Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.
Eskay berkata, beliau diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga memberi keterangan tambahan bagi membantu siasatan kes video seks itu.
"Saya secara sukarela sudah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.
Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.
Eskay berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.
Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik , Shazryl Eskay dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terbabit dalam penayangan video berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.
Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu. - BERNAMA
Ulasan GB
Ada tiga orang yang dikaitkan dengan Datuk T. Selain dari Eskay, sepatutnya DNA Rahim Tamby Chik dan Shuaib Lazim juga diambil. Sebab ketiga-tiganya mengaku sebagai trio Datuk T.
Demi menjaga integriti dan kredibilit nama pasukan polis, polis perlu telus dan adil di dalam siasatan ini.

3 ulasan:
Sample DNA untuk mengesahkan yg beliau pengedar video lucah tu?
Sudah terang jelas lagi bersuluh.. Ini adalah kesinambungan dalam kes Anwar Ibrahim vs Saifool. Ini adalah salah satu taktik untuk mendapatkan sample DNA Anwar dengan alasan bahawa datuk eshkay sudah pun memberikan DNA kenapa Anwar tak boleh bagi ?????? seperti saiful juga dia bersumpah laknat kenapa saudara Anwar tak mahu bersumpah!!!
Yang menjadi masaalahnya tidak ada pun cerita untuk mengkaitkan dengan DNA dalah kes video lucah ini.. sepatutnya kalau nak diikutkan sugah heboh dimedia massa atau internet bercerita berkaitan penemuan bilik, bulu,rambut, air mani, cadar, tilam, di lokasi yang telah dikenal pasti dimana berlakunya perlakuan zina antara perempuan cina dan Anwar telah dikenal pasti dan pihak polis telah menjumpai, bulu, rambut, air mani diatas tilam, bantal cadar atau seluar maka untuk memadamkan DNA yang didapati dari sumber itu maka diperlukan sample DNA ini tidak tahu-tahu Datuk Eshkay pulak bermurah hati memberikan sample DNAnya pulak ...kan pelik tu!!! dia yang menjadi pelakunnya ke atau anwar??? jelas satu pembohongan semata-mata... kedua dua kes sepatutnya dihumban ketandas!!!
DNA biasanya diambil dihospital oleh dr awat p serah kat bukit aman pulak, saja dok tanya la ya
Catat Ulasan