22 Apr 2011

Pemilihan PAS Ditangguh Jika Pilihanraya Diadakan

Pemilihan PAS Akan Ditangguh Jika PRU-13 Diadakan

KUALA LUMPUR: Pemilihan pada Muktamar Agung parti pembangkang itu Jun ini akan ditangguhkan jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan pada bulan yang sama.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan diadakan pada Jun ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, buat masa masa ini, pemilihan parti itu akan kekal seperti yang dirancang.

“Saya agak parti-parti lain tangguh pemilihan kerana ia akan memecahbelahkan parti mereka kerana kempen yang terlalu hebat, tapi PAS yakin PAS ada budayanya sendiri.

"Saya juga tak fikir pilihan raya umum diadakan pada Jun,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno yang menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga tahun depan ekoran desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan tahun ini kemungkinan Jun ataupun akhir tahun.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Agung Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Gombak pada 3 hingga 5 Jun ini.

Kira-kira 1,100 perwakilan dari 179 kawasan akan menghadiri muktamar itu.

Sayap-sayap parti akan bermuktamar pada 1 dan 2 Jun di Shah Alam dekat sini.

Dalam pada itu, Mustafa memberitahu, sebarang persaingan dalam parti tidak akan merosakkan perpaduan dalam PAS.

Malah katanya, pencalonan bagi semua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat sudah bermula.

"Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei," jelasnya.

Katanya, kesemua pencalonan akan dimasukkan dalam peti simpanan manakala calon akan diberitahu berapa pencalonan yang diperoleh sebaik sahaja peti itu dibuka pada tarikh berkenaan.

Tambahnya, Jawatankuasa Pemilih akan menghantar surat tawaran bertanding kepada calon-calon dan mereka perlu menjawabnya dalam tempoh 11 hari iaitu dari 15 hingga 26 Mei.

“Jawatankuasa Pemilih memutuskan bahawa calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran itu, yang tidak dijawab kita anggap mereka tidak ada kesungguhan untuk bertanding.

“Calon-calon akan menilai sama ada mereka hendak terima pencalonan atau menolak pencalonan itu,” katanya.

Beliau berkata calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan itu masih mempunyai peluang untuk menarik diri sebelum kertas undi dicetak pada 26 Mei.

Menyentuh mengenai muktamar kali ini, Mustafa yang tidak berhasrat bertanding sebarang jawatan berkata, isu PRU ke-13 barangkali akan menjadi antara intipati ucapan dasar Presiden pada muktamar tiga hari itu. -HD


PAS teliti proses siasatan video seks, kata Mustafa

Jika ikut proses undang-undang dan perlembagaan sedia ada, orang yang menyebarkan video sebenarnya melakukan kesalahan - Setiausaha Agung PAS.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali berkata parti sedang mengikuti proses penyiasatan dengan teliti terhadap isu video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PAS nyatakan sebelum ini agar buat siasatan kerana proses yang dibuat kerajaan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan…… dan bukannya mengikut kaedah Islam,” katanya.

Beliau berkata, “jika ikut proses undang-undang dan perlembagaan sedia ada, orang yang menyebarkan video sebenarnya melakukan kesalahan.

“Pelaku dari segi moralnya tidak salah, tetapi undang-undang Islam ada. Kita lihat komposisi (isu video seks) jika kerajaan putuskan ikut cara Islam…..tapi kes liwat juga mereka tolak (cara Islam).

“Jika kerajaan kata kes ikut hukum syariah misalnya, maka kita ada pendirian kita,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini ketika diajukan persoalan mengenai pendirian PAS berhubung isu video seks itu yang kononnya membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Sebelum ini, PAS berpendirian bahawa rakaman video seks itu suatu permainan (politik) yang kotor untuk menjatuhkan karier politik Anwar malah menafikan pelaku merupakan pemimpin kanan pembangkang tersebut.

Walau bagaimanapun menurut Mustafa sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas hasil siasatan terhadap rakaman video itu siap.

Beliau berkata melalui undang-undang Islam, empat saksi yang bakal memberi keterangan perlu mempunyai kelayakan.

‘Dalam Islam orang yang jadi saksi ada kriteria. Kita perlu lihat layak atau tidak Datuk Trio ini untuk jadi saksi. Kita kenal personaliti mereka,” katanya.

Ketika diasak pertanyaan sekiranya pelaku seks itu adalah Anwar, Mustafa menolak sebarang andaian tersebut.

“Saya tidak jawab andaian…andaian tidak boleh dijawab, jika bukan dia (Anwar) bagaimana? Penyiasatan sedang berjalan dan tiada keputusan,” katanya.

Kelmarin bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin meminta Anwar melakukan sumpah ‘mubahalah’ di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan “Datuk T” terhadapnya.

Ini menurut Mohd Asri seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu..

Datuk T terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuaib

Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

‘Saya tidak berhasrat untuk bertanding’

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan muktamar kali ini, beliau juga berpendirian untuk tidak bertanding mana -mana jawatan.

“Walaupun ada pencalonan saya tidak berhasrat untuk bertanding. Jika parti rasa nak teruskan khidmat dan lantik saya sebagai setiausaha, itu terpulang kepada parti dan pimpinan baru yang dipilih,” katanya ringkas.

Jawatan setiausaha agung PAS merupakan lantikan daripada parti dan Mustafa memegang jawatan tersebut sejak 2009 bagi menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang kini merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Muktamar PAS kali ke-57 ini bakal menyaksikan pemilihan dengan 179 kawasan bakal mencalonkan pemimpin yang dianggap sesuai bagi membarisi kepimpinan terbaru parti.

Muktamar tersebut akan diadakan pada 3 sehingga 5 Jun depan dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan mengadakan muktamar mereka masing-masing di tempat yang berasingan. -FMT


3 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Harap Muktamar Agung kali ke 57 menjadi pengerat ukhuwah dan bukannya pecah belah atau bodek membodek.Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
Perempuan buat gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Tanpa Nama berkata...

he he
sangat lah lemah pendirian PAS. Cakap saje lah
1. Muktamar dibuat lepas PRU 13 kan senang.leh tumpu kat persediaan ke arah tu. Ada point sikit. Golongan muda refor dah tak sabar nih
2. Kes nuar ada panduan Ikut Islam sendiri tetapi masih nak nilai keputusan kes tu. Pas tu tak berandai itu atau ini. Islam Boleh ker kalau dah terantuk baru nak tengadah. Setahu aku Islam mesti ada jalan penyelesaianya. Saksi2 yang dituntut isam tu pi tengok video(siasatan dan disahkan melalui ahli2nya) tu dengan mata sendiri.Macam kes tukar zakat dengan duit. Kes pengakuan aib yang merlaku dizaman nabi merupakan bukan kes dituduh).Aku caya keadilan pada Islam sememangya adil.
3. Kenapa tak bertanding? Nik Aziz kata kalau pemimpin tak buat salah syarai buat per diubah..kemungkinan PAS memang melakukanya maka itu pemilihan diutamakan he he
apa pun selamat bermuktamar!

Tanpa Nama berkata...

muktamar untuk pilih pemimpin yang kuat bekerja bukan hanya buat kenyataan selepas buah luruh