Ternyata Sah: Ia Bukan Anwar Ibrahim

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet

PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube wakparjosudorno.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'. -mstar


Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok. -mk



Ulasan GB

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!

12 comments:

View Comments/Post a Comment

12 comments:

penemuan luar biasa!! said...

haa.. akhir nyee terbukti nya kebenaran.. rahsia penemuan yg luar biasa, akhirnya terbongkar! tgk lah camne??

penemuan luar biasa!! said...

nampak gak wajah sebenar video nih..

anti-zul noording alghuyub said...

pinjam word fb "kami benci saiful bukhari"---> Datuk "T" ..sila ke penjara...

Shah-Putra IJ80 said...

Hampir menitis air mata ...w.pun gua lelaki.

Bukan aper..mengenangkan manusia sudah hilang pedoman kerana meletakan agama sebagai hiasan diri.,sahingga sanggup memfitnah menipu secara terang terang begitu.

Klu yg.melakukan itu adik adik yg.belum balig.kita masih bole memaafkan kerana kejahilan nya.

Ini....(yg.melakukan) ada lah mereka yg.sudah benar hampir penghujung usia.

Knpe begitu yer?

Hafriz Mohamad said...

Mari kita lihat.. Siapa yg kena!!! hehe~ trbongkar sudah...

Anonymous said...

melalui pembesaran image telah mengenalpasti bhw pelakun video seks itu bkn anwar ibrahim, mengapa pihak mahkamah masih menggagahi jua utk memadankn slh satu air mani di dubur saiful tu adalah milik mr Y yg ditafsirkn oleh hakim sbagai milik anwar ibrahim? nmpk sgt kes ini kes yg sengaja ditempah khas utk memenjarakan anwar....

Anonymous said...

Ezam dalam temubual dengan TV3 cuba mengaitkan Anwar dengan isu moral, bunyinya semacam menuduh bahawa dalam video lucah itu sememang nya Anwar...

Kesiannya dia... Nak cerita tentang moral konon...

Rogol amah, rogol gadis bawah umur, bunuh model, curi duit rakyat dalam bentuk komisyen... kira mulia lah Moral pemimpin UMNO Baru ? Haramjadah !

Sebenarnya kita jangan leka dengan dakyah video lucah ini.... sewaktu kita sibuk fokas tentang hujah bodoh pihak pendakwa kes liwat II lihat apa dah dilakukan oleh PM kesayangan kita itu...

Tetiba aje syarikat yang nak bangkrap Tricubes Berhad dapat projek khidmat e-mel satu Malaysia RM50 juta yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia kerana menghadapi masaalah kewangan.

Bila kes video lucah ini dikeluarkan dikhalayak ramai bermakna PM kita nak rebat duit rakyat lagi.... entah kroni yang mana pulak yang nak dibagi... tak percaya ? tunggu dan lihat.....

Yong said...

Rambut tak sama. Muka pun nampak lebih muda. Kantoi!

Anonymous said...

Mana ada orang masuk UMPORNO secara ikhlas??? Ezam masuk UMNo untuk jadi Pencacai & barua Najib agar memburukkan Anwar. Tunggulah Ezam mati.....aku akan pastikan kuburnya digali semula & dibiarkan berlubang.

masihijau said...

nampak mcm bukan. tp kenapa masih ramai yg kata ya? kene sebar kan kat kampung2, org2 kampung media informasi dia cuma tv1, 2, tv3 jek. sumer kene control. maklumlah ada yg masih belum celik IT. kalau tgk org2 celik IT ni sumer dah tau dah kerajaan kita ni mcm mana. cuma derang ni blh menang sebab org sabah dan sarawak jek. tp apa pon, mmg tak berakhlak la sesapa buat keje ni. mcm mintak bala jek.

MASIHHIJAU

renoasquall said...

kantoi2 hari baru bn tahu siapa makan tahi sendiri bodoh punya bn

nazarisma said...

wamakaru wamakarullah wallah hu ghairul maakirin.(harap lihat dlm al qurr)
Sesungguhnya mereka (orang-jahat lagi kafir)merancang untuk menghancurkan,merosakkan agama Allah (keadilan,kebenaran)sedangkan Allah juga merancang (tapi mereka tidak tahu) Demi sesungguhnya pembalasan Allah diatas perancangan jahat yang dilakukan mereka itu,adalah sebaik baik pembalasan.

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: