4 Apr 2011

Trio Yang Terpaksa Tidur Dalam Lokap

Kuala Lumpur - Tiga remaja perempuan boleh dianggap samseng apabila mereka ditahan selepas bertindak ganas memukul dan menyamun seorang murid perempuan tahun enam dalam kejadian di kawasan Sentul di sini Rabu lalu.

MELUR masih trauma dengan kejadian dia dipukul sekumpulan tiga remaja perempuan di rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur Rabu lalu.


Difahamkan, dalam kejadian pukul 4 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Melur, 12, mengalami lebam-lebam di seluruh badan akibat ditendang, dipukul hingga lembik, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak ke lantai.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila tiga suspek berusia di antara 14 dan 15 tahun tersebut datang ke rumah mangsa ketika pelajar itu sedang menonton televisyen bersendirian di rumahnya.

Ketika kejadian, ibu anak sulung daripada dua beradik itu keluar bekerja manakala adiknya ke sekolah.

Katanya, sebaik dapat membuka pintu rumah dengan menendangnya, suspek terus memukul mangsa.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik rambut dan memukul seluruh badan mangsa dengan tangan hingga mangsa tidak berdaya.

"Suspek turut memaki hamun dan marah terhadap mangsa selain salah seorang suspek yang 'naik hantu' bertindak menghentak kepalanya ke lantai hingga benjol," katanya kepada Kosmo! -kosmo

Ulasan GB

Di sekolah-sekolah terutama di bandar kini, gejala kenakalan juvena berlaku secara meluas. Lebih dasyat lagi apabila ia melibatkan remaja perempuan seperti kisah di atas.

Masyarakat di bandar juga tidak memperdulikan gelagat dan akhlak anak remaja mereka. Suasana persekitaran dengan pelbagai macam hiburan hedonistik mewarnai kehidupan masyarakat bandar sehinggakan tidak terbendung lagi gejala seperti diatas daripada berlaku.

Jika ada usaha untuk memperbaiki keadaan, ia bermula daripada akar. Iaitu "sistem nilai" masyarakat. Sistem nilai pula dimulai dengan pihak penentu dasar iaitu pemerintah (kerajaan).

Masyarakat jadi rusak apabila kerajaan itu dipimpin oleh manusia-manusia yang telah rusak akhlaknya kerana hadith Nabi berbunyi: "rakyat mengikut agama pemimpinnya".

Di negara kita, emm, menteri perogol ada, menteri bolehkan tayangan lucah pun ada, menteri perasuah ramai, silap gaya pembunuh pun ada.

Yang "Trio" satu lagi tu entah bila lagi akan ditangkap.

2 ulasan:

wak parjoe berkata...

Anak-anak cerminan ibu bapa cerminan masyarakat cerminan pemimpin cerminan negara !

Tanpa Nama berkata...

Anak anak permata... ini kenyataannya bila hukum Allah dipersendakan