Suruhanjaya Diraja mahu diperalatkan lagi?
Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam keghairahan Umno untuk “mengenakan” Anwar, Jemaah Menteri, seperti yang dijangka mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.
Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak “meyakinkan”) dan “kemungkinan” siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.
Justeru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.
Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.
Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM.
Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.
Ramai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.
Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.
Mungkin Anwar akan jadi PM… hakikat adalah Najib sudahpun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.
Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.
Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.
Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.
Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar sebaik mungkin.
Nazri berkata jika “rakyat” tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.
Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman berkenaan.
Sebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada PERKASA, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.
Inilah “rakyat” jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.
Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI ketika polis masih menjalankan siasatan?
Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?
Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.
Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti, Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah RCI pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.
Malah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan.
Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.
Anwar dan pejabat PKR turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .
Namun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharzyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.
Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.
Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.
Bagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?
Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan. -wira arjuna
Ulasan GB
Apa yang nyata pemimpin UMNO lebih ghairah untuk melakukan serangan ke atas Anwar daripada isu kematian pegawai kastam di bangunan SPRM.
Dahulu, sewaktu kes Teoh Beng Hock, pelbagai cara dan helah digunakan untuk memberikan persepsi bahawa Teoh terjun dari bangunan dan yang paling awal berteori sedemikian ialah Nazri sendiri.
Ia disambut oleh akhbar media massa arus perdana dan beberapa 'tokoh" kononnya isu kematian Teoh diperbesarkan kerana ingin menjejaskan reputasi agensi kerajaan iaitu SPRM yang majoritinya dianggotai orang Melayu. Demikian kaedah mereka dengan menimbulkan sentimen perkauman untuk mengelirukan rakyat terhadap isu berkenaan.
Kini, yang mati pun orang Melayu. Bagaimana cerita? Oh mereka masih seperti dulu. Mereka masih mengemukakan teori "bunuh diri" semata-mata untuk mempertahankan SPRM yang dah jadi pembunuh itu.
Kasihan arwah.
Entahlah. GB rasa satu hari sebagai balasan, mungkin akan ada menteri atau pegawai kerajaan yang bakal bunuh diri di bangunan SPRM jika UMNO terus cuba untuk mempermainkan kematian Ahmad Sarbani yang diketahui seorang yang warak, yang tidak mungkin melakukan kerja seperti yang dipersepsikan oleh pemimpin UMNO tersebut.

5 ulasan:
kerana mereka terlibat sama dalam penyebaran video lucah!!! bersekongkol bagi menjatuhkan Anwar.. mereksa sudah terlibat maka terlajak perahu boleh dikayuh balik, ... terlajak kata buruk padahnya!!
Org beriman nampak jugak seri pada wajah kesan wudhu'. Empat ekor ni hilang langsung seri pada wajah.
Ameen... semoga akan berlaku saorang menteri UMNO yg terjun dari bangunan SPRM dalam masa terdekat ini.
Video Seks dan H1N2.....wabak yang seiring. Pelik juga kenapa Hishamudin, Nazri dan Najib yang kelam kabut....
Kita telah mengenali siapa Datuk Seri Nazri Aziz adalah menteri di jabatan Perdana Menteri dan beliau juga adalah menteri yang menguruskan hal-hal parlimen.
Setiap kali dia membuka mulut pasti akan menimbulkan kontrovesi sama ada kepada pihak pakatan pembangkang atau pun terhadap rakyat keseluruhannya.
Kenapa dia tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan yang dikeluarkannya ?
1. Beliau adalah seorang yang hipokrit seperti pemimpin UMNO Baru yang lain hanya mementingkan kedudukan diri dan keluarga saja.
2. Beliau hanyalah seorang pencacai bertaraf menteri. Hidup sentiasa dalam kepura-puraan. Sewaktu bekerja dengan Tun Mahathir dia akan pertahankan apa saja kesalahan mamak itu lakukan. Kini dia bekerja dibawah Mohd. Najib maka dia akan pertahankan apa jua tindakan Najib walaupun bertentangan dengan undang-undang.
Jika dia bekerja dibawah Anuar Ibrahim pula pasti dia akan kata bahawa pelakon dalam video lucah itu bukan Anuar tetapi Rahim Tamby Chik.
3. Corak pentadbiran UMNO BN, sesiapa yang pandai berbohong, kurang ajar, sanggup jadi pengkhianat akan diberikan jawatan, projek, kedudukan dan juga penghormatan.
Oleh kerana itu DS Nazri Aziz dengan rasa bangga melakukan pekara seperti yang disebutkan itu ketika mempertahankan kesalahan pemimpin UMNO Baru agar dia dilihat sebagai hebat.
Sebagai contohnya, Tayangan video lucah yang dipersembahkan oleh dattuk t dikhalayak ramai tidak salah kerana ia bergantung kepada niat...
4. Pilihanraya ke 13 akan tiba tidak lama lagi, DS Nazri perlu menunjukkan ketokohan samsengnya pada Mohd. Najib agar dia diberi peluang menjadi calon di Padang Rengas untuk menjadi ahli Parlimen bagi penggal seterusnya.
Orang ini bodohnya tidak boleh ditegur, pandai nya tidak boleh diikut..!
Catat Ulasan