bersekongkol dalam menyembunyikan kes..... -Conan Edogawa

Tanpa Nama berkata...

lain macam je...mungkin ni ada kaitan kot...mungkin dia informer ke..then check out..http://addin77.blogspot.com/2011/04/bongkar-tangkap-segera-ketua-pengarah.html

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah untuk arwah. Jika arwah dikalangan orang yang benar dan teraniaya kita doakan semoga Allah memberi petunjuk pada tragedi ini. Step pertama petunjuk Allah SWT mungkin sudah bermula bila rakan2 dan org sekeliling mula bersuara membela keperibadian beliau. Janji Allah itu benar, cuma kini terasa lebih pantas menjelma.
ZMZ

Tanpa Nama berkata...

korang ni memang la.sprm tak cegah rasuah,korang bising.dah nak cegah ni, korang lagi bising.kes tgh siasat,korang dah jatuh hukum.mcam mana lah tu.pikir la,nak siasat ikan jerung ni,mcm2 ugutan datang.mmg la ada sorang 2 yg tak pakai, tapi jgn lah salah kan semua.mcm kastam pun, bukan semua kastam jahat, tapi korang jugak yg buat assumption mcm tu.lagi satu,pikir la sendiri,lagi mudah cegah rsuah dan terima ugutan atau biarkan aje dan dapat habuan?bukan saje2 sprm nak siasat,tapi dah amanah...

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:08

Nak siasat, siasatlah
tapi apasal sampai membunuh?

(majoriti rakyat tetap tak terima jika dikatakan arwah membunuh diri)

Tanpa Nama berkata...

operasi 3 b..(bawa,bunuh,buang)

Tanpa Nama berkata...

ow, kalo kes DSAI puak2 umno ni cepat je wat ksimpulan yg DSAI tu meliwat la, berzina la... padahal kes x setel lagi... skrg ni pndai plak puak2 umno ni ckp... jgn wat asumption la, kes x setel lagi la... ape ni bro... cakap x serupa bikin... sendiri cakap, sendiri buat... pe cer??? tobat la puak2 UMNGOK...

Tanpa Nama berkata...

elok org ada maklumat pasal kejar mengejar ni bgi statement kt polis.bgtau dri mn sumber..boleh menjurus kpd saksi2 yg nmpk kejadian tu.

Tanpa Nama berkata...

salam...

aku baca komen dari atas ke bawah. tapi tak ada yang nak komen berkenaan...

i. arwah dah dilepaskan dari reman dan bukan dalam jagaan pihak sprm
ii. arwah datang semula ke pejabat sprm selepas dua hari dibebaskan
iii. arwah tidak dipanggil atau diminta hadir oleh sprm

aku ada baca laporan akhbar berkenaan perkara ini. so...

dalam konteks ini, sprm tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan, kerana arwah tidak dimina hadir atau tidak dipanggil. sebaliknya arwah yang hadir ke pejabat untuk bertemu dengan pegawai yang menyiasat kes beliau.

aku rasa biarlah pihak polis yang lebih arif dalam perkara ini menyiasat dan menentukan apakah punca kematian arwah.

cuba letakkan diri korang sebagai pegawai sprm, adakah korang akan menjadi orang yang bodoh untuk melakukan perkara tersebut di pejabat sprm sementara kes TBH pun belum selesai lagi? renung2kan ya.

wallahualam. wassalam.

Tanpa Nama berkata...

RENUNG YG NI PLAK YE...

1.baju arwah terkoyak
2.tiada ODS akan dibiarkan seorang diri, walaupun ke tandas
3.arwah selalu jd imam solat, aktif main tenis, sentiasa tersenyum dan rendah diri-boleh bunuh diri ke org cam nih?
4. pemergian arwah ke sprm selepas mendapat petunjuk drp solat istiqarah, solat hajat dll solat sunat kerana rasa pengakuannya sblm itu(dipaksa) tidak jujur
5. anak bongsu sekolah rendah, sulung nak kawin thn ni-kalau org waras, nak ke dia bunuh diri?

kalau cerita pjg2 pun tak guna, semoga Allah sedarkan mereka2 yg x tau apa2 (bersumberkan suratkabar yg bersifat yahudi) dan cuba jadi jaguh!!

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Jangan terlalu cepat menuding jari dan berkata mcm2..yg kata mcm2 tu boleh jadi fitnah..bukankan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh?..

Apapun, dari logik akal sy tidak berpendapat arwah atau mendiang TBH dibunuh oleh pegawai SPRM.. Menuduh seolah2 pegawai SPRM itu memang kerjanya membunuh - sedangkan kita tak terfikir yg pegawai2 SPRM itu mungkin kenalan kita, rakan sekolah, rakan universiti atau mungkin keluarga kita sendiri..dan dari beribu2 yg disiasat SPRM, dua tiga individu telah terbunuh dgn cara yang sesiapa pun tidak mahukan terjadi..malah saya yakin pegawai SPRM sendiri tidak sebodoh itu membunuh orang di tempat sendiri-->supaya dituduh membunuh?

Jangan biar emosi dan politik menguasai akal..hanya Allah sahaja yang tahu...wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

zaman fitnah semakin berleluasa. lepas satu, satu ..... dan lepas ni akan sentiasa berlaku lagi perkara yang seakan sama... tetapi berlainan pelakon. Jika begitu bagaimana? kembalilah pada hukum Allah. RahmatNya luas untuk semua manusia. Masing-masing yang berkuasa akan di soal tentang kekuasaannya. Tak akan lepas.... tunggu apa lagi kalih saja cara hidup kepada yang lebih selamat...

Nestlo Pening berkata...

ye betul, mmg benar..

1- SPRM bkn bodoh nk bunuh org kat tempat sendiri, tapi mereka membenarkan org yg tidak dikenali membunuh ditempat mereka (cuba fikirkan)

2- mmg benar arwah telah dilepaskan dan arwah tidak dipanggil kembali ke SPRM..tapi kata siapa?? SPRM juga..sape yg menemankan arwah?? SPRM juga

3- SPRM mmg tak tahu kenapa dan siapa yg membusukkan nama SPRM..dah tahu tempat awak tempat "panas", kenapa tak dipasang CCTV?? kalo ada CCTV kenapa masih tak tahu??

4- bukan semua pegawai SPRM jahat/buruk perangai, jgnlah nak tuduh2..abis tue, tak ingat ke pepatah lama?? sorang punya pasal, semua kena..fikir2kanlah..

Tanpa Nama berkata...

macam macam skrg ni.... susah nak cakap bila kita tiada pada tempatnya... korang pun boleh pikir sendiri... tak akan jadi sesuatu tanpa sesuatu sebab.. siapa nak pergi pejabat **** tu...melainkan disuruh. cakap TAK siapa pun bolehkan? aku dengar masuk opis pun tak ada etika, salam pun tak... sedangkan islam... susah susah... yang lain korang pahamlah sendiri....tanyalah pada kawan2 yang kenal...sedih dengan keadaan sekarang ni...lepas ni tak taulah mungkin PDRM,imigration,lhdn, dll. cadangan sayalah, selepas ni apa kata kalau kita soal siasat pulak ****.. manalah tau.... asyik siasat org lain je...

Tanpa Nama berkata...

Baliklah kepada pencipta kita utk mendapatkn jawapan sebenar....solat hajat dan berdoalah semoga Allah tunjukkan pada kita semua dalangnya......

Tanpa Nama berkata...

Kepada pengamal2 rasuah diluar sana,ingatlah hukuman yang menanti anda ialah MATI jatuh bangunan.Saya menyarankan kepada kerajaan MALAYSIA,ibu pejabat atau cawangan SPRM seluruh malaysia dipindahkan ke premis atau bangunan 1 tingkat,kalau jatuh atau dijatuhkan pun takkan MATI.

Tanpa Nama berkata...

aku tak percaya... inilah lagi penipuan yang dilakukan ... mudah2an dengan apa yang terjadi ini akan membuka mata dan hati rakyat.. untuk tidak memilih bee end dimasa akan datang.....