Cikgu ambil nyawa
KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.
“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.
Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.
“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.
“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.
“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. -HM
Ulasan GB
Pengajaran keras untuk sekalian guru.
Jika tak sanggup pikul amanah,
jika tak mampu untuk mengawal amarah,
jika nafsu mengatasi akal,
jika tak mampu untuk mendidik dan
jadi contoh teladan yang baik untuk murid
maka,
letak jawatan sebagai guru dan cari kerja lain
Ada yang bekata "jangan hina kaum guru"
sebab dengan mereka kamu boleh mengeja dan membaca
kepala hotak punya dogma!
semua hamba adalah sama di sisi Allah
yang membezakan hanyalah yang bertaqwa
seorang guru, seorang petani, seorang menteri, seorang tukang sapu, seorang polis, seorang pekerja TNB, seorang peniaga kantin, seorang penarik beca, seorang wartawan, seorang blogger, seorang Presiden PAS, seorang bendahari persatuan kompang, seorang jurugambar, seorang askar, seorang peon, seorang juruterbang, seorang anggota FRU, seorang nelayan, seorang CEO, seorang pereka fesyen, seorang imam di Masjid Negara, seorang jaga, seorang makmun berbangsa bangla, seorang tukang gunting rambut, seorang gurusilat, seorang pegawai kastam, seorang peniaga kaki lima, seorang hakim mahkamah atau sesiapa juga ...asalkan dia bernama manusia:
semua sama di sisi Allah.
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (QS. 49:13).
Jari kelingking dengan jari hantu dengan jari telunjuk dengan jari manis dengan ibu jari, semua ada tugas dan kelebihan masing-masing. Tiada beza, mereka adalah jari-jari belaka.
Renungkan: Jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, membuat aku dapat memakan nasi untuk teruskan kehidupan. Jika guru itu penting kerana membuat aku pandai menulis dan mengeja, maka pekerja TNB itu juga penting dengannya lampu bernyala untuk menyuluhi rumahku dari gelap gelita.
Dan GB juga seorang guru seperti orang-orang lain yang juga adalah guru setidak-tidaknya untuk diri sendiri yang wajar hidup berpesan-pesan dan menerima pesan dari yang lain berimbaukan firman Allah s.w.t.:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]

24 ulasan:
Elok juga direnungkan :
1. Sekolah tersebut merupakan sekolah persendirian maka sejauh manakah pemantauan boleh dilakukan oleh pihak berwajib dan pihak yang berkaitan.
2. Apakah guru tersebut BERKELAYAKAN sebagaimana guru-guru di sekolah kerajaan.
3. Entah selama mana guru ini telah menerima tekanan dan mungkin psiko.
4. Saya setuju dengan GB, jangan jadi guru jika tak boleh menghayati tugas berkenaan. Juga saya tambah, jangan jadi ayah jika membiarkan anak tanpa tanpa memenuhi keperluan anak itu; wang ringgit perlu seiring dengan kasih sayang dan belaian..........
SALAM...
Al-Fatihah...Adik ini adalah bukti bahawa akhir zaman ini Amanah telah diberi kpd mereka yg bukan Ahli..
Inilah akibat doktrine sekular yg mahukan kelulusan Akedemik sebagai kelayakan utk mendidik lalu org2 yg tidak beramanah turut mempunyai peluang utk menjadi guru..
Aku bukan membela guru ttp semua ini bisa terjadi kpd sesiapa sahaja yg telah terluput sifat amanah didalam dirinya dan meletekkan Undang2 di hawa nafsu mereka spt kata2 Firaun "Anna Rabbakumul akla"..
Penyakit ini bermula dari atas,apabila penguasa bersikap demikian,maka rakyat dijangkiti penyakit yg sama..Dari penguatkuasa undang2 sehingga ke sekolah penyakit ini merebak..
Benar spt kata Admin,bahawa semua manusia sama kecuali iman dan taqwa yg membezakan antara manusia disisi Allah..
Krn itu aku berkawan dan bertegur sapa dgn jaga,tukang kebun,tukang sapu,drebar,pekerja am dan lain2 tidak sempat ku sebut krn mereka semua adalah manusia yg diberi amanah utk berkhidmat kpd keprluan manusia2 yg lain dan krn mereka lah org2 lain menikmati keselesaan dan mendapat manfaat..Wlwpun gaji mereka kecil ttp berkat krn memakmurkan keperluan masyarakat..
Semoga peritiwa ini memberi kesedaran bahawa status tidak menghalalkan kezaliman daripada berlaku..
Alfatihah... semoga rohnya ditempatkan ditempat yang baik-baik saja. Sayu hati bila membaca cerita arwah yang sudah kehilangan ibu dan dijaga oleh keluarga angkat. Sedangkan anak-anak kebanyakan dari kita, diumur yang begini, masih dlam jagaan sendiri dan ada yang masih makan bersuap.. Sedangkan arwah.... kesian..Guru berkenaan tidak akan terlepas dari hukum dunia dan akhirat, tergamak buat begitu pada insan kecil dan tidak berdaya, sepatutnya dia tidak menjadi seorang guru, buat merosakkan nama dan profesyen guru yang dihormati oleh masyarakat.Orang mcm ini hanya layak jadi gangster atau mafia saja.Belajar tingi2, tapi otak langsung tak ada....
apalar guru ni ..ikat budak umur 7 tahun ..selepas tu amuk macam setan..kalau tak sanggup jadi pendidik berentilah...pegi lah masuk peninju k kan senang dapat melepaskan amokan setan
1) ramai guru dan ustaz yang suka menampar murid sedangkan memukul di bahagian kepala dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
2) tidak patut sekali menghantar budak semuda 7 tahun ke sekolah berasrama. saya rasa sekurang-kurangnya tingkatan 1, sudah mumaiz dan baligh. sekalipun atas alasan belajar agama, kerana Islam mengajar pada umur 7 tahun ibu bapalah yg bertanggungjawap menyuruh anak solat, dan memukulnya sekiranya dia malas solat pada umur 10 tahun.
3) semoga adik itu dimasukkan syurga dan semoga hukuman mati di dunia ke atas Ustaz tersebut menyelamatkannya dari api neraka di akhirat kelak.
ramai yang menjadi guru bukan karana minat tetapi kerana tiada kerja lain yang sesuai dengan mereka,dan sesetengahnya menganggap kerja guru itu mudah, 1/2 hari,dan ada yang kerana nak kan gaji saja.
amanah bagi mereka tidak penting lagi,sebab itu guru2 sekarang tidak di hormati seperti guru2 dulu tahun 70han ke bawah.
Guru pun manusia biasa beb. Takder org yg nak jadi mcm tu. Kadang2, jiwa kita tertekan...mcm2 boleh jd beb. Petani ker, hakim ker, perdana menteri ker, peguam ker.....kalau dah tension, boleh sampai ke tahap membunuh.
Sesuatu yg terjadi ada hikmahnya. Simpati jugak kepada budak kecil tu yg tak tau apa-apa. Kalau salah, hukum jer tp kalau dia tak nak mengaku, biarkanlah.
Jangan kerana orang itu adalah 'guru ' , maka kita sewenang-wenangnya "MENGHUKUM".
Kena tanya jugak , apakah tindakan pihak berkuasa dlam hal ini...jangan main lepas tangan jer.
Cari di mana silapnya, kemudian baru menghukum.
Cerita ni dah mcm cerita Anwar. Tak siasat, terus kata bersalah, memang dia yg lakukan, terus dipenjarakan.
Org yg tak jadi guru blum tau penangan murid. Ini belum lagi kerenah pihak atasan, campurtangan politik, ibu bapa atau pihak akhbar yang membuatkan mana2 guru hilang kewarasan.
Janganlah dihina kaum guru. Belajarlah berterima kasih kepada guru.
Saya akui, ada mereka yang membawa onar, tetapi jangan pulak kita lupa apa yg guru2 buat selama ini. Pergilah ke sekolah dan lihat guru2 mengajar.
Kita perlu ingat...." Sesiapa sahaja yg mengajar apa sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah guru. Hatta binatang pun dijadikan guru dalam membentuk manusia.
" YG MENGUTUK LEBIH RAMAI DARI YANG MEMBANTU "
>> mamat ayer hitam.
Betoi akan kata-kata mamat ayer hitam.
mamat ayer hitam menulis
"Org yg tak jadi guru blum tau penangan murid. Ini belum lagi kerenah pihak atasan, campurtangan politik, ibu bapa atau pihak akhbar yang membuatkan mana2 guru hilang kewarasan.
Janganlah dihina kaum guru. Belajarlah berterima kasih kepada guru. "
kalau hilang kewarasan, bererti sudah jadi gila. anda tidak boleh jadi guru.
kalau tak boleh menerima tekanan, letak jawatan. mohon kerja sebagai tukang kebun.
nak kerja senang, lepas tu amik tindakan mudah. bunuh. macam tu?
kalau anak anda yang terbunuh itu, apa yang anda akan kata?
Memang ler kadang2 anak yatim ni nakal-nakal belaka. tapi itulah sebenarnya ujian Allah kepada kita. Memang Allah sengaja jadikan anak yatim ni nakal sikit pasal Pahala menjaga anak yatim ni besar, so ujian nya pon mestilah besar.
kalau ikutkan teori mamat ayer hitam tu hancusssss
semua pembunuh tak payah diambil tindakan, tak payah dikutuk tapi dibantu, sebab semua membunuh kerana tension, kerana jiwa tertekan....
Dalam Islam sendiri ada hukum qisas. Ada belajar ke tidak bab itu?
cikgu 2 mmg xlayak jd cikgu.. apatah lg warden asrama... jadi manusia pun xlayak jugaklah senang citer.. budak umur 7TAHUN tu cikgu...XPATUT LA!!sebab duit RM7 je cikgu...XPATUT LA!! cikgu2 lain tlg jgn wat gitu,xpadan...u all jugak yg rugi..see,kawan u dah register nama kt seksyen 302 skrg.. xlama lg comfirm tali gantung..alfatihah utk arwah adik syaiful.
Assalamualaikum. Saya rasa persoalan disini adalah salah laku guru itu sahaja. Kita tidak menghina semua guru atau profession perguruan. Masih ramai guru yang begitu jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Jgn silap faham. Jgn mmberi hujah yang mengkhinzir buta. Guru juga manusia biasa kata mamat ayer hitam, itu saya setuju dgn tambahan, kita semua sebenarnya manusia biasa. sebab tu lah kita keluar dgn pandangan masing2 yang kdg2 berbeza. Sebagai manusia biasa juga kita mengutuk kelakuan guru tersebut. Memang benar dia mungkin menyesal.Kritikan dan kutukan ini mungkin bukan untuk guru itu lagi, bila dia sudah menyesali perbuatannya. Tapi untuk dijadikan iktibar bagi guru2 lain supaya perkara ini tidak berulang. Semua orang ada tekanannya masing2. tak kira petani ke, hakim ke, PM ke (seperti kata mamat ayer hitam), sebab kita semua manusia. Tapi itu bukan lesen untuk kita melakukan sesuatu diluar batas. Kita tidak dihalalkan utk berbuat apa saja semata2 pangkat atau kerjaya kita. Kita tak menghina semua guru. Kita juga ada guru sbb semua kita pernah kesekolah dulu. Tapi kenapa sampai sekarang kita masih boleh berkunjung ke rumah bekas guru kita pada Hari Raya?? Sbb kita ada akal, yang boleh nilai dan sanjung jasa guru. Kalau tragedi ini berlaku pada anak-anak kita, adakah kita akan salahkan semua guru termasuk bekas guru kita?? saya rasa tak. Kita cuma kutuk perbuatan salah laku guru itu sahaja. Jadi tak perlu kita berlindung dengan hujah tentang 'kenangi jasa guru mendidik kita sampai jadi org berpelajaran'yang saya rasa amat dangkal dan terlalu mengambil mudah tentang perasaan mangsa dan keluarga mangsa. Bagi yang mempersoalkan kewajaran si ayah meninggalkan si anak (mangsa) dibawah jagaan orang lain, saya rasa kritikan itu juga tidak wajar. Sebab, kita tak tahu apa masalah dan kesulitan si bapa. Mungkin bagi kita takde masalah, sedangkan bagi sesetengah yang lain, kesulitan hidup amat menekan. Takkan kita cuma prihatin pada tekanan yang dialami guru itu sahaja. Wallahu'alam.
ZMZ
kepada GB yg arif lagi bijaksana.....indah sungguh bahasa menyalahkan semua guru semata2.....ingatlah bumi ini umpama roda sekejap diatas sekejap dibawah....jgn kerana nila setitik rosak sebelanga.....kalo kamu tidak menghormati guru kamu terpulanglah...sebab saya faham kamu pandai mengeja dan membaca sebab kamu dilahirkan pandai dan genius....bukan sebab seorg GURU...tapi pelik ye, biler bergegar cerita mcm ni kenapa mesti menyalahkan semua guru????salah kan dia seorg jer..kerana dia tidak mematuhi etika seorg guru....tapi biler murid2 berjaya dalam peperiksaan ..berapa org berterima kasih kepada guru, ada tak dalam suratkhabar mengegarkan pengorbanan guru.....TAKDE....yg ada ada anak saya mmg pandai...keluar2 dari perut mmg dah pandai.....renung2kan dan selamat beramal....
anon 8:11
cuba buktikan ayat mana yang saya "menyalahkan semua guru???"
Saya hanya berkata peristiwa itu adalah Pengajaran keras untuk sekalian guru.
Anda tahu Bahasa Melayu/Malaysia?
Sy rs apa yg dikatakan GB itu btl..bkn ada kutukan terhdp kesemua guru tetapi ada pesanan terhadap guru yang dah tak boleh nak kawal emosi tekanan kerja tekanan perasaan dek kerana terpaksa melayan kerenah ank2 mrd jabatan ibubapa seelok2nya resign awal2 sblm perkara sebegini terjadi..anak murid bkn haiwan yg sewenang2nya diikat ditampar disepak terajang.mereka adalah amanah kpd anda setiap gr syngi dn bimbingila mereka..skrnya amanah ini tidak bisa dipikul tgglkanlah pekerjaan mulia ini..xusah nak tmbh dosa yg dah bertimbun.tiada manusia yg ma'sum..
org dahulu serah anaknya kepada uru dengan berkata: cikgu buat apa saja kepada anak saya supaya jadi pandai asalkan jangan sampai patah tangan & kaki.
skrg guru belasah sampai mati.
Saya mmg setuju dgn kata2 GB tp ada bhgn yg saya tak setuju jgk...
Antaranya:
Ada yang bekata "jangan hina kaum guru"
sebab dengan mereka kamu boleh mengeja dan membaca
kepala hotak punya dogma!
semua hamba adalah sama di sisi Allah
yang membezakan hanyalah yang bertaqwa
Apakah maksud GB dengan ayat di atas? mmg kita manusia semua sama, yg membezakan adlh iman dan takwa. Adakah seorg guru pernah meminta dirinya dimuliakan semulia-mulianya?? kalau xnak muliakan guru pn tp jgn la dihina seorg guru. Adakah mksud ayat GB tu kita boleh menghina guru?? cukup la kita mengecam guru yg slh laku jer tp jgn la mengecam profesyen keguruan tu plak..maaf...sbb saya mmg xpuas ati dgn kata2 kepala hotak tu...
Assalamualaikum.....
Maaf mencelah.... bukan nak tunjuk handal atau alim....
Apa yang terjadi itu semua kehendak Allah.....
Kematian Adik Saiful sudah tertulis dan tersurat macam tu...dan takdir kehidupan cikgu yang memukul pun sama... semua itu dugaan Allah... Dugaan dan ujian Allah pada keluarga si mati, pada keluarga cikgu yang terlibat, pada pihak sekolah, pada pihak berkuasa dan kepada semua masyarakat di dunia yang mengikuti kisah ini...
Ini semua dugaan dan ujian Allah kerana meninnggalkan Sunnah dan Al-Quran...... Jadi renung-renungla dengan dunia hari ini....
Tak dinafikan,ramai guru yang baik,tapi dalam kes2 macam ni,mereka hanya merosakkan nama baik pekerjaaan itu sendiri. Saya pun pernah kena tampar dengan guru,walaupun memang salah sendiri,tapi bukankah Nabi SAW melarang kita dari memukul di bahagian kepala,lagi2 muka. Orang melayu pun sangat sensitif kalau main kepala. Walaupun masa tak boleh diundur,tapi saya harap ini jadi pengajaran kepada masyarakat. Ingatlah Firman Allah SWT yang bermaksud 'diwajibkan atas kamu qisas dalam pembunuhan,orang merdeka dengan orang merdeka,hamba dengan hamba,dan perempuan dengan perempuan'. Nabi SAW juga pernah bersabda: orang yang kuat itu adalah orang yang mampu menahan marahnya. berhati2lah ketika bertindak.
YA ALLAH...cukuplah sekadar memberi nasihat kepada budak umur 7thn itu.tindakan memukul atau mendera mereka adalah tindakan yang kurang bijak.diharap agar pihak atasan menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas guru yang kejam dan tak berperikemanusiaan itu.al-fatihah kepada arwah semoga ditempatkan d kalangan org2 yg beriman.
aku rasa seksyen 302 terlalu berat.. sbb dia membunuh tanpa niat.. dan dia bole terlepas kalau peguam dpt buktikan..
seksyen 304 lebih sesuai.. dpt maksimum 25 tahun pon OK la, mana tau boleh dakwah banduan kat penjara.. jgn hancurkan masa depan dan potensi ustaz muda tu hanya kerana sekali dia gagal mengawal emosi.. lagipon family mangsa sendiri akui ustaz tu baik dgn mangsa dan dah maafkan pon ustaz tu.. media yg melebih2..
tahukah kita bagaimana guru dilatih? kalau anak bersalah kita selalu menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik. siapa pula yang mendidik guru? tahukah kita apa kurikulum di institusi2 perguruan?
tiada apa sgt yang diajar pd guru selain drp beberapa 'ilmu psikologi' lapuk hasil tokoh2 yg tidak percaya adanya tuhan spt s.frued dan yg sewaktu dgnnya. mereka tidak diberi dan dididik dgn ilmu bagaimana mengenali dan menangani tabiat anak2.sewajibnya sebelum itu mereka sudahpun mengenali dan merendahkan hati kpd Allah. mereka juga tidak diuji secara amali perkara tersebut.itu guru yg dilatih, apatah lagi guru yg tidak dilatih.kita harus sedar inilah hasil 'sistem' yg tidak betul. mungkin ramai yg berkata guru itu di sekolah agama, macamana boleh jadi begitu? dan mungkin juga inilah peluang bagi mereka yg tertentu utk 'merendah'dan menghina sekolah agama rakyat.tapi sedarkah kita walaupun pelbagai masalah disekolah agama,namun sebahagian masyarakat sgt menaruh kepercayaan kerana mereka yakin sekolah tersebut lebih diberkati Allah.
Hai...GB, jgn bergegar jiwa. Baru berkata begitu dah air naik kepala. Tahu pon sakit hati biler org ngata benda yg tak dibuat. Mcm tu ler perasaan guru lain yg tidak semena2 dipersalahkan...walhal kesalahan guru swasta itu. Saya bukan tak faham, bahasa malaysia...cuma saya rasa penyusunan dan penggunaan kata2 awak tu yg awak tak faham...takpe awak kan mmg pandai dan genius keluar2 dari perut...so mmg pakar penulisan. So I'm sorry ler ye.
Catat Ulasan